17 May 2013

Moulding Your Children As Education Lover.



Masih lagi dalam mood Hari Guru. Ada pertanyaan dari seorang pembaca yang ingin tahu, kenapa even guru yang berdedikasi dan beriltizam tinggi mengajar murid tapi masih ada murid yang lebih suka ponteng kelas dan buang masa.

well, that's a really good question. And for that, I've interviewed a friend of mine who happen to be a teacher about this matter.

The first problem we're facing right now is pembentukan culture atau mobiliti hidup yang mempengaruhi daya pemikiran dan sahsiah setiap modal insan. Pernah tak kita terfikir kenapa orang dulu-dulu yang hidup susah tapi anak-anak berjaya? Zaman di mana teknologi masih lagi baru nk membangun, internet tiada, kemudahan-kemudahan serta fasiliti tidak cukup. Kenapa semangat itu tidak boleh diaplikasikan terhadap pelajar-pelajar sekarang? Yup, the answer is perkembangan budaya yang tidak sihat. 

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi dan ekonomi, kita menghadapi satu side effect yang sangat membimbangkan iaitu moraliti masyarakat. Orang selalu menyalahkan guru apabila anak tidak menjadi. Tapi kita kena faham yang pembentukan modal insan terbahagi kepada dua iaitu IQ dan juga EQ. IQ dijana biasanya di sekolah manakala EQ pula datangnya dari rumah.

Guru akan mengajar murid-murid apa yang tidak boleh dibelajar di rumah. Seperti matapelajaran khusus dan elektif. Tetapi untuk gain semangat, cintakan pembelajaran dan kemajuan sahsiah, ia datang dari rumah. Pembangunan ekonomi dan juga teknologi menyebabkan ibubapa langsung tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak dan seraya itu membahayakan pembentukkan sahsiah mereka. Oleh sebab terlalu sibuk dengan karier, masa bersama anak itu pun akan berkurang. Berapa ramai ibubapa sekarang yang duduk makan bersama anak-anak mereka dan berbincang permasalahan yang dihadapi? Berapa ramai ibubapa sekarang ni yang duduk disisi anak untuk tengok mereka buat kerja sekolah dan bimbing check samaada mereka melakukan dengan betul atau tidak? Berapa ramai ibubapa sekarang ini yang hadir ke sekolah tengok persembahan kelas anak mereka atau jumpa guru secara private bertanyakan prestasi anak mereka?

Oleh sebab tiada slot masa itu, anak, as generally a young human being akan cuba ikut rentak minda mereka yang masih mentah untuk membangun sendiri. Tanpa bimbingan. Dan ye, kita sama sekali tidak boleh compare keadaan sekarang ini dengan keadaan zaman dulu. It's entirely a different thing. Anak-anak muda zaman sekarang dipengaruhi dengan perkara yang telah disebutkan di atas iaitu, pembangunan sahsiah yang tidak sihat.

Mereka sekarang dijamu dengan pelbagai anasir luar yang dibawa oleh media yang menjadi makanan harian minda mereka. Siapa yang nak belajar di sekolah kalau di TV tunjukkan mereka semua boleh berjaya tanpa pelajaran macam Justin Bieber? Siapa yang nak beria pergi ke sekolah kalau mereka nampak tempat-tempat lencongan yang lagi best daripada duduk dengar cikgu membebel di depan? Dan siapa yang nak menjadi seseorang yang berguna kalau mereka diajak mempercayai program realiti di TV mahupun internet boleh memberi jalan singkat untuk mencapai impian mereka?

As a young human being, yang mindanya masih mentah, mereka akan mengikuti jalan-jalan 'singkat' ini untuk terus berada dalam zon selesa. Dan di sinilah sebenarnya peranan ibubapa. Untuk menolak mereka keluar dari zon itu. Sebab jika ibubapa tidak membimbing, maka satu lagi pengaruhi akan membawa mereka lebih jauh ke arah sudut negatif iaitu rakan-rakan sebaya. Rakan-rakan yang sama mentahnya seperti mereka dan tidak tahu hala tuju kehidupan dan akibat perbuatan mereka.

So, untuk mould and create anak-anak yang bersemangat untuk belajar dan tidak ponteng sekolah, sentiasa bersama anak itu untuk tunjuk jalan mana yang harus dituju dan garapkan kecintaan pembelajaran itu di hati mereka. 

Masa anak berada dirumah sebenarnya lebih lama daripada masa mereka berada di sekolah. Pembentukan EQ yang cantik, pemangkin IQ yang baik.

p/s: Ibubapa dulu sangat garang, fail atau buat hal kat sekolah je, memang berbirat badan kena rotan. Tapi sekarang ni, ibubapa karier hebat-hebat, lepas tangan je. Bila anak tidak menjadi, salahkan guru disekolah. Dan budak-budak itu menjadi semakin manja.

No comments:

Let's Interact!

me>