17 June 2013

Father's Day


Semalam aku meraikan Hari Bapa bersama bapa mertua dan keluarga sebelah isteri. Ia sangat menyeronokkan dan indah untuk meraikan pengorbanan yang dipikul oleh seorang bapa membesarkan anak-anak dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Dalam-dalam keseronokan itu, aku sebenarnya sedih di dalam hati. 

First, sebab aku belum boleh meraikan hari tersebut memandangkan aku belum lagi menjadi seorang bapa. Inshallah... jika Allah mengizinkan, adalah rezeki aku dan isteri untuk menimang cahaya mata kami nanti. Dan second, hakikatnya... aku tidak mempunyai bapa sekarang. Beliau telah dijemput Illahi 4 tahun yang lepas.

Aku teringat waktu aku kecil dulu, arwah bapaku merupakan seorang yang biasa sahaja tetapi banyak memberi aku tunjuk ajar bagaimana menjalani kehidupan dewasa ini. Beliau tidak pernah jemu membesarkan aku dan adik-beradik. Walau senakal mana pun kami ini. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak nya supaya tidak melampaui batas kami.

Sayang sekali beliau pergi dalam usia akhir 40-an di atas penyakit paru-paru yang beliau hidap lebih daripada 10 tahun. Kini, hanyalah tinggal kenangan keindahan yang aku nikmati bersama insan yang bergelar bapa.

Aku tengok semua gambar-gambar yang aku ada bersamanya setiap satu untuk mengimbau kembali saat-saat manis aku bersamanya. Sungguh memilukan. Aku berharap sangat dia masih hidup untuk melihat aku menjangkau dewasa lagi. Mungkin beliau dapat membimbing aku di kala aku seakan sesat dalam hidup ini. Tapi aku redha... Kerana aku tahu, yang Allah lebih sayangkan nya.

Segala tunjuk ajarnya akan aku bawa sampai bila-bila dan akan aku praktikkan juga bila aku mempunyai anak juga nanti.

Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Al- Fatihah.

Selamat Hari Bapa, papa. 

p/s: Sayangilah orang tua kita sewaktu mereka masih ada lagi.

Bapaku sangat-sangat menyayangi diriku.

No comments:

Let's Interact!

me>