08 January 2014

Cara Tingkatkan Trafik Blog Secara Percuma


Hello everybody. Masuk tahun ni je, maka genaplah 3 tahun aku berkecimpung dalam dunia blogging ni. Wow.. tak sangka kan? Tup tap tup tap, masa berlalu dengan pantasnya sekali. So, sebagai meraikan ulang tahun aku blogging ini, aku nak kongsikan berberapa tips yang aku guna untuk naikkan trafik blog. 

Sebelum tu, just nak bagi info yang terdapat provider-provider di luar sana yang boleh menaikkan trafik blog anda tetapi of course, perlulah bersama ongkos nya. So, apa yang aku nak share ni adalah teknik naikkan trafik secara percuma. Dan aku tau, anda semua macam aku jugak... suka benda-benda percuma n, ye dak? Hahaha... So let's get it on!

1.  Nama dan Target Pembaca.
Sesebuah rancangan televisyen tidak akan mendapat hit jika nama rancangannya tak sedap. Betul tak? Begitu juga dengan blog. Cariklah sebuah nama yang kreatif dan senang untuk orang ingat. Dan kalau boleh, jangan plagiat orang lain punya. Be original as can be. Brandingkan nama blog tu menjadi identiti anda.
Sasaran pembaca pun kena ambil kira juga. Jika anda ingin ketengahkan isu mengenai sukan, maka pelbagaikan info-info mengenai sukan sebanyak yang boleh. Versatile sket. Jangan mengenai bola sepak je... try masukkan sekali hoki, squash, ragbi dan sebagainya. Haa.. tu contoh ye. 

2. Komitmen Dulu Baru Duit.
Haa... kenapa aku ungkapkan tips ni? Sebab, sesuatu perkara itu adalah lebih indah jika dibuat atas dasar minat dan keseronokan dahulu. Bukan kerana duit semata-mata. Sebab seperti yang kita tau, blog tanpa trafik apalah maknanya kan? So, crowd tu kena build up dulu. Selalunya blog-blog "otai" sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging sebelum mereka naik dan stabil. So, cuba jadikan blogging ini sebagai hobi. Jadi anda sendiri pun tak berapa kisah jika lambat dapat habuan sebab dah memang melakukan sesuatu yang anda minat. Dan bila sudah mampu peroleh pendapatan daripada blog, maka anggaplah ia sebagai "BONUS" kerana anda mendapat habuan melakukan apa yang anda suka. Janganlah baru sebulan blogging terus putus asa tak memasal.

3. SEO dan keywords.
Tahukah anda bahawa kebanyakan trafik bukan sepenuhnya berdasarkan tajuk blog anda semua? Tetapi keywords yang anda gunakan. SEO atau nama penuhnya "Search Engine Optimization" merupakan satu method yang laman carian seperti Google, Yahoo!, Bing dan sebagainya gunakan untuk tetapan kata kunci ranking tinggi untuk meletakkannya sebagai priority dalam enjin carian mereka. Pening? Ok la aku bagi contoh. Seandainya satu insiden viral seperti "Piala Dunia" sedang asyik diperkatakan masa itu, maka anda bolehlah gunakan perkataan "Piala Dunia" tu sebagai tajuk entry anda. Tapi jangan lah skema sangat ye. Gunakan kreativiti anda untuk jadikan tajuk itu menjadi carian utama dalam enjin carian seperti "Negara yang bakal memenangi Piala Dunia adalah Brazil"... Haa, nampak tak permainannya?

4. Hebahan Blog (Ping)
Dulu aku tak kenal apa itu "ping" tapi selepas membuat kajian, baru lah aku tau bahawa ping itu adalah hebahan. So, macam mana nak buat ping ni? Anda boleh gunakan mana-mana laman sosial sebenarnya untuk tujuan ping ni. Postkan link blog anda di Facebook, Fanpage (jika ada), Twitter even Youtube. Atau anda boleh mendaftar secara percuma di apesal.com dan letakkan entry anda di situ bagi tujuan ping. Terdapat banyak ping site yang lain anda boleh gunakan tapi channel ini menggunakan link yang telah aku bagi tadi. Anda juga boleh hebahkan blog anda dengan share entry anda itu ke profile Facebook anda atau rakan-rakan anda.

5. Networking
Bayangkan anda ingin menjual produk. Adakah anda akan dikenali jika tidak bergerak dan promote kat orang? Begitu juga hal nya dengan blog. Rajin-rajin lah ziarah bloggers yang lain. Follow mereka. Tinggalkan komen kepada mereka. Beramah mesra lah dengan mereka. Dan ajaklah mereka untuk blogwalking anda pula. Dan sebagai tuan rumah, anda juga perlu menjaga tertib ye. Andai dapat komen ke atau apa pun, jadikkan sebagai motivasi dan jadikan ia iktibar supaya dapat memantapkan lagi blog anda. Kalau anda lihat blog-blog yang hebat, followers mereka mesti sangat ramai. Setiap kali anda post sesuatu, mereka juga akan dapat perkhabarannya dan jika mereka berminat, mereka akan jenguk anda. Hence, the traffic. 

6. Stail Penulisan
Kita diajar dengan pelbagai kaedah bahasa dan penulisan yang mencerminkan karekter kita. Cara penulisan kita akan memberi impresi kepada pembaca tentang diri kita sendiri. Jadi, jadilah seorang penulis yang baik. Letakkan lah elemen saspen ke, supaya pembaca ingin terjun lagi ke entry-entry anda untuk baca. Anda juga boleh letak elemen cerita bersiri ke supaya mereka akan menjadi "regular customer" anda. Dan banyak lagi la caranya. Kreativiti masing-masing yang membezakannya. Dan dengan ikhlas hatinya, aku nak minta tolong kepada semua, jangan lah gunakan bahasa alien. Sakit hati tau nak baca. Kalau nak tulis anda sukakan bunga kekwa, tulis je lah "saya suka bunga kekwa". Tak payahlah nak menggedik tulis, "Aq skew munge kqwa taw".

7. Telus dan Tepat.
Telus dan tepat? Apakah? Haha! Bukan apa. Pernah tak anda semua dapat satu link yang tak tepat dan akhirnya anda membazirkan 5 minit dari hidup anda yang anda tidak boleh ambil kembali? So, kalau anda tidak mahu kehilangan trafik dan pembaca, jagalah content anda tu. Janganlah bagi tajuk entry, "Cara Masak Asam Pedas", pastu bila klik pada link, terus ke arah cerita bagaimana anda beli lauk tu di kedai mamak siap dapat nombor telefon awek Indon lagi. Sungguh tidak bagus perlakuan itu ye.


Haa.. so, itulah antara tips-tips yang aku dapat kongsikan serba sedikit. Seandainya anda ada tips anda sendiri, bolehlah kiranya berkongsi bersama, ye. Tak baik kedekut tau. Haha! Jangan lupa ye untuk SUBSCRIBE channel The Kufazuke Show Vlog di Youtube yang bakal keluar dengan episod 3 minggu depan. Dan jika anda ada apa-apa request nak aku reviewkan ke atau berkongsi pendapat, bolehlah komen di sini, atau di Facebook fanpage atau emailkan di feedback@kufazuke.com. Happy blogging!!

visit.indulge.amaze.


1 comment:

Azri Othman said...

Nice tip bro. harap dapat kongsikan lagi tip jika ada :)

Let's Interact!

me>