15 May 2013

Come On Top With Brains.



Ok. Aku bukan nak cakap ni berbaur perkauman or anything. Tapi sana sini kita dapat lihat suasana racism berkumandang ibarat burung bersiul tiap pagi. Lagi-lagi dengan DAP berjaya takluki negeri-negeri hebat especially Pulau Pinang. Semua teriak menunjukkan betapa takutnya diri mereka seandainya one day dijajah oleh bangsa cina ini. Takut kehilangan hak. Takut dipijak-pijak. Dan yang paling best, takut kalau terpaksa "menumpang" di negara sendiri di masa depan.

wow.. well, bukan nak memburukkan bangsa sendiri tapi we have to admit, orang Melayu yang mempunyai trauma begitu.

"Apa lagi yang cina mahukan?", "Mari boikot barangan/bisnes cina" dan "Chinese Tsunami" bukanlah satu slogan atau laungan yang patut kita pekikan sekarang ini. Bukan nak memburukkan kerajaan tapi as a normal person, di mana saja pun racism bukan satu pensosialan yang sihat. Dan apa yang dikeluarkan oleh PM mengenai "Chinese Tsunami" ni tidak patut sebenarnya.

Well, kita ambil contoh. Let say if kita berlumba lari. Kita berada di nombor dua dan dapat lihat pesaing kita berada di depan kita, adakah kita patut mengalah dengan berhenti? Atau teriak yang orang di depan main tipu? No. Kita patut mengejar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Paling tidak pun, biar kalah bermaruah.

Itulah problemnya dengan orang kita. Kita masih lagi dalam proses mengejar. Baik dalam pelajaran mahupun ekonomi, kita mengejar dengan bangsa cina yang secara faktanya memang hebat. So, oleh sebab kita tidak dapat mengejar mereka, kita menyisihkan sebab trauma asyik dikalahkan oleh mereka. Well, tell me. Di mana semangat kemelayuan yang "tidak akan sesekali berundur sehingga ke akhirnya" tu?

Kita dapat lihat ekonomi dan sosial cina lebih maju, daripada condamnkan mereka, kenapa tidak jadikan satu motivasi untuk menjadi lebih baik? Why not compete daripada duduk bermalasan dan hentam bangsa tersebut? Kita sepatutnya menjadi the better person. Show the world that kita sudah maju. Ini tidak, oleh sebab takut, rata-ratanya orang kita akan tunjukkan kehebatan dengan cara yang salah. Tunjuk kehebatan orang melayu ni dengan penumbuk dan terajang. Still, with the third world mentality.

Majukan diri dengan ilmu. Majukan diri dengan ekonomi. Bersatu supaya kita sama-sama maju. Dan... buanglah prasangka buruk terhadap bangsa lain. Mereka juga manusia juga. Ingin menikmati kehidupan di dunia yang sama-sama kita rasai ini. So, not condamning tapi aku tak setuju jika post-PRU ini dilabel sebagai "Tsunami Cina".

Marilah kita sama-sama aktifkan mode "Unite!" for a better nation. Lawan pakai otak... bukan otot. SAY NO TO RACISM!

2 comments:

Unknown said...

mmg istilah 'tsunami cina' tu mmg salah.. cukup salah n memang tak sepatutnya ada istilah tu. Kalau boleh biar entri ko ni di baca oleh rakyat m'sia keturunan Melayu@bumiputera yg berusia 50-an. Bagi diorg faham sikit. aku sesat kat sini sbb 'terclick' link dr blog kampung chelsea. Nice article on this although this is not a politic-related blog.

KUFAZ said...

thanks bro. Aku harap link2 yang aku ping kan ni dpt la dilihat oleh target reader yg ko nyatakan tadi... aku naik jelak sebenarnya dgn isu racist yang ingin dihuru harakan... kita sepatutnya hidup bersatu.... anyway, ko tak tersesat sbnrnya.. kalo ko ckp ko dtg dari kampung chelsea, maka ko adalah saudara biru ku jua... KTBFFH!

Let's Interact!

me>