26 February 2013

Kerja dan Rezeki


Wow. Topik di atas dah macam ceramah pulak la kan. Hehe. Takde la. Aku saje je nak share apa yang aku dapati daripada dengar ceramah dan juga baca artikel di media massa. Semoga menjadi teladan bagi korang serta menasihati diri aku sendiri jugak.

So.. berapa ramai daripada korang ni yang memang tak suka dengan kerja yang korang buat sekarang? Tiap-tiap hari bangun tidur dan menyumpah menanyakan kenapa korang kena pergi kerja. Bila di tempat kerja pula, terasa tiada mood langsung sehingga kerja yang dilakukan pun macam endah tak endah je. Well, itu perkara normal.

Sekarang ni ramai orang yang duk mempersalahkan Allah di atas kesempitan rezeki. Duit tak pernah nak cukup. Dapat duit je mesti cepat habis. And the best thing is, diri sendiri tak tau ke mana duit tu pergi. Ada je benda atau perkara yang perlu dikeluarkan duit. Eksiden la. Anak sakit la. Barang hilang la dan sebagainya. Well, there's something unique about what happen to those kind of situation.

Rezeki merupakan satu anugerah Allah. Ia cantik dan sangat indah cara penyampaian nya. Ia boleh berada di mana saja. Tapi ingat. Rezeki yang diberi, bukanlah 100% milik kita. Kita ni manusia. Insan yang mempunyai pelbagai kekhilafan. Tak boleh nak lari lagi. Itulah sebabnya kita perlu memberi sedekah serta tidak kedekut dalam memberi pertolongan. Even dalam Rukun Iman, kita disuruh untuk menunaikan zakat. Ia untuk membersihkan harta kita tu.

Kita tidak 100% perform dalam kerjaya kita. Even dalam kajian, secara puratanya pekerja mengambil masa 45 minit sehari untuk bermain facebook di tempat kerja. Kita tidak dibayar untuk bermain facebook, tapi masa yang kita luangkan tu, tetap juga dibayar dan dibayar full dalam gaji. Secara jelas, duit itu tidak berkat untuk kita. Sama juga jika kita lewat ke tempat kerja tapi masih dibayar secara penuh. Perkara-perkara seperti itulah yang menyebabkan duit yang tidak "berkat" itu seringkali akan berpisah dengan kita. Sebab duit tu bukan dibayar atas kerja kita.

Keikhlasan juga menjadi percambahan rezeki juga. Kita perlu perlu ikhlas serta seronok dengan kerja kita supaya aura positive boleh membuka lagi pintu rezeki. Bayangkan kalau dah pergi kerja lepas tu cakap "malas betullah nak kerja". Secara automatiknya, kita sendiri nak tolak rezeki yang datang bersama kerja yang kita buat. In fact, macam aku pun selain blogging, bekerja juga di syarikat swasta dan kerap tidak bersama dengan keluarga kerana kerja shift. Aku akui ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan tetapi terpaksa akur bahawa dengan kerja inilah ia dapat membantu dalam menaikkan ekonomi keluarga, mampu bayar nafkah dan jalankan tanggungjawab dengan betul. Ia satu pengorbanan yang harus di ambil. Ia perkara normal untuk terasa berat sangat untuk pergi kerja. Tapi mungkin bila berfikiran, "aku buat ni demi keluarga, demi diri sendiri, anak-anak, ibubapa serta perancangan masa depan" kita akan dapati bahawa kerja yang kita ada inilah yang sebenarnya menolong kita dalam hidup selama ini.

Dalam Islam, kita di disuruh untuk redha terhadap Qada' dan Qadar. Apa yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmahnya. Ia bukan salah Allah yang tentukan tetapi diri sendiri juga. Jangan salahkan Allah jika duit habis cepat sebab rumah kena masuk pencuri sebab selalu ponteng kerja. Jangan salahkan Allah jika duit tak tahu habis di mana sebab kita tak tolong sedekah kepada anak-anak yatim. Jangan salahkan Allah jika pintu rezeki asyik tertutup sebab kita sendiri bangun tidur dan terasa malas bekerja.

Tak perlu nak marah. Tak perlu nak membentak. Redhalah kerana ia terjadi kerana kekhilafan kita. Itulah sebabnya juga bila kita bersedekah, rezeki kita bercambah. Supaya kita dapat menolong lagi orang yang perlukan pertolongan. Dan bila kita sebagai manusia tolong menolong antara satu sama lain, kominiti juga akan menjadi lebih kuat dan bersatu. Nampak tak bagaimana indahnya perancangan Allah ini?

So, bila kita terasa rezeki sedikit, percayalah, itu sebenarnya nilai yang berpatutan dengan apa yang kita buat. Seterusnya jadikan ia semangat untuk berusaha lagi untuk perbaikinya. Syukurlah dengan apa yang kita dapat kerana ia satu pemberian Allah.

Semoga ia menjadi pedoman dalam diri termasuk aku sekali.

p/s: With great power, comes great responsibility.


No comments:

Let's Interact!

me>