02 July 2015

Cara Masak Malaysia (Asia) Vs Cara Masak Barat.

Sebagai mukadimah, aku ni memang jenis suka sangat memasak. Even di rumah pun, aku yang lebih kerap berada di dapur untuk masak untuk wife aku. Romantis orang kata.

Yes, aku bukanlah seorang bergraduan atau yang pernah masuk kursus memasak mana-mana. I'm not a well-known chef. But that doesn't stop me from membuat kajian mengenai masakan ni.


Aku ada melihat satu video ni di mana chef terkemuka dunia, Gordon Ramsey melawat Malaysia nak belajar cara memasak rendang. He even getting bossed in the kitchen dalam video tersebut. Di situ, beliau mempelajari satu genre atau style pemasakan baru yang dinamakan "Agak-agak".

It's a powerful word actually.

Aku suka try masak masakan western dan juga eastern food. Kalau western, aku suka explore the variety of grill food seperti beef stick, chicken grill/chop, dan sebagainya. Kalau European, of course spaghetti, lasagna dan cabonara. And for eastern dish, rendang, mee kari dan laksa.

Seperti Gordon Ramsey, aku juga pelajari bahawa masakan timur ni gunakan kaedah yang lain daripada barat.

Beef Steak

Masakan barat atau European ni, mereka mempunyai satu list yang panjang dan detail setiap bahan yang digunakan. To the very details of the ingredient terdapat dalam list tu. Sampai 2 sudu garam atau 500ml minyak masak pun disertakan. Kalau 2 sudu gula tu, memang 2 sudulah. Sama jugak dengan sukatan bahan-bahan lain.

Lasagna

Where else, untuk masakan Asia..terutamanya Malaysia ni, kita menggunakan "agak-agak". 

In fact dalam pemasakan seharian aku pun aku tak sedar bahawa aku gunakan kaedah ni sudah lama. 

Ibarat apabila masak sup atau kari misalnya, janganlah tanya aku berapa sudu garam yang aku gunakan, atau berapa sudu serbuk kari ke, sebab memang tak tentu. Aku agak-agak je. Bila secukup rasa, then itulah dia sukatannya.

Ia merupakan kaedah di mana kita letak atau jadikan lidah kita ni sebagai pengadil dalam masakan. Our tongue be the judge of the taste.

Rendang Ayam

Ada orang kata campak-campak je. Atau orang kata main masuk je. Tapi apa yang penting, ia tiada sukatan yang betul atau tepat. Semuanya agak-agak je. 

Lepas ni aku nak try masak lebih ke arah African cuisine pulak. Let's see how it goes.

Sorry about the picture bagi mereka yang berpuasa. :')


No comments:

Let's Interact!

me>