20 November 2015

Backpacking Trip: Kota Kinabalu - Episode 3 -

Replika seekor ikan todak di bulatan di Harbour Walk

Day Two (14 Nov 2015)


Kami bangun agak lewat sedikit berbanding semalam. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Rasa malas betul nak bangkit. Maybe sebab katil empuk sangat kot dan suasana dingin je dalam bilik. Tapi rugilah kalau bercuti andai banyak habiskan masa di hotel je kan? So, nak tak nak, bangun jugak dan pergi mandi.

Setelah selesai mandi, kami bersiap dan ready untuk keluar. Tepat jam 10.30 pagi, kami mulakan perjalanan. Apa-apa hal pun, perut harus diisi dahulu. Kena carik tempat untuk brunch. 

Serius aku cakap, untuk mencari makan di KK waktu tengahari, memang agak susah. Bukannya tiada kedai, tapi jaraknya dari hotel agak jauh dan yang berdekatan kawasan pasar pula ada satu dua je. Lain betul dari suasana malam yang penuh dengan gerai sana sini yang menjadi food heaven.

Kami siap masuk KK Plaza dan berjalan-jalan di Jalan Sinsiran untuk mencari makan. Akhirnya kami makan di sebuah restoren kecil berhadapan Pasar Filipina yang bakal kami lawati jugak sebentar lagi. Makan kat situ reasonable jugak harganya tapi choice tidak banyak. Kami habiskan lebih kurang RM13 kat situ makan nasi campur dan 2 gelas air. Lebih kurang makan kat kebanyakkan mapley di KL jugak.

Selesai makan, maka kami seberanglah ke pusat kraftangan yang famous di situ.

Antara souvenir yang dijual di Pasar Kraftangan

Biasalah apabila berada jauh, sudah tentu nak beli souvenir, beli barangan yang telah "di-order" oleh famili di semenanjung. Banyak seh order yang perlu di selesaikan. Haha. 

Kat situ memang serius banyak kedai-kedai yang rata-rata menjual benda yang sama. So, kita perlulah round-round dulu untuk mendapatkan harga yang terbaik. Peniaga-peniaga di sana memang peramah orangnya. 

Paling famous yang dijual di sana adalah mutiara. Ada mutiara air tawar, air masin dan sebagainya. Dan misi kami mencari barang yang paling banyak diorder iaitu "gelang Pandora". Harga standard yang dijual kat sana RM25 untuk satu gelang tersebut. Tapi andai pandai cari dan nego, satu gelang tu boleh dapat RM15 - RM10. Siap size boleh arrange lagi. Custom made di situ jugak.

Antara gelang yang banyak dicari di Pasar Kraftangan.

So, kami terjumpalah satu kedai di  belakang sekali yang agak friendly dan boleh tolerate sedikit sebanyak. And of course, wife aku mulakan shopping mission di "playground wanita" nya itu. Dan aku? Duduk, berdiri dan merayau-rayau di sekitar dalam bangunan itu.

Dari pukul 2 sehingga ke 6 petang proses membelinya itu. Sampai kaki letih. Aku sempat la jugak keluar ikut pintu belakang dan melihat warga peniaga di belakang tengah bersiap sedia untuk membuka gerai-gerai yang bertempat di sebelah Pasar Kraftangan ni. Asyik betul aku melihat mereka membuat kerja. Jelas terpancar keseronokan mereka melakukan kerja-kerja menolak stall, menyediakan ikan-ikan, barang basah dan sebagainya. Dan hujan pun ada turun time tu. Agak lebat sikit. Ada yang teruskan kerja mereka dalam hujan-hujan tu. Dan tak kurang juga ada yang duduk sambil menanti hujan berhenti. Yang bestnya..even kanak-kanak pun ada dalam suasana tersebut. Kehidupan mereka kelihatan sangat tenang. Jauh dari orang bandar yang macam aku yang setiap hari merungut pasal kerja di ofis, bergelumang dengan orang berpusu-pusu masuk tren setiap pagi dan petang untuk bergerak sebelum berhimpit dalam kesesakan jalanraya lagi. It's an eye widening view yang tak mungkin aku dapati di bandar besar.

Kerja harian warga peniaga Pasar Filipina tergendala sebentar disebabkan hujan.

Seorang kanak-kanak yang juga berniaga berteduh dari hujan.

So, oleh sebab kepenatan kami berdua pun lepak minum jap di gerai sebelah untuk refresh. Wife aku cakap, barangan yang diorder belum setel lagi. Maybe esok kena sambung lagi beli sikit di sini. Time tu matahari nak terbenam dah. Niat asal nak pergi Atkinson Clock Tower, sebuah menara jam bersejarah di bandar KK. Tapi macam tak dan nak pergi sebab langit dah start bergelap. 

After minum, kami pergi Pasar Ikan Masin di sebelah Pasar Kraftangan untuk beli udang kering dan keropok sotong yang bulat-bulat tu. Ada orang order udang kering 3kg. Kat sana pun macam pasar kraftangan jugak. Pandai round dan nego, dapat la harga best. Kami dapat sekilo udang kering RM26. Instead of RM30. Selepas itu, kami pun start berjalan pusing sampai ke bangunan DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu). Di situ duduk jap sambil tengok langit yang dah macam lewat malam. Tengok jam, aihh.. baru pukul 7.00 malam! Senja kat semenanjung. Memang terasa macam kena lebih get along dengan timezone sini. Lain bebenor rasanya. Haha!

Suasana macam dah lewat malam tapi sebenarnya baru pukul 7.00 malam.

Dah alang-alang macam tu, terasa macam nak redah je pergi cari Menara Atkinson tu. Tengok pada Google Map macam dekat sangat dah. So, dengan tangan bawak beg plastik seberat 3kg lebih sambung berjalan sampai terjumpa Padang Merdeka. 

Di Padang Merdeka tersebut, terjumpa satu map yang memaparkan lokasi-lokasi yang terdapat berdekatan sana. Dan kami lihat, lokasi Menara Atkinson tu berada di atas bukit, ikut Jalan Istana yang gelap. Hm.. So, dengan nekad, kami ingin cuba redah jugak jalan tersebut untuk ke tempat itu. Di awal perjalanan, bajet sorang-sorang kental, tapi selepas jalan sampai di satu simpang tu, tiba-tiba keluarlah 2-3 ekor anjing yang duk lepak kat situ sambil memandang kami dengan wajah yang curious.

City guide yang terletak di Padang Merdeka.

Aku tengah pegang plastik berat ni. Kaki pun dah tak dan nak berlari. So, kami berdua pun perlahan-lahan pandang ke belakang kembali dan jalan slow-slow. Kang kalau lari dikejarnya pulak oleh anjing kang. Apa pun tak jadi. Hahaha.

So, niat untuk ke clock tower tu tergendala la. Dan terus berangkat pulang ke Jalan Gaya. 

Perut terasa lapar la pulak. Menurut LIBUR, ada satu restoren dim sum yang perlu dilawati oleh para tourist yang bertandang ke KK ni. Nama restoren tu Restoren Dim Sum Fook Yuen. Menurut review, Dim Sum dia best, jadi kami pun ingin mencuba sendiri la rasanya macam mana plak kan.

So, dari lokasi hotel kami, start berjalan pusing-pusing Jalan Gaya untuk mencari restoren tu. Tak jumpa-jumpa. Tengok pada Google Map macam dah dekat tapi tak nampak pun restorennya tu. Haishh kat mana la plak tempatnya itu kan. Berjalan punya jalan, sampai ada seorang taxi driver yang tengah cari penumpang pun offer taxi dia. Kami menolak. Selepas tu beliau tanya nak ke mana. Kami jawab la Restoren Fook Yuen. Dia terus tunjuk arah yang rupanya berada depan mata kami all along. Hahaha.

Di Restoren Fook Yuen ni, dim sum dia ada pelbagai. Ketam dan fishball la, ayam dan seafood la... macam-macam la. Harganya pulak satu palate RM4.30. Satu palate ada 3 ketul dim sum. Air signature mereka yang korang kena try kalau ziarah sini adalah Teh Kawen. Teh Kawen tu adalah teh susu double layer di mana susu pekat dan cair diblend sekali menjadi satu saturation yang memberi texture sewaktu minum teh tersebut. Sedap weh! Makan tanpa was-was. Restoren ada tanda halal.

Seafood Dim Sum di Fook Yuen

Crab Dim Sum di Fook Yuen

Teh Lemon Ais dan Teh Kawen di Fook Yuen

Kami habiskan lebih kurang RM12 di restoren tersebut untuk 2 palate dim sum, teh lemon dan teh kawen. Rasa dim sum tersebut boleh dikatakan antara yang tersedap pernah makan, staff friendly (lagi-lagi di department air), dan sistematik. Seronok makan di sini.

Secara jujur, dim sum yang dimakan itu terlalu sikit untuk kami yang tengah lapar gila. Kira dapat merasa dim sum tu kira mission tercapai la. Kami terasa nak bungkus makanan kat mana-mana untuk dibawa ke hotel. Boleh makan di bilik sambil tengok movie kat laptop.

Puas la mencari mapley tapi tak jumpa di Jalan Gaya. So, pusing-pusing, terjumpa lah Restoren Azlina Sulawesi. Kat situ nasi campur dah habis dah. Ye la kan, time tu pulak dah kul 10 malam dah. So, memang patut pun dah habis by that time. So, kami order la Nasi Goreng Daging satu, Nasi Goreng Ayam satu. Total harga untuk keduanya adalah RM12. Dalam fikiran aku, awat la mahal sangat untuk nasi goreng ayam? RM6 untuk satu bungkus. 

Tapi oleh sebab dah lapar sangat, terus bayar and chow je lah. 

Sampainya di hotel, kami terus pergi mandi. Badan dah berpeluh sakan weh. Tanpa sedar, apps di henpon wife aku tunjukkan yang kami dah berjalan lebih dari 6000 langkah untuk hari tu. So, it's an achievement sebenarnya. Kat KL nak capai 1000 langkah pun payah.

Lepas mandi, set up laptop untuk tengok movie "The Sound Of The Sea", dan bukak bungkusan makanan yang dibeli tadi. Pergh kau! Nasi goreng dia banyak gila kot dalam polisterin tu. Rasa nasi goreng tu pun sedap. Rasa macam style cina pun ada. Memang terus berpuas hati la dengan makanan tu. Well, at least bagi aku la, si kuat makan ni. Haha!

Sejurus tu, terus kami melayani malam tu yang dingin sebab nak hujan balik dah. Sure malam ni sejuk gila kan. Kaki dan badan pun rasa penat sangat ni. Dan badan kena rest sebab esok kami nak.....

-bersambung di Episode Four-

No comments:

Let's Interact!

me>