23 November 2015

Backpacking Trip: Kota Kinabalu - Episode 4 -

Jesselton Point Waterfront, KK.

Day Three (15 Nov 2015)


Kalau nak diikutkan niat asal, trip ni nak pergi banyak lagi tempat yang menarik yang lain seperti Kundasang, Tamparouli dan sebagainya. Sepatutnya ada member di sana yang jadi tour guide dan boleh pinjam keretanya. Tapi oleh sebab masalah yang tak dapat nak dielakkan, maka plan tersebut terbantut dan kami menjalani aktiviti KK ini mengikut plan B. Kami taknak sewa kereta atau naik bas sebab melibatkan kos yang lebih untuk sewa kereta serta masa yang banyak akan dihabiskan jika naik bus. So, kami ikut kesesuaian pada keadaan semasa kami.

Hari ini hari Ahad. Setiap Ahad dari jam 5.30am sehingga 1.00pm, ada pasar Jalan Gaya yang sememangnya para kaki shopping kena pergi. Kat situ, terdapat pelbagai barangan yang dijual. Dari makanan, baju, kraftangan, peralatan dapur dan kebun sehingga binatang peliharaan! Memang pelbagai range barangan boleh didapati di sana.

Antara barangan dijual di Pasar Ahad Jalan Gaya.

Selepas bangun dari tidur lebih kurang jam 9.00am, kami berdua mandi dan bersiap terus turun ke bawah. Pasar tersebut memang betul-betul belakang hotel kami je. Dari tingkap hotel kami di bahagian belakang boleh nampak dah keriuhan pasar tersebut. So, kami berpusingan melihat kawasan sekitar tengok-tengok barang yang menarik untuk dibeli. 








After sejam setengah berjalan dalam pasar tersebut, barangan yang dibeli oleh kami adalah T-Shirt Headhunter Sabah dan key-chain. Mungkin takde barangan yang betul-betul menarik minat kami kot. Kok ye ada pun, agak susah nak beli sebab nanti tak tau macam mana nak bawak masuk kapal terbang. Kami tak beli luggage. Kang tak pepasal pening kepala kang. Kat pasar tu, aku terjumpa air seaweed + serai. Uncle cina yang jual tu cakap ianya baik untuk buang angin dan menyah toksin. Aku pun beli sebotol berharga RM3.50. Rasanya memang superb. Macam minum air serai yang diblend bersama rumpai. Korang boleh bayangkanlah muka aku macam mana kan minum air tu. Haha!

Dalam jam 12.30tghari, perut kami dah start bermuzik hardcore. Tak breakfast lagi dan sekarang sudah waktu untuk makan tengahari. 

Dalam Episode Three, kami ada makan di Fook Yuen kan? Haa ingat tak brader teksi yang bagi arah ke restoren tu? Haa dia jugak bagitau mengenai arah ke Kedai Kopi Kak Tini yang direview oleh Libur sebagai salah satu tempat makan yang patut dikunjungi di Jalan Gaya. Kami brunch di sana. Rupanya kedai tu memang betul-betul belakang hotel kami je rupanya. Bayangkanlah Google Map cakap tempat tu kat Sandakan dan memaksa kami berjalan 3 jam setengah. Haaiishh... kadang-kala teknologi ni tak boleh diharap jugak sebenarnya. 

Kat sini, yang famous adalah Nasi Kuning dan Mee Soto nya. Nasi Kuning kami tak sempat nak try sebab diorang cakap menu tu hidang time breakfast je. So, kami cuba la Mee Soto yang dikatakan sedap itu. Aku order mee kuning soto campur. Wife aku pulak bihun soto campur. Actually memang aku jenis lagi prefer mee kuning berbanding bihun. Lebih kena pada perut aku. Hehe.



Rasa mee soto kat situ sememangnya sedap. Serius aku cakap. Kuah dia best, isinya pun tak kedekut. Bukan sebab sedang lapar, tapi sememangnya mee soto situ sedap. Kalau korang berkunjung ke KK ni, pastikan korang merasa mee soto di Kedai Kopi Kak Tini di Jalan Gaya ni. Boleh letak dalam list "must do" korang. Kami habiskan RM13 di situ. Dua mee soto dan dua gelas air. Satu mee soto campur harganya RM5.50.

Sambil makan tu kami berdua berbincang mengenai destinasi yang ingin dilawati pulak lepas ni. Aku cadang nak sambung balik misi Atkinson Clock Tower yang terbantut semalam dan sebolehnya ingin melihat Jesselton Point Waterfront dan Signal Hill Observation Tower. 

So, kami pulang ke bilik hotel dulu untuk meletak barang yang dibeli di Pasar Jalan Gaya tadi dan lepas Zuhur kami mulakan langkahan kami. 

So, mengikut map yang diberikan oleh receptionist hotel, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Jesselton Point Waterfront dulu. Dari situ barulah merewang ke arah lain pulak. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setgh jam. Memang straight je ke arah utara. Di sepanjang perjalanan banyaklah gambar-gambar yang diambil. Panas seyh tengahari tu. Jam dah pukul 3 petang time tu. Dan akhirnya kami sampai juga di destinasi tersebut.





Jesselton Point Waterfront ni actually adalah jetty ferry dan boat untuk pergi ke pulau-pulau sekeliling. Kat dalam bangunan tu ada banyak kaunter-kaunter tiket untuk ferry ke Pulau Manukan, Gaya dan sebagainya. Harganya pulak aku tak tau sebab tak tanya. Haha. Kat situ aku just ingin melihat keadaan dan suasana di perkarangan station tu. Tenang dan damai. 

Ramai orang memancing di tepi-tepi jeti tu tapi tak pulak aku nampak ikan apa diorang dapat. Damai je di sini. Release tension dalam kepala melihat laut yang tenang ni. Desiran air yang melanggar jeti ibarat telinga ini dibelai dengan sutera. Haa... gitulah gamaknya metafora aku boleh bagi. Haha.

Selepas itu, kami mula berjalan menuju ke Pasar Kraftangan untuk beli souvenir bagi famili tercinta di semenanjung. Perjalanan itu mengambil more than setengah jam. Nak-nak kami sempat berehat di Harbour Walk sebentar untuk melihat boat yang sedang bergerak dan para nelayan membawa ikan dari boat naik ke darat. Seronok je rasanya pada mata aku ni. Even wife aku pun cakap, kalau nak tengok suasana ni baik nikmati betul-betul sebab by this time keesokan harinya kami dah tiada di sini dah. Barangkali on the way ke airport dah. Sedikit sebanyak buat aku sedih, so, aku cuba nikmati suasana ini dengan lebih baik.

Dalam jam 4.00 petang, kami pun sampai di Pasar Kraftangan untuk melakukan shopping kami untuk diberi kepada famili. Shopping itu tidak makan masa yang lama pun. Cuma setengah jam sahaja diambil. Kemudian kami lepak di gerai sebelah pasar kraftangan itu untuk refresh. Tengok jam di tangan dah pukul 5.00 petang. Percaya atau tidak, perjalanan kami sepanjang pagi hingga ke petang itu sudah lebih 10 000 langkahan kaki. Wife aku set target untuk hari tu 20 000 langkah. So, sudah separuh jalan dah tu. Tapi kaki dah longlai rasanya ni. Perut rasa lapar, wife aku terasa nak makan. Tapi aku cakap, sabar dulu, sebab malam ni kami nak nikmati final night seafood. 

Lagi sejam matahari nak terbenam, so kalau nak buat apa-apa aktiviti baik sekarang. Hehe... So, kami kembali berjalan kaki.

Kami menuju ke Padang Merdeka. Di Jalan Istana semalam yang kami tak jadi naik tu sebab ada anjing tu. Lepas tu kat situ, kami ikut map yang ada pada tangan kami time tu. Dalam peta tu ada tunjuk yang terdapat stairway berdekatan untuk ke Clock Tower tu. So, instead naik ikut Jalan Istana, kami jalan straight lagi dan tak semena-mena terus terjumpa Atkinson Clock Tower betul-betul di sebelah Balai Polis. Yang bestnya, menara jam tu memang visible dari tepi jalan dan kalau nak diikutkan boleh dilihat dari balkoni belakang hotel kami! Ceh! Aku ingatkan kena naik bukit tinggi ke apa ke untuk sampai. Rupanya tepi jalan je. Terasa "shit" sikit sebab tak rujuk map sejak awal lagi. Haha!




Setelah puas snap-snap gambar di situ, tengok jam dah pukul 5.40 petang dah. Tak lama lagi matahari nak terbenam dah ni. So, kami tengok map untuk menuju ke Signal Hill Observatory Tower. Ia adalah sebuah look out point atas bukit yang boleh melihat serata bandar KK.

Bayangkan dengan kaki kami yang semakin lesu dan penat, terus push untuk sampai ke sana. Ikut map ada stairway lagi untuk naik ke atas. Dan kami bergegas ke sana pula. Serius ada dalam 300m jugak dari menara jam tu ke stairway untuk naik tu. Tapi kami redahkan jugak. Haha.

Ok, cut story short. Setelah berperit menahan kesakitan kaki, kami sampai juga di kaki bukit untuk naik tangga tu. Pergh... terasa denyut-denyut di peha. Tengok rekod perjalanan, kami dah capai 16000 langkahan dah. Ada lagi 4000 langkah untuk achieve target 20 000 langkahan tu. 

Tengok pula pada signboard kat stairway tu, kami terpaksa naik tangga sejauh 250m untuk sampai di puncak bukit tu. Haha. Time tu rasa macam nak give up pun ada. Tapi memikirkan jika dulu kami boleh buat, kenapa tidak sekarang. Kami gigih jugak naik tangga tu. Yup.. berhenti-henti jugak la dipertengahan jalan untuk berehat. Gila kau... mana larat nak terus direct je. Kok kalau mendatar je takpe, ini menaik. Hehehe...

Jam dah pukul 5.50 petang sewaktu kami tiba di atas. Matahari sudah pun terbenam nampaknya. Tak sempat nak tengok. Tapi.. aku tetap puas hati kerana suasana pandangan dari atas bukit itu ke arah bandar KK memang best. Berbaloi dengan kepenatan kami berjalan sepanjang hari tu. Sejuk mata memandang pemandangan yang cantik itu. Lagi-lagi belah laut yang memberi relection matahari yang terbenam.. memberi warna dan tona yang menggambarkan kesayuan tersendiri.






So, selepas menghabiskan lebih kurang setengah jam di atas, kami pun berangkatlah ke hotel kembali untuk mandi dan solat. Kaki pun nak kena rest kejap. Memang dari pagi sampai ke petang ni tak henti berjalan je ni. Ibarat kereta yang berjalan jauh. Kena jugak stop kejap sebelum enjin jahanam. 

Sampai di hotel, tengok-tengok kami sudah achieve 20000 langkahan kaki! Yeah... satu lagi rekod tercipta. Huhuhu. So, seperti yang dirancang, kami ingin indulge diri kami ni dengan final seafood. So, jam 9.00 malam, kami pun bertolak ke Pasar Todak.

Di sana kami order udang harimau masak butter, ikan bayan masak tauchu, sotong goreng tepung dan ulam rumpai laut yang aku dah lupa apa namanya ntah. Hehe. Happy eating pada final night in KK. Huhu.. Di KL barangkali susah nak dapat makanan sebegini dengan harga yang murah. So, kami nikmati betul-betul makanan malam ni. Untuk dinner itu kami habiskan dalam RM79 untuk semua tu. Memang reasonable la untuk di KK. Boleh dikatakan murah.







Sejurus sahaja sudah makan, kami bersiar-siar di sekitar bandar dan sempat kembali ke menara Atikinson tu untuk ambil tanah sedikit sebagai cenderamata aku sendiri. Hehe.. dah jadi hobi aku pulak untuk ambil tanah atau pasir dari tempat aku lawati sebagai tanda kenangan aku. Kat rumah aku pun berbotol-botol aku susun dengan tanah atau pasir dari tempat aku jelajahi dahulu. :)

Apabila pulang di bilik hotel, kami start mengemas backpack kami. Esok nak check out pukul 12 tengahari. Dibuatnya kalau terlajak tidur, parah jugak nanti. Kelam-kabut. Better dah siap mengemas, esok boleh terus berangkat je. Lagipun andai tak susun beg, susah nak adjust barangan yang dah dibeli tu nanti. Makan masa jugak nak mengemas nanti.

After mengemas, kami pun melabuhkan tirai malam itu... dan menunggu keesokkan hari yang bakal mengakhiri siri jelajah kami di sini. Memang best pengalaman kami di KK ni. Seronok...

Yang paling jelas yang aku boleh beri mengenai KK ini adalah keadaan suasananya macam....

-bersambung di Episode Five (Finale)-




No comments:

Let's Interact!

me>