21 May 2014

Libur: The Adventure of Kufaz & Arina (16/05/14) - Day 2: "The Healing Day"

So... hari pertama Backpacking Trip pun dah berakhir. Mengimbau balik perjalanan yang perit dihadapi pada hari pertama membuatkan kami ingin mengambil pendekatan yang lain dalam hari kedua ini. Sebelum tidur di Sunshine Bay, kami ingin membuat sedikit perubahan dalam trip ini iaitu mengenal pasti dahulu destinasi penginapan di Melaka sebelum bertolak ke sana. Oleh sebab kami akan bertolak tengahari, maka boleh expect yang kami akan sampai di Melaka di sebelah petang. Dan kemungkinan di waktu malam. Tak nak perkara seperti di Port Dickson ini terjadi lagi. Jadi, setelah mengenal pasti tempat tinggal di Melaka, kami pun tidur.

Penat dan sakit badan yang dialami tidak sembuh sepenuhnya lagi. Jadi, untuk hari kedua ini ia lebih bertemakan:

Day 2: "The Healing Day"


Aku bangun awal disebabkan rasa excited nak teruskan perjalanan. Dalam pukul 9 pagi begitu. Aku lihat wife aku masih lagi tidur. Disebabkan aku ingin dia rehat lebih lama, aku tidak kejutkan dia. Aku bangun, snap beberapa gambar dan video, postkan ke Facebook sebagai update di hari kedua ini. Di kawasan sekitar terdapat construction sedang berlaku, so boleh kedengaran bunyi kerja-kerja mereka ke bilik kami. Ia tidaklah menyakitkan telinga tapi ia tetap juga menganggu pagi yang indah ini.

Selepas, update status di Facebook dan muat turun gambar pemandangan apartment daripada balkoni di Instagram, aku keluarkan Oat Choco yang kami bawa bersama, dan Nescafe 3 in 1: White Coffee with Hazel Nut flavour. Aku jerang air, sambil tunggu air masak, aku bukak televisyen dan tengok majlis sambutan hari guru di RTM 1.

Jam sudah pukul 10.30 pagi. Aku kejutkan wife aku untuk bersiap-siap. Pergerakan kami memang tidak cukup aktif lagi disebabkan rasa sebal dan sakit otot masih lagi berbisa di kaki dan badan. Namun aroma Nescafe yang aku buat berjaya menenangkan minda kami. Who doesn't like coffee in the morning? Hari masih lagi muda, jadi kami just take our own sweet time untuk packing. No stress, no fuss. Just pure healing day. Dalam pukul 12.30 tengahari, kami pun berangkat bergerak keluar daripada Sunshine Bay.

Terdapat teksi stand di sana. Kami lepak dalam setengah jam di situ. Semasa menunggu, aku menelefon tempat penginapan yang bakal kami kunjungi di Melaka iaitu Lavender Guesthouse. Panggilan itu disapa oleh seseorang yang sangat peramah. Cara beliau menjawab dan bersembang dah macam kami ni sudah berkawan lama. Itu yang membuatkan aku rasa tidak sabar untuk mengunjungi guesthouse beliau. Kalau orangnya dah friendly, sudah tentu hospitality mereka pun baik. Setelah confirmkan kedatangan, beliau whatsapp kan location tempat tersebut...just in case kami sesat nanti. Baik kan?

So.. kami pun terus menunggu public transport. Tepat jam 1 petang, tak muncul-muncul juga, jadi kami decide berjalan kaki je ke Terminal Bas Port Dickson. Lagipun, perjalanan itu tak la jauh mana. Kira-kira 3 km je. Cuaca agak panas tapi itu tidak mematahkan semangat kami. Kalau semalam kami dapat harung 14 km berjalan dalam satu malam, inikan pula 3 km... a child's play. Haha.. sorry. Ter-bragging jap.


Dalam perjalanan menuju ke terminal itu, terdapat satu tapak ekspo yang bakal mengadakan Pesta Belia anjuran kerajaan negeri. Dari segi persiapannya, nampak macam best je. Tapi nak buat camne, kami ada misi yang lain.. jadi bergambar dengan aset-aset tentera pun dah kira ok la tu kan. Selepas dah snap-snap, kami teruskan perjalanan.

Setelah 2 km berjalan, kami decide untuk rehat jap di satu tembok yang terdapat pokok di situ. Just nak rasai keredupan. Tembok tu berada di simpang tiga jalan di mana simpang itu menuju ke arah The Store yang terdapat di sana. Nak tau sesuatu? The best thing is that terdapat satu signboard di situ yang bertulis "Hotel Suria 500m". Ya Allah... kalaulah tau kedudukan sebenar hotel tu sebegini jauh, takde la kami beria nak berjalan pantas semalam. Rushing tak tentu pasal. Reception tak bertanggungjawab tu sepatutnya cakap mengenai The Store tu sebagai landmark. Baru la aku tau lokasinya. Ni tak, just suruh orang yang berjalan kaki ni cepat berjalan. Ingat kitorang ni Superman ke apa. Kalau tau, maybe semalam dah tidur je kat Motel tepi laut tu. Google Map pun satu... tunjukkan lokasi yang salah. Tak pasal-pasal bagi harapan palsu.

Tapi takpe la. Bukan la adventure namanya kalau takde cabaran ye tak? Sekurang-kurangnya, kami dapat discover Sunshine Bay tu yang pada awalnya ingatkan bangunan terbiar. Harga pun murah. So.. I'll let go about this. Tapi yang pasti... aku tak akan sesekali sarankan Hotel Suria kepada sesiapa. Lagipun, mengikut Agoda, hotel tu hotel satu bintang je. Barangkali hotel buruk macam rumah tumpangan je. Ntah-ntah hodoh lagi kotor.

Ye.. memang terik hari itu.

Ok, enough dengan mereka, kita teruskan perjalanan. Pada pukul 2.30 petang, kami pun sampai di terminal bas Port Dickson. Di situ terdapat ruang menunggu yang berhawa dingin. Bagi orang lain memang tempat tu nampak macam biasa je. Tapi bagi kami ibarat pintu syurga.. Haha! kami dah bermandi cahaya matahari sejak pukul 12 tadi kot, dapat plak aircond.. mana tak happy nya? Di situ terdapat ramai penumpang yang sama destinasi seperti kami menunggu bas. Dalam setengah jam berlalu akhirnya bas yang ditunggu muncul jua. Dan biasalah selepas driver dapat berehat dalam 10 minit, akhirnya semua dapat masuk bas tersebut. Oleh sebab terlalu ramai yang naik bas itu, kami terpaksa berdiri dahulu sebelum dapat seats di pertengahan perjalanan bas itu.

Cuaca di luar sememangnya panas yang amat. Bas pulak tidak terasa aircondnya. Of course, kami tertidur-tidur dalam bas tu. Aku tak faham la dengan driver bas di Port Dickson ni. Bawak bas macam bawak motor. Tak reti nak perlahan dan berhati-hati. Laju gila dan tak cermat masa tukar lane dan sebagainya. Aku bawak kereta pun lagi berhemah daripada pemandu bas ni. Takpe la.. berserah je la pada Allah. Dah tak larat dah nak bising-bising. Asalkan selamat sampai sudah.

Selepas hampir mabuk melambung-lambung dalam bas tu, akhirnya kami sampai di stesen KTM Seremban. Tengok pada jam.. dah pukul 4.15 petang dah. Tengok kiri-kanan, baru tersedar. Laaa... kenapa la kami turun di station KTM pulak, padahal kami patut turun di Terminal One Seremban. Port di mana untuk ambil bas ke Melaka pula. Nak-nak memang depan tu je pulak tu. Maybe masih mamai kot sebab tertidur tadi. But it's ok... kami overcome rasa kesal tu dengan beli roti hotdog, waffle dan air botol rootbir. Refresh balik diri kami yang semakin kering dimamah haba panas cuaca.

Semasa berjalan ke arah Terminal One Seremban, kami dapati bahawa tepat 24 jam, pada waktu yang sama semalam, kami berada di tempat ini. Tak sangka kan? Banyak boleh berlaku dalam 24 jam ye kalau kita betul-betul hadapi hari itu. Dan semasa berjalan itu juga, aku dapat message daripada Lavender Guesthouse bertanyakan keberadaan kami. Dan aku pun update padanya lokasi kami. Di Terminal One Seremban, terdapat pelbagai kaunter tiket bas ke Melaka. Dan terdapat range harga yang boleh didapati. Dan Alhamdulillah.. selepas riki-riki harga, kami dapat harga tiket murah iaitu dengan menaiki bas Suasa Edaran yang bakal bertolak dalam masa 5 minit. Ini bermakna, kami tak perlu tunggu lama! Woohoo... nak-nak kami pun kalau boleh nak sampai ke Lavender Guesthouse dengan cepat. Kalau terlewat kang penat lagi kang. Kami pun bukan fully fit lagi. Badan dan kaki masing-masing pun masih lagi under performance. Jadi satu penyeksaan pulak bila berjalan.


Sepanjang perjalanan dalam bas itu, kami tidur je. Tapi aku bangun lebih awal sebab tengkuk aku sakit bila tidur dalam bas. Kerusi mereka tu tak friendly dengan badan aku yang sasa ni. Hahaha. Pemandu bas pun sama jugak. Bawa bas reckless habis. Boleh pulak dia buat lane sendiri sebelah kiri ikut belakang kereta kancil. Lepas tu pecut pulak tu. Haishh.. aku cuma mampu menggelengkan kepala aku. Ingat dia tu bawak motor ke apa? Macam mana la kes kemalangan yang melibatkan bas ekspress tak tinggi? Dalam hati aku, berdoa je semoga cepat sampai Melaka Sentral.

Dalam pukul 7 malam, kami jejakkan kaki kami di Melaka. Alhamdulillah.

Kami pada mulanya terkejut sebab tak sangka, Melaka Sentral ni terminal bas sebenarnya tapi rupa bangunan dan operasi mereka dah macam airport dah rasanya. Siap ada departure dan arrival board lagi. Suasananya jauh lebih baik daripada Pudu Raya. Dan of course Terminal One Seremban. Kagum kami berdua.. tapi dalam-dalam kagum tu, terdapat bunyi gendang bermain di bawah. Perut kami terasa kosong sangat-sangat ni. Kami perlukan makanan untuk bekalkan kami tenaga kembali. Round punya round dalam Melaka Sentral tu, terjumpa pulak restoran nasi ayam. Haa.. aku nak rekemen kat korang supaya try nasi ayam kat Restoran Nasi Ayam Melaysia (NAM). Memang terbaik. Bukan sebab kami lapar ke apa ke, tapi nasi ayam mereka memang terbaik. Terdapat pelbagai jenis nasi ayam di situ. Daripada biasa, panggang, black pepper hingga ke panggang cili pedas pun ada. Dan ice blended yang kami order pun tak gunakan kordial.. mereka gunakan buah sebenar. Memang terbaik..harganya pun standard je. Rasanya pula sangat sedap! A must try! Aku bagi 4 bintang untuk restoran ni.

Dalam-dalam tengah makan tu, aku sempat rekod satu video dan post update di Facebook bagitau kedudukan lokasi kami. Selain tu, pihak Lavender Guesthouse pun tanyakan aku berada di mana sebab takut kami sesat ke mana-mana ke. Bagus diorang ni.. betul-betul amek berat situasi customer mereka. Owner tempat tu iaitu Mitch even update bahawa beliau akan pulang ke rumah dan aku bakal di attend oleh assistant beliau di hostel itu. Really great service.


Selepas makan dan terus ke platform, kami tunggu pula bas interchange untuk ke Banda Hilir. Bas tersebut tiba dalam pukul 8.15 malam dan tidak mengambil masa yang lama untuk bergerak kembali. Aku ingat dah cukuplah rasa kecewa aku terhadap driver bas, rupanya driver kali ni pun tak jauh bezanya. Setiap selekoh dia bantai laju. Macam nak drift pulak. Dah pulak tu even kalau ada bumper semasa selekoh... ye betul, BUMPER SEMASA SELEKOH, dia bantai laju jugak. Punya la risau takut-takut bas ni nanti terbalik ke apa ke. Haishh.. tak faham betul aku! Ada la dalam 15 minit bermain dengan kuasa graviti dan inersia dalam bas tu, kami akhirnya sampai di perhentian Menara Taming Sari.

Seberang jalan tu lah terletaknya Lavender Guesthouse. Hanya perlu berjalan 5 minit untuk sampai ke sana. Mula-mula aku tak nampak. Apabila berada betul-betul di depan Hotel Sensui, toleh kiri boleh nampak dah signboard nya. Hostel tu sangat tenang nampaknya dan kedatangan kami di sambut dengan ramah oleh Ady, assistant Mitch di situ. Selepas segala operasi check in selesai, beliau bawakan kami ke bilik kami.

Fuh.. hanya Allah sahaja tau betapa penatnya badan kami ketika itu. Bila dapat baring atas katil, Mashaallah... sedapnyaaa.. Terdapat pasar malam yang sedang berlangsung berdekatan tapi kami dah terlalu lesu untuk berjalan lagi. Kami ingat keesokkannya nak gerak ke Johor pula tapi memandangkan hari dah malam dan kami pun tak sempat nak gerak ke mana-mana, kami decide untuk cancel Johor trip esoknya dan extend sehari lagi di Melaka. Esok explore town Melaka sungguh-sungguh. Biarlah malam ini kami tidur untuk heal kan balik badan kami yang telah di push lebih daripada kebiasaannya.

Kalau nak diikutkan hari ini kami tidaklah terlalu berjalan kaki. Cuma 3 km sahaja di sebelah tengahari. Yang lain semua naik bas je. Tapi kaki dan badan perlukan rest yang secukupnya sebab hari pertama trip ini telah pun tunjukkan effectnya pada tubuh badan kami. So.. kami tutup dulu lampu untuk malam ni dan tak sabar tunggu apa yang bakal menanti esok.

Nantikan episod ketiga esok!



No comments:

Let's Interact!

me>