24 March 2014

Kenapa Chelsea Boleh Tapau Arsenal Macam Tapau Roti Canai Sardin Restoran Pelita.


Sabtu lalu Chelsea sekali lagi telah menunjukkan satu statement yang sangat menarik. Satu statement jelas mengapa Chelsea seharusnya digeruni oleh pasukan-pasukan lain yang turut bersaing dalam liga dan juga tournament eropah. Chelsea memberitahu bahawa mereka bukan sebuah pasukan yang boleh dianggap enteng. Dan semestinya, ia tidak gampang (bermaksud mudah/senang dalam bahasa Indonesia) untuk menentang Chelsea.

So, apa kelebihan Chelsea sehingga cukup mudah tapau skuad Arsenal ibarat pergi tapau roti canai sardin di Restoran Pelita? 

Actually ada beberapa faktor yang aku nampak pada game tersebut yang membuatkan Chelsea nampak seperti gergasi dan Arsenal tak lebih dan tak kurang macam skuad bola sepak sekolah menengah peringkat zon Gombak. Ia jelas dan cukup mudah. Berikut adalah faktor-faktornya:

1. Stamford Bridge.
Come on la... Seperti mana Liverpool berbangga dengan "This Is Anfield" mereka, begitu juga dengan Stamford Bridge. Ia adalah tempat keramat Chelsea di mana sebenarnya bukan Arsenal sahaja yang pernah menjadi mangsa di situ. Manchester United, Manchester City, Liverpool, Spurs pun dah pernah kena. Cinta antara Chelsea dan Stamford Bridge adalah satu connection yang sangat kuat dan nyata. Ia adalah kawasan Chelsea. Lu lansi kat tempat wa, memang lu kena la.

2. Jose Mourinho Vs Arsene Wenger.
Secara statistik, Arsene Wenger masih lagi belum mampu untuk menewaskan Jose Mourinho. Selama beberapa match yang lepas, Arsenal tidak mampu menewaskan Chelsea di bawah bimbingan Jose Mourinho. Entah kenapa Arsene Wenger seakan susah betul nak kalahkan tactical game Jose Mourinho. Kalau mereka berdua main chess, selang 4 move pertama, barangkali Arsene Wenger sudah pun di check mate kan.

3. Kereta Kebal Rempuh Kereta Kancil.
Kunci kejayaan atau dominasi sebuah permainan tu, bukan sahaja tertakluk kepada cara passing dan striker yang mantap tetapi mula dari tengah. Dalam perlawanan terbabit, bahagian tengah Chelsea dimain oleh David Luiz dan Matic. Dua-dua pun jenis tinggi dan keras. Arsenal? Mereka meletakkan Arteta dan Chamberlain. Dua-dua average tinggi dan tidak mempunyai badan sekental Luiz dan Matic. So, bola udara, memang confirm Chelsea punya la. Dan interception midfield Chelsea pecah-belahkan formasi Arsenal ibarat memotong buah kelapa muda untuk diambil airnya. Tengok saja gol kedua Chelsea, start dari interception Matic dan terus ke Schurrle.


4. Ozil-less Arsenal.
Ok. Aku akui, Arsenal agak hambar dan kurang kreativiti disebabkan ketiadaan Ozil. Pemain tu sebenarnya salah satu pemain yang boleh diharap dalam memberi bola-bola best kepada key player untuk menjaringkan gol. Tanpa kelibat beliau, Arsenal seakan kehilangan idea seperti pelukis kartun yang dah terlalu lama dalam bidang komik. Tapi, ia adalah seimbang di mana Chelsea juga kehilangan Ramires dan Willian. Dua-dua pun penting buat Chelsea dalam membina game. So... backup player Arsenal je yang tak dapat menandingi pemain-pemain Chelsea.


5. Misi
Misi Chelsea jelas. Musnahkan Arsenal. Nak-nak pula time game ke 1000 Arsene Wenger bersama Arsenal. Persaingan antara Arsenal dengan Chelsea ini dah ibarat anjing dan kucing. Lama sangat dah. Masing-masing nak claim warna sebenar London. Antara biru dan merah. Cuma yang bezanya, dalam 9 tahun ni, Chelsea dah banyak menang piala dan Arsenal tidak. Jadi, bila orang terdengar London, mereka segera terbayang warna biru. Bukan merah. Dan bukan juga putih.

6. Pengadil.
Isu pengadil ni bukan sahaja terjadi kepada game ini sahaja malah game-game team lain pun turut terkena juga. Kualiti pengadil dalam musim ini memang meragukan. Seperti game Sabtu lepas, sepatutnya Chamberlain yang kena kad merah dan bukannya Gibbs. Sememangnya jelas Chamberlain yang save bola sepakan Hazard menggunakan tangan ibarat Oliver Kahn sewaktu muda dahulu. Kalah Szczerny gamaknya. Namun ntah kenapa Gibbs yang terkena. Tapi waktu tu, Chelsea sudah pun leading 2 gol. Dan andaikata, pengadil betul bagi kad merah kepada Chamberlain, aku rasa Chelsea akan dominasi lebih dahsyat kot dengan Arsenal tiada midfielder.

7. Total Football.
Tak seperti team yang lain, Chelsea dibarisi dengan semua pemain yang ada potensi untuk score. Bukan striker sahaja. Itu lah sebabnya jika striker flop sekali pun, Chelsea tetap jua akan score. Kalau team lain menang besar 3, 4 gol, sudah pasti striker hat-trick dan seorang lagi saguhati. Namun Chelsea tak. Kalau menang besar sekalipun, sudah pasti ramai juga yang jaringkan gol. Teamwork tahap dewa. Arsenal? Terlalu bergantung kepada Giroud dan Podolski.

8. Eva Carneiro
Hm... ntah. Tapi yang pasti, Chelsea ada, Arsenal takde. Tu je.



No comments:

Let's Interact!

me>