07 March 2014

Ini Bodoh! Kemusnahan Ultraman - Bye Bye Childhood Hero


Sorry to say tapi aku terasa macam terpanggil untuk menulis meluahkan apa yang aku rasakan. Bukan, ini bukan mengenai kisah-kisah manusia si perampas suami orang atau kisah gaduh sebab hina menghina satu sama lain. Ini lagi best. Iaitu kisah fiksyen yang di angkat menjadi besar.

Kalau benarlah apa yang aku baca di website dan blog-blog orang di luar sana tu, maka dengan ini Kementerian Dalam Negeri telah berjaya melakukan apa yang alien dan raksasa tak mampu nak lakukan sejak dulu lagi iaitu "memusnahkan" Ultraman. Urmm....

Aku tak pasti kenapa. Tapi apalah yang menyebabkan komik Ultraman iaitu "Ultraman The Ultra Power" mahu di ban sebegitu sekali? Pengaruh terhadap kanak-kanak? Itukah sebabnya? Menurut website The Malay Mail Online, kementerian telah membuat statement bahawa,

"Ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbitkan, menjual, mengedar, menawarkan untuk menjual atau ada dalam miliknya bagi apa-apa maksud itu yang diharamkan penerbitan."

Atas sebab apa? Disebabkan kandungannya 'memudaratkan ketenteraman awam'. Wow.... just wow.

Meh sini aku nak jelaskan. Aku membesar dengan menengok kartun Ultraman. Merchandise Ultraman. Buku mewarna Ultraman. Dan segalanya yang melibatkan Ultraman. Takde pulak aku rasakan yang minda aku terpengaruh sampai aku boleh bertukar menjadi Ultraman. Takde pulak aku mencari Minami untuk bersatu menjadi Ultraman Ace. Aku membesar dengan elok je. Dan aku lihat kanak-kanak yang membesar dengan Ultraman kini pun takde seorang pun yang jadik tak betul. Dari segi apa yang dilihatnya?

Ia adalah sebuah watak dan cerita fiksyen. Dan aku percaya ia mampu memanjangkan minda kanak-kanak untuk berfikir diluar kotak. Dan secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk menjadi kreatif lagi. In fact, Di Jepun, mereka takde plak nak ban Ultraman ni. Malah mereka jadikan sebagai idol. Satu watak penyelamat yang tak berhenti menyelamatkan bumi daripada gangguan raksasa.

Kalau betul la mereka nak ban, mereka patut tengok gambar-gambar di bawah ni dan ban ni dulu.


Sebab apa? Sebab bagi aku, kalau betul lah hiburan mampu 'memudaratkan ketenteraman awam', aku rasa majalah-majalah dan filem-filem di atas ni sepatutnya di ban dulu. Well, I'm just saying.

Ye la kan. Berbanding tengok Ultraman, aku lagi terdorong nak rogol wanita berkulit gebu atau menjadi salah seorang ahli kumpulan gengster dengan melihat majalah-majalah wanita separa bogel yang terdapat dalam pasaran sekarang ni serta menonton filem-filem "wa lu langsi kasi bikin panasss" yang tumbuh macam cendawan kat luar tu.

Weh.. admit je la. Oleh sebab filem-filem macam ni, kanak-kanak kecik pun sekarang ni dah pandai "wa lu" dah dengan orang. Dari mana pulak datangnya pengaruh tu? Mak bapak? Come on la. Benda-benda macam ni tak nak pulak ban. Lepas tu, tengok anak-anak perempuan zaman sekarang lebih gemar berskirt pendek, dedah lurah sana sini lagi. Benda-benda macam ni dijadikan trend. Pengaruh dari mana tu? Mak bapak? Ultraman Taro? Ultraman Mebius?

Korang fikirkan la sendiri ye. Apa-apa pun..... Selamat tinggal hero zaman kecilku. Kamu sudah menghapuskan banyak raksasa. Barangkali raksasa di sini terlalu kuat untuk mu.

All of this... Only In Malaysia.

No comments:

Let's Interact!

me>