16 May 2013

HAPPY TEACHER'S DAY



BANGUN SEMUA.... SELAMAT PETANG CIKGU!

Selamat Petang.

Ok murid-murid, duduk. Hari ni saya malas nak mengajar apa-apa sebab hari ini kan Hari Guru. Jadi, saya just nak bercerita sikit. Dulu, waktu saya seorang pelajar, saya bukan jenis yang hyper sangat. Malah saya dulu seorang pendiam. Dah la pendiam, agak 'slow' pulak tu.

Tapi saya kagum. Sebab guru-guru saya dulu tak pernah give up terhadap saya. Sentiasa percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi yang melangkaui daya fikiran. Cuma perlu push dan terus usaha. Alhamdulillah, setiap ilmu yang guru saya beri dulu banyak manfaatnya pada diri saya ni. Saya juga nak confess sesuatu. Dulu, saya selalu kutuk guru saya dari belakang kerana suka bagi kerja sekolah sampai bertimbun-timbun. Memang cukup menyampah. Tapi bila masa pun sudah berlalu, saya sedari bahawa seandainya mereka tak buat macam tu, saya tidak mungkin akan jadi pandai. At first memang kita tak nampak apa yang mereka cuba lakukan terhadap kita tapi in the end, bila dah menjelang dewasa semua ilmu itu menjadi sangat berguna. Dulu terasa nak cepat je habiskan sekolah, sekarang ni, terasa nak jadi murid kembali.

Guru juga tidak semestinya orang yang mendidik kita di sekolah saja ye murid-murid. Malah ibubapa kita juga merupakan guru kita. Merekalah yang mengajar kita sejak kecil. Didik kita menjadi orang yang berguna. Merekalah yang selalu meleter, marah dan menegur kita bila kita buat silap. Sesungguhnya mereka guru yang pertama kita semua. Jadi hargailah mereka ye.

Oleh itu, di Hari Guru yang berbahagia ni, saya nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih terhadap guru-guru saya di:

1. Di rumah (Ibubapa)
2. Tadika Yu Der
3. St Serf Primary School Tullibody (Scotland)
4. SRK St John 2
5. SMK ST John
6. SMT Setapak Kuala Lumpur
7. KU Teknikal Kebangsaan Malaysia
8. UNIKL MFI

Jasa guru-guru tidak mungkin dapat dibalas. Semua pengorbanan yang guru berikan kepada saya amat-amat saya hargai. Harap guru-guru semua ampunkan dosa saya dan halalkan segala yang telah diajarkan kepada saya.

Ok la kelas, saya rasa sampai disini saja sesi kita hari ini. Class dismiss.

BANGUN SEMUA..... TERIMA KASIH CIKGU.

No comments:

Let's Interact!

me>