17 February 2013

Pelakon Legend Kuswadinata Meninggal Dunia


This is a quick post my fellow friends. Well, actually this legend merupakan salah seorang pelakon yang aku minati sejak kecil lagi. Dengan gaya yang bersahaja dan slightly uptight, beliau kerap dijadikan watak-watak orang-orang besar, korporat dan tak dilupakan, watak Raja.

Dulu aku ingat lagi waktu kecik dulu, aku mesti duduk depan tv untuk tengok drama Pendekar yang berkumandang di channel TV1 yang memaparkan kisah sejarah Hang Jebat dan sebagainya dimana beliau menjadi seorang Raja yang tegas. Ia ibarat baru semalam je berlaku. Tak sedar betapa masa sudah lama berjalan dan kini aku seorang dewasa.

Arwah Kuswadinata sudah meninggalkan kita semua petang semalam setelah berjuang menentang penyakit kanser usus yang dihadapi. Hilanglah seorang lagi bintang dalam industri hiburan tanah air kita. Al-Fatihah.

p/s: Cepatnya masa berlalu.


No comments:

Let's Interact!

me>