27 January 2014

St John's Heboh Carnival: Celebrating 110th Anniversary of St John.


Sebelum aku bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur (SMTSKL) selepas mendapat keputusan PMR, aku merupakan seorang Johanians (panggilan warga pelajar St John). Sekolah rendah dan juga menengah. So, kini sekolah itu sudah pun berusia 110 tahun. Wow.. sudah lama juga ia bertapak di Malaysia ni sebenarnya.

Sabtu lepas, sekolah itu menganjurkan karnival sempena 110 tahun St John dan aku tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Bukan semata-mata karnival itu sebenarnya. Tetapi dalam perjalanan hidup yang semakin jauh ini, aku terasa ingin juga mengimbau kembali nostalgia lama aku bersama sekolah ini. Setiap sudut sekolah ini aku teroka kembali. Seakan aku masih lagi bersekolah di sini.

Sambil-sambil melihat pemandangan sekolah itu, segala memori dan perasaan datang kembali. Aku teringat berjalan dari kelas ke kantin. Bermain bola sepak di padang. Berkawat di tarmac sekolah. Lepak di surau dan bangku di sebelah gelanggang bola keranjang bersama rakan-rakan. Ia membuatkan aku tak sangka sebenarnya sudah 14 tahun aku tinggalkan sekolah itu.

Tidak banyak yang berubah di sekolah itu. Barangkali terdapat beberapa renovation yang baru di sana sini. Tetapi secara totalnya, bangunan itu tetap lama. Stail dan gaya seperti mana kali terakhir aku jejakkan kaki ke sana.



Karnival ini agak besar kerana ia merangkumi jalan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Ini merupakan karnival terbesar yang pernah dianjurkan oleh St John. Terdapat pelbagai ativiti dan juadah yang dijual di sana. Ada permainan air, drift bike dan permainan-permainan lazim yang terdapat di mana-mana karnival atau funfair. Aku tidak main mana-mana permainan pun kerana aku lebih ingin masuk ke sekolah untuk melihat bangunan lama itu.

Aku nak cuba tengok kelas tingkatan 1P aku dulu, tetapi tak dapat pula kerana kelas tersebut telah dijadikan tempat permainan rumah hantu. Aku ingin menjenguk gelanggang badminton, squash dan makmal sains dan tidak kesampaian kerana sudut itu ditutup daripada dimasuki.

Tetapi tidak mengapa, aku berpuas hati berpusing di dalam sekolah dan re-install balik memori lama yang aku sangkakan sudah tiada. Pergh.. aku berada di sana dalam 2 jam saja. Tetapi terasa macam seluruh kehidupan remaja aku datang kembali dalam minda aku ni. Betapa seronoknya menjadi murid sekolah sebenarnya.

Kalau dapat pusing kembali masa, mungkin aku akan lebih menghargai setiap detik yang ada berada di sekolah ini.

Onward onward St John! Fide et Labore!!







No comments:

Let's Interact!

me>