04 July 2014

Kah Kah Kah! Islam Terrorist? Kan dah kena. Buat malu je.


Ok... ini satu cerita yang agak lama tapi amat seronok untuk difikirkan sejenak. Ye.. ia adalah kisah benar. Ia berkenaan seorang lelaki bekas banduan yang dinamakan Craig Monteilh. Selepas dihukum di atas kesalahan jenayah penipuan, beliau dipanggil oleh pihak FBI secara rahsia untuk membantu mereka. Ketika itu, agama Islam dianggap sangat berbahaya kerana masih lagi trauma dengan insiden 9/11 WTC di New York. Jadi, pada pandangan mereka, agama Islam ini adalah agama yang berpotensi menjadi punca kemusnahan dan barbarian.

Jadi, Craig telah dihantarkan oleh pihak FBI untuk menyamar menjadi seorang Muslim untuk mengintip puak orang Islam di Carlifornia. Ini adalah kerana terdapat gerakan dan pertambahan orang menganut agama Islam di selatan Carlifornia ketika itu. So, apa mereka buat? Pihak FBI hantar Craig atau dengan nama samaran beliau Farouk al-Aziz, seorang kononnya berasal daripada keluarga campuran Perancis - Syria, untuk masuk ke dalam kumpulan muslim ini yang berpusat di Pusat Islam Orange County.

Beliau solat 5 waktu sehari semalam di pusat itu sambil memakai serban dan jubah yang telah dipasang dengan alat kamera dan recording device yang kecil. Tugas Craig senang sahaja. Beliau hanya perlu menangkap apa-apa perkataan, atau luahan ahli kumpulan muslim itu yang berkenaan dengan "jihad". Itu sudah cukup bagi pihak FBI untuk membawa masuk kumpulan tersebut dan menghapuskan kumpulan yang dianggap pengganas ini.

Tapi lain pula berlaku.

Craig telah menyamar selama 15 bulan dan telah dikenali dengan rapat oleh "rakan-rakan" Islam beliau. Tapi rakan-rakan muslim beliau sangat baik terhadap beliau dan melayan beliau dengan baik, sepanjang 'tugas' Craig di situ. Craig merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sebab pada fikiran beliau, orang Islam tidak mungkin akan sebaik begitu.

Jadi, beliau mula bertanya-tanya mengenai "jihad" yang memerlukan pengorbanan seperti bom diri sendiri demi maruah agama Islam yang suci ini. Puak tersebut mula menjauhkan diri mereka daripada Craig. Namun Craig tak putus asa, beliau masih lagi cuba mengorek selagi boleh kerana bagi pendapat beliau, sudah pasti ketua kumpulan itu menyimpan suatu rahsia yang tidak ingin diketahui oleh Craig. Ketua kumpulan itu pun, berkata tidak perlu bom diri untuk buktikan jihad. Bukan begitu ajaran Islam sebenarnya.

Akhirnya oleh kerana rasa takut, si ketua kumpulan yang mewakili yang lain juga, melaporkan mengenai perihal Craig ini kepada FBI kerana mereka khuatir orang bernama Farouk al-Aziz ini bakal membawa arus radikal Islam di sana dan ini akan membahayakan pengaruh minda masyarakat di sana.

FBI terpaksa akur dan membawa masuk kembali Craig Monteilh dan klasifikasikan misi Craig ini sebagai gagal. Craig selepas tugasan itu menjelaskan bahawa beliau percaya bahawa insiden 9/11 itu bukanlah salah orang Islam...tapi lebih kepada "inside job".

Rasanya pihak FBI malu ke tak dengan anggapan mereka bahawa Islam ni pengganas?

No comments:

Let's Interact!

me>