25 September 2014

MY SANDWICH: The King John!

Ok. Maybe aku banyak pulak review mengenai breakfast aku kan? Well nak buat camne? Aku nak promote mengenai kepentingan mengambil breakfast untuk kesihatan serta kepelbagaian hidangan untuk sarapan pagi. So, takde asyik duk nasi lemak, roti canai je kan? Haha... So, hari ni aku nak memperkenalkan:

The King John!



Hidangan ini bukanlah hidangan seperti roti john yang biasa. Ia maybe kelihatan sama tetapi Mashaallah...lazat tak terkira.

Telur yang digunakan berkualiti disebatikan pula dengan hotdog kisar serta 3 jenis rempah ratus dan seasoning.

Setelah digoreng dengan api yang sederhana, roti ini dibariskan dengan cendawan shiitake serta beberapa cebisan telur dadar (lebihan sebatian tadi) dan disapu dengan mayonnaise serta sos cili thai.


Gigitan pertama The King John ini akan memperkenalkan kepada anda aroma telur dan rempah ratus tadi. Kemudian apabila cendawan dan mayonnaise itu bergabung, anda akan merasakan seolah-olah satu letupan syurga di dalam mulut anda sehingga minda anda disinari oleh warna pelangi.

Hidangan ini sangat delicate. Ia adalah sesuatu yang anda perlu rasakan untuk memulakan hari anda.

Hormatilah ia... kerana ia adalah THE KING JOHN!


Like page The Kufazuke Show di Facebook!



2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

hhehheheheh betul2 menghayati hotdog tu:):)

KUFAZ said...

Haaaa.. akak kena try kak... saya pun rasa macam nak buat lagi je...

Let's Interact!

me>