About


SEKILAS PANDANG
The Kufazuke Show merupakan sebuah blog yang diilhamkan oleh Kufazriesyah Norhashimshah atau nama komersialnya Kufazuke yang juga merupakan seorang penggemar muzik, majalah dan buku serta bahan-bahan ilmiah yang lain. Sebelum terciptanya The Kufazuke Show, Kufazuke telah terlebih dahulu mempunyai blog yang dinamakan Ceritera Hikayat Dongengan dan Realiti serta Black White Comic. Menerusi blog-blog tersebut, beliau menerbitkan kisah-kisah mini cerpen yang beliau sendiri hasilkan serta bakat-bakat komik yang ingin diluahkan. Sejurus itu, Kufazuke mencipta The Kufazuke Show, bagi menggabungkan segala element kreativiti yang dianggap sebagai satu sebatian padu dan indah jika berjaya disatukan.

KONSEP
The Kufazuke Show adalah sebuah blog yang diadaptasi atau diintepretkan sebagai sebuah rancangan seperti rancangan di televisyen. Oleh itu segala terms yang digunakan dalam blog ini akan menggunakan terminolgy sesebuah rancangan televisyen. Itu merupakan salah satu sebab penggunaan perkataan "channel" dalam menggantikan perkataan "blog" dalam The Kufazuke Show. Konsep yang diterapkan di dalam The Kufazuke Show adalah konsep magazine di mana ia digubah menjadi satu medium dalam menerbitkan entry-entry dari pelbagai genre dari rencana, muzik, libur, sukan, komik dan sebagainya. Mungkin terdapat blog-blog lain diluar sana yang menerapkan konsep yang sama dengan channel ini tetapi, The Kufazuke Show menerapkan konsep perkongsian pendapat dan pandangan perspektif dari sisi lain dalam mempersembahkan info-info atau rancangan-rancangan di dalam nya.


OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Objektif The Kufazuke Show:
Tujuan penerbitan channel The Kufazuke Show ini adalah merupakan satu matlamat perkongsian ilmiah secara bercabang bagi mendapat pendapat serta input yang berbeza dari pandangan setiap pembaca. Setiap pendapat berangkali berbeza terhadap setiap individu dan channel ini ingin menjadi platform agar segala pendapat itu dapat disalurkan di medium yang betul. Disamping itu, channel ini juga bertujuan bagi memperkenalkan sesuatu yang baru untuk para pembaca serta bagi membantu para pembaca yang ingin pihak The Kufazuke Show review mengenai produk atau info daripada mereka.

Matlamat The Kufazuke Show:
- melahirkan para pembaca yang dapat menerima input secara terbuka tanpa prejudis pada satu arah sahaja.
- menjadi satu ruang blog yang berbeza dan terunggul dalam persada seni penulisan.
- menjadi saluran yang betul serta dapat membantu sebarang perniagaan.
- menjadi perintis kepada penulisan santai serta padat tanpa menyinggung sensitiviti masyarakat.

Let's Interact!

me>