17 June 2014

Schumacher Out Of Coma After 6 and a half months!


Berita baik buat peminat M.Schumacher! Beliau telah pun kembali sedar dari koma beliau yang selama 6 bulan setengah dulu.

Juara 7 kali Formula One ini telah mengalami kemalangan sewaktu bermain ski di resort ski Maribal, Perancis yang mengakibatkan nyawa beliau dalam keadaan kritikal. Akibat daripada kemalangan itu, otak beliau mengalami kebengkakan serius. Sabine Kehm, pengurus M.Schumacher telah bercakap mewakili keluarga beliau telah mengesahkan kesedaran Schumacher itu.

Sabine Kehm berkata kepada media,

"Schumacher sudah meninggalkan CHU Grenoble untuk meneruskan proses terapi beliau yang akan memakan masa. Beliau tidak lagi berada di dalam koma. Keluarga beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ke semua doktor dan jururawat yang bertungkus lumus membantu beliau dalam proses pemulihan serta doa daripada seluruh rakan dan para peminat demi kesejahteraan Schumacher."

Schumacher telah menjalani 2 pembedahan di Grenoble Hospital bagi membuang darah beku, haematomas dan menyurutkan kadar kebengkakan pada otak beliau. Beliau juga pernah berada dalam keadaan kritikal apabila proses penyembuhan beliau dilaporkan sangat perlahan dan doktor mulai syak bahawa beliau barangkali tidak akan pulih sepenuhnya akibat kecederaan teruk itu.

Well.. what can I say? Schumacher is a fighter!

No comments:

Let's Interact!

me>