15 January 2013

Kentut Di Muka!


Ok. Cerita ni agak lama dan still aku rasa ia sangat kelakar. Dalam banyak-banyak faul yang menyebabkan pemain bola sepak itu menerima kad kuning atau merah daripada pengadil, faul kali ini sangat unik. Insiden ini berlaku pada tahun 2009.

Ia berlaku dalam perlawanan liga Portmouth Sunday League antara AFC GOP menentang Apsley House. Pemain senior AFC GOP, Levi Foster sedang memastikan tali kasut but beliau diikat dengan kemas sebelum perlawanan dimulakan. Apabila beliau menunduk untuk menengok ikatan but itu, beliau tiba-tiba terlepas satu das kentut yang power betul-betul di muka pengadil perlawanan, Bunny Reid.


Bunny Reid pada mulanya menggangap ia merupakan satu tindakan yang sangat offensive dan ingin memberi kad merah terhadap Levi walaupun perlawanan belum dimulakan lagi. Namun, beliau hanya memberi kad kuning sahaja setelah Levi berjaya memujuknya mengatakan ia merupakan honest mistakes. Rakan-rakan pasukan serta pihak lawan ketawa terbahak-bahak tercuit dengan insiden tersebut.

Levi Foster juga ditabalkan sebagai Man of Match perlawanan tersebut di atas prestasinya membantu AFC GOP menewaskan musuh tradisi mereka itu 5 - 0.

Dalam temu-ramah selepas perlawanan itu, Levi mengatakan,
"Saya makan kari malam semalam".

p/s: Gila tak senonoh. Hahaha!

No comments:

Let's Interact!

me>