06 May 2014

Aziz Sattar Meninggal Dunia (6/5/2014): DO-RE-MI KINI TIADA.


"Walau muka mu tidak ku kenal, tapi lobang hidong mu tatap menjadi pojaan hatiku"

Siapa yang tidak kenali dialog di atas? Tak kira dari budak kecil hingga para veteran, pastinya akan teriang di telinga bagaimana seniman lagenda, Aziz Sattar yang semasa itu berlakon sebagai Ajis dalam Seniman Bujang Lapok kenakan skrip itu kepada Ahmad Nisfu. Tengok berulang kali pun, ia tetap mampu mencuit hati kita. Begitulah hebatnya filem melayu zaman tv masih lagi hitam putih.

Namun, kini sahabat 3 serangkai itu, telah tiada setelah Aziz Sattar, meninggal dunia pagi tadi pada jam 2 pagi di Hospital Kajang akibat sakit jantung.

Kini tiada lagi Ramlee, Sudin dan Ajis yang menjadi ikonik kepada industri hiburan kita sewaktu ketika dahulu. Sungguh sedih apabila mengenangkan hal ini. Sebab bagi aku, belum ada lagi pelakon yang mampu replicate apa yang mereka lakukan selama dalam industri perfileman. Ntah bilakah agaknya filem-filem kita akan lebih bermutu seperti zaman-zaman P.Ramlee.

Allahyarham meninggal dunia di samping dua anak, menantu dan cucunya. Dan kini ahli keluarganya akan menguruskan jenazahnya yang akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Pengebumian dijangka akan berlangsung pagi ini.

Terima kasih di atas segala nasihat, moral dan lawak jenaka yang akan diingati oleh kami wahai Pak Ajis. Sesungguhnya pemergianmu tiada gantinya.

CHERITA DO-RE-MI KINI TAMMAT

AL-FATIHAH

1 comment:

♥ Xett Hereen ♥ said...

sedihnya. al-fatihah untuk arwah .
nak tau tak ? bos kat ofis i, tak pernah tengok cite P.ramlee oke.

bile i cakap , "ala doktor, macam cite P.Ramlee tu.."

Dia jawab, "hah? P.ramlee? tak penah tengok la"

defish~

Let's Interact!

me>