28 August 2013

Sekilas Pandang From Flex FM


So, seperti yang aku dah kobar-kobarkan, aku sedang giat dengan projek terbaru aku. Projek tersebut adalah projek media yang aku namakan FLEX FM. Ia sebuah online broadcasting yang akan ketengahkan unsur positif dalam kehidupan seharian. So, ini adalah serba sedikit kata aluan aku untuk projek ini. Sekian.


Sekilas Pandang.

Wah. Semakin hari semakin ramai yang mengenali Flex FM ini yang juga semakin hampir ke pelancarannya. Saya berbangga kerana walaupun belum dilancarkan lagi, namun ramai yang sudah mula mengikuti perkembangan dan menikmati serba sedikit isian dan kandungan yang Flex FM pamerkan.

Ramai yang bertanyakan apakah sebenarnya Flex FM ini dan ke mana arah tujuan penubuhannya. Hm.. Untuk memberitahu secara detail, saya rasa ia belum tiba masanya lagi kerana sebab-sebab elemen kejutan yang akan disampaikan. Tetapi walaubagaimana pun, saya tidak rasa untuk beri hint sesuatu yang patut dilokekkan.

Saya juga seperti anda. Manusia biasa yang hidup dimuka bumi ini yang menginginkan dunia kita menjadi lebih baik. Saya juga seperti anda tidak suka berada dalam suasana yang tegang serta menginginkan suatu tempat di mana kita dapat berkongsi pendapat ataupun pengalaman bagi bantu membantu sesama insan. Dan saya juga seperti anda, ingin melihat masyarakat kita ke arah yang lebih baik dan membina modal insan yang utuh dan kuat.

Di situlah bermulanya Flex FM. Kami ingin menerapkan sifat positif dalam insan tidak kira tua atau muda supaya kita sama-sama dapat membina satu masyarakat yang lebih baik dan prihatin sesama insan. Sebolehnya kami ingin anda semua berganding bahu bersama kami menjayakan misi ini supaya kita dan generasi akan datang dapat hidup dengan tenang dan permai.

Sebagai founder dan director kepada Flex FM, saya berazam dan berusaha dalam memastikan misi murni ini berjaya. Saya juga berterima kasih kepada rakan pengarah saya, Syakiella Lee dalam mempromosikan dan berjaya menarik minat orang ramai. Ia jelas dengan penyertaan gambar-gambar peraduan yang banyak dihantar. Dapat dilihat disitu betapa unik dan harmoni perpaduan kekeluargaan menerusi gambar-gambar dihantar dan keharmonian itulah salah satu mesej yang kami ingin sampaikan. Sesuatu yang positif. Tahniah kepada yang menghantar dan apabila gambar anda dipilih, anda akan mendapat habuannya.

Pelbagai segmen menarik akan disampaikan mngikut segmen-segmen tersendiri. Dan siapa yang akan menjadi penyampai? Biarlah rahsia dahulu. Seperti yang saya sudah khabarkan di atas, kami ingin menjadikan ia sebagai salah satu elemen kejutan bagi anda. So, ayuh bersama-sama kami. Stay tune dan teruskan bersama Flex FM. Ajak kawan-kawan, famili semua LIKE dan SHARE page Flex FM....

Dimensi Baru... Bakal Bermula.


No comments:

Let's Interact!

me>