20 September 2012

COOLfm: Give Peace a Chance



"World peace must develop from inner peace. Peace is not just mere absence of violence.
Peace is, I think, the manifestation of human compassion" - Dalai Lama

Keamanan, kedamaian, kepermaian..... perkataan itu sudah acapkali kita dengar dan inginkan di sanubari tetapi sampai sekarang tidak mampu lagi kita nikmati. Sejauh mana pun kita pergi, berdiri, kita tidak akan terlepas dari dihidangkan dengan propaganda dunia ibarat ia merupakan makanan ruji kita. Sebagai salah sebuah station radio online, COOLfm kini berimejkan kedamaian dan permai bagi memanfaatkan keindahan internet dalam menghubungkan masyarakat untuk mempertengahkan nilai-nilai kedamaian yang ada pada diri setiap pendengar.

Keceriaan dan kegirangan masih lagi menjadi aspek dan sebahagian komponen COOLfm cuma kali ni, ia lebih berteraskan kedamaian...

Dunia kita sekarang sudah teruk dengan propaganda, politik, kesesatan media dan misi COOLfm kali ni adalah untuk mengajak para pendengar supaya mencari "sesuatu" yang tersembunyi jauh di dalam sudut hati bagi menemui kedamaian itu sendiri. Seperti yang telah aku quote daripada Dalai Lama di atas, keamanan dan kedamaian lahir dari dalam diri sendiri. So, dengan lahirnya "damai" di hati sanubari setiap masyarakat, "keamanan" itu akan mengikut sekali.

Misi COOLfm kali ni lebih kepada keperibadian dan kekuatan kesatuan sejagat. Tidakkah kita merindui saat-saat di mana masyarakat saling hormat menghormati, berbudi pekerti dan berkualiti dalam setiap aspek? Berbanding dengan masyarakat yang kini alpa dan leka oleh keduniaan dan buta disesatkan oleh media-media yang mewujudkan warga-warga plastik yang hanya menggilakan sesuatu yang tidak pasti serta mengagungkan sesuatu yang tidak bermoral..

So, marilah kita sama-sama stay tune dengan COOLfm di dalam arus yang baru, padat serta berat.. namun persembahan yang akan ditunjukkan masih beraliran santai... pastinya anda akan selesa di sana..
Dan mari kita sama-sama berjuang demi kedamaian...

Link: COOLfm Radio Station

p/s: "You may say I'm a dreamer.... but I'm not the only one" - John Lennon.


15 September 2012

Malaysia: Dari Mana Asalnya Nama Itu??


Mata pelajaran sejarah yang diajar di sekolah-sekolah negara kita tidak pernah menyatakan asal usul nama negara kita iaitu Malaysia, menyebabkan kebanyakan daripada kita pada hari ini menjadi kabur mengenai siapakah sebenarnya yang mencipta nama Malaysia ini. Jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita, agak jelas bahawa ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Kota Singa (Pura = Kota), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.


Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d'Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

George Earl
Seperkara lagi yang menarik, George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini. Bayangkanlah jika istilah tersebut masih digunakan pada hari ini, sudah tentu Indonesia pada hari ini bernama Republik Malayunesia. Secara psikologinya, nama yang hampir sama bagi kedua-dua buah negara ini sudah tentu mempengaruhi dan meyakinkan penduduknya bahawa mereka adalah dari satu rumpun dan budaya yang sama.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.

Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'The Pirates of Malaysia'.

TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".


Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan sebuah negara persekutuan dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, tarikh 16 September pada hari ini telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dan dijadikan cuti umum.

2) Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

3) Menurut maklumat tidak rasmi, antara nama-nama alternatif yang turut dipertimbangkan untuk digunakan sebagai nama negara Persekutuan yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak ialah ‘Langkasuka’, iaitu bersempena sebuah nama Kerajaan Melayu purba yang pernah menguasai kawasan utara tanah air kita.

4) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut, memandangkan kawasan tersebut juga masih dihuni oleh majoriti penduduknya dari Bangsa Melayu. Tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

5) Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan;


14 September 2012

Kufaz - Hanyut Realiti


Hi.. This is another of the songs that I wrote and record recently. So I hope you guys will enjoy this as much I am. Hm.. I'm open to any comment or criticism though. Yeah.. anything. Maybe I use it to improvise for the next song. Anyway, this song is mainly about a guy who in love with a girl who doesn't know his feelings and recently having a harsh fate for herself. He cannot tell her because he's sick and maybe won't last long... So, he only get to tell her by whispering with his heart... This is a song about him telling the girl not to be sad anymore... Well, enjoy!

video


Lagu: Hanyut Realiti
Lirik: Kufaz

Sinar rembulan menanti malam,
Namun tak daya ia capaikan,
Perasaan dingin melewati senja,
Ingin semuka wajah yang tenang..

Wahai bidadari yang ayu,
Jangan kau terus bersedih,
Kerna tiada dapat menghalang..

Sinar mentari terangi alam,
burung berkicau,
segalanya bermula..

Wahai puteriku yang satu,
Izinkan ku menakluki mu,
Kerna mungkin... masa takkan kembali...

Hujan yang turun,
Di waktu pagi,
Sinar mentari kan terasa dingin...

12 September 2012

Jellyfish That Ruin Everything


So, beberapa minggu lepas, aku dan isteri bercuti di Cherating untuk menenangkan benak kepala yang aku rasa agak tegang asyik duk ditekan-tekan oleh stress. Fuh, duduk bandar boleh jadik sangat stress woo.. So, I guess Cherating is not bad either kalau nak tenang la.. tapi kalau korang nak huha kat sana, better jangan kot sebab kat situ memang tak ada apa-apa yang menarik melainkan pantai je la.

So nak dijadikkan cerita, pada hari kedua aku kat sana, aku dan isteri decide untuk mandi di laut. Ombak pun tengah best. separa tinggi dan deras. waktu tengah hari. Sebelum aku decide nak mandi laut tu, at first, aku dan isteri beserta keluarga adik ipar aku nak naik banana boat. Tapi aktiviti tu ditutup oleh pihak hotel kerana khuatir angin yang kuat serta terdapat banyak obor-obor terdampar di persisiran pantai.

Biasa la budak degil. Aku ajak isteri aku main rempuh ombak macam budak-budak. Seronok gila. Ye la kan, kat KL takde laut. Bila lagi nak merasakan? Tapi keseronokan tu tak berpanjangan. Baru je masuk ombak ke-6 untuk dirempuh, kami aku terasa macam kena renjatan. Serius sakit beb... Seraya dengan tu aku pun tengok la apa yang sengat aku tadi. Dalam kepala aku cuma satu je yang aku takutkan iaitu ular laut. Syukur, yang aku nampak seekor anak obor-obor yang berjaya troll aku.


Kecik-kecik dia pun, sakit dia bukan kepalang ok? At first, aku tengok kaki aku tu tak de apa sangat. Tapi merah la jugak. Aku baca dulu, kalau kena gigit obor-obor, rasa gatal-gatal. Tapi takde pun. Rasa dia sakit macam kulit kena sagat kat jalan raya. Pedih.

So, di situ lah semuanya aktiviti laut aku berakhir. Aku ada baca jugak yang obor-obor ni jenis pemalu. Dan takkan serang seandainya tak dikacau. Dan serangan obor-obor, selalu terjadi bila datang musim dia. Haa musim mengawan, waktu diorang berhijrah dan sebagainya. So, I guess pada masa sekarang bukanlah waktu paling sesuai kot nak turun laut. Mereka sedang horny di laut sekarang. So jangan kacau ye kawan-kawan.


Malam tu selepas kejadian, kaki aku membengkak beb... bengkak menggerutu.. sadis dan menginsafkan.. haha.. tapi syukur kaki aku dah ok sekarang. Nasib baik kena dengan obor-obor kecik je. Kalau kena dengan bapaknya? Huishh takut.. Try google... obor-obor telah meragut lebih dari 5000 nyawa tahun lepas.. Syukur.. nyawa aku masih panjang.

p/s: Kalau korang tengah berasmara kena kacau pun korang akan marah kan? hahaha...

06 September 2012

Warga Malaysia Yang Prihatin? Celah mana?


Seperti yang korang tau, aku kini sedang giat menjual produk screen protector terkini dari Jepun, Kristall Liquid Screen Protector dan kisah ni bukan cerita mengenai produk tersebut. Ia lebih kepada tahap keprihatinan masyarakat terhadap satu sama lain.

Ok camni... hari tu, aku and isteri aku membuat delivery produk kami kepada seorang customer yang bertempat di tengah-tengah Lembah Klang. Waktu tu dalam pukul 11 - 12 malam la jugak. So, on the way balik tu, aku ikut Jalan Istana menuju ke Jalan Tun Razak. Cukup lepas je dari Muzium Negara, tayar kereta aku pancit. So, aku pun berhentilah di tepi jalan. Agak teruk jugak tayar aku... pecah. Tak tau samaada sebab tayar lusuh ke atau terlanggar something yang boleh buat impact macam tu.

Aku check bonet kereta aku dan alhamdulillah ada tayar spare dan jack. Cuma satu je alat yang takde dan menyebabkan segalanya tergendala. Aku tiada pemutar skru je. Ntah, aku pun tak tau kat mana perginya. Puas la aku dok fikir siapa boleh rescue time-time macam tu memandangkan hari pun dan lewat malam. Aku saja tak nak call AAM sebab aku tau diorang ni cekik darah kalau tolong tukar tayar. Nak-nak tayar dan jack aku dah ada, kalau bayar semata sebatang pemutar skru, bagi aku tak efisyen jugak. Takpe, aku try ikhtiar cara lain.


Apa yang buat aku rasa kesalkan ialah, terdapat banyak kereta lalu kt situ tapi satu pun taknak berhenti untuk tolong. Maybe bagi mereka "bukan masalah mereka" kot. Ke hulu ke hilir aku jalan kat belakang kereta aku, tapi satu pun langsung tak tunjuk concern pun. Aku rasa la kan, maybe sebab aku lelaki, ramai buat tak kesah. Cuba kalau perempuan. Nak-nak yang cun pulak ke kan. Aku rasa sure ramai yang berhenti nak tunjuk "prihatin". Ntah-ntah punya la berlambak kereta berhenti sampai terpaksa double park kat tepi jalan tu.


So, di mana problem sebenarnya. Adakah tahap jenayah sangat tinggi dan menakutkan sehingga society kini takut untuk berdepan sesama sendiri dan sukar untuk percayakan sesuatu situasi? Atau pun sememangnya attitude masyarakat kita yang kini lebih cenderung untuk mementingkan diri sendiri? Pelik jugak sebab kalau accident ke, semua tolong 'tengok' dan kesian kat mangsa sampai akibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 20km. Semua dok tanya "dah mati ke?"... "Cina ke Melayu?"... "Apa nombor plat nya?" Tapi bila someone really in need, tak seorang pun menjenguk. Kok ada sekalipun, surely tolong dan mintak upah. Standard la tu. Tapi takpe la... aku try jugak calling-calling orang lain, mana tau dapat datang rescue.

In the end, alhamdulillah, bapa mertuaku jugak yang rescue bawak pemutar skru tu all the way from Selayang. Selepas tukar tayar kereta, aku dan isteri pun berlalu pulang ke rumah.

p/s: Cuba kalau Angelina Jolie lepak tepi kereta tayar pancit, ntah-ntah dengan kapal terbang sekali landing cuba tunjuk "prihatin".

Ngada-ngada aku tembak kang!

Kristall Liquid Screen Protector: Shipment Has Arrived!!


Yerp.. As the title says, the shipment from Japan have arrived!!  Yes, kejap je stok Kristall ni habis. Kena order direct from the factory to satisfies our customer's need. The utmost respect and thanks to all who have purchased this product and support the growth of smartphone technologies.

So, kepada yang dah order, nothing to worry dah now ye. Order anda semua dah sampai and there's a lot more from where that come from. So, just tunggu for us to deliver and install it by ourselves. Thanks for the overwhelming ordering and we'll try to give our best service for you.

So, dengan ini, dengan rasa berbesar hatinya, saya ingin mengumumkan bahawa Kristall Liquid Screen Protector is now up for ordering!! yeah.... cepat, while stock last... Product ni sangat laris sekarang ini dan cepat betul habis nya... kepada yang ingin menjadi agen juga, anda sangat-sangat dialu-alukan.. Just PM me for more info.

Contact me at:

kufazuke@gmail.com
thekufazukeshow@gmail.com

or just by liking The Kufazuke Show fan page and message us directly!

Thank you.


04 September 2012

Kufaz - Tipikal Personal

Hai.. just to kill my time here.. haha.. As I mentioned once, one of my hobby is composing music and write poetry which is rarely done recently due to busy work schedule. But I did manage to write a song which is entirely in the state of rookie or amateur if you can put it that way. But nonetheless, I did quite enjoyed writing it and record it. It's very rare and I must say will be a laughing stock if you guys hear it. So, anyway, please do enjoy the song.. :)


video

Song: Tipikal Personal
Lyrics: Kufaz

"Perjalananku seindah pelangi, 
tapi engkau tak muncul tinggalkan ku sendiri,
Setiap sudut telah ku tawan, 
namun engkau yang terus menjatuhkan diriku..

Setiap yang datang akan berakhir..

Biarkan saja yang akan menghampir,
Ku tahu ia cuma mengikis nikmat itu,
Aku inginkan impian sendiri,
Walau engkau pertikai aku tetap diriku..

Setiap yang datang akan berakhir,
Setiap yang musnah pergi..

Ku mampu berseorangan...
Walau aku begini, ku akan tetap tersenyum...

Oh... biarkan saja,
Oh... Janganlah menyesal...

Perjalananku seindah pelangi,
tapi engkau tak muncul tinggalkan ku sendiri,
Setiap sudut telah ku tawan,
namun engkau yang terus menjatuhkan diriku.."


Kristall Screen Protector - 2nd Wave


Well, actually aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mencuba dan mendapatkan perlindungan alaf baru bagi skrin smartphone mereka daripada aku baru-baru ni. Tahniah kerana telah berjaya menunjukkan betapa anda semua sayangkan smartphone anda dan berjaya menyaingi arus kemodenan dalam era aksesori smartphone. Dan kepada yang telah pun order Kristall Liquid, jangan risau, ordering anda semua akan dideliver mengikut jadual yang telah diberi.. biasalah beb, tauke datang siap tolong pasangkan... 

Ramai tertanya mengapa kita perlu tukarkan perlindungan skrin daripada plastik, kepada liquid Kristall ni. Ye, aku pernah post di facebook haritu, dan aku akan state jugak di sini..



Ada lima (5) sebab kenapa anda kena pakai protector ni berbanding plastik cover yang korang pakai skang ni..

1. Senang di pasang..
Anda tak payah nak susah-susah setting, kuarkan gelembung angin macam anda pakai plastik tu.. kalau anda pandai lap, maka anda pandai la memasangnya.

2. Scratch resistant..
Ye, toreh la skrin ada dengan paku ke, pisau ke, gesel atas batu ke, surely okay... kalau pakai plastik, dah lama dah koyak tu, lepas tu apa lagi? Keluarkan la lagi RM40 - $M50 untuk plastik cover yang baru.

3. Tahan lama..
Kalau skrin anda terkena air ke, minyak ke, just lap je pakai kain. Semudah tu.. Tapi kalau anda guna plastik cover jangan lap je, tak jalan.. anda kena tanggal lepas tu buang plastik tu.. Dan keluarkan modal lagi untuk plastik yang baru.. yang dah protect dengan Kristall Liquid ni, lap je... lepas tu teruskan kehidupan.

4. Menambah baikan clarity smartphone..
Screen anda malap? Tak berseri? Apa ada hal? Liquid Kristall ni boleh buat skrin anda jelas dan terang balik. Nampak seperti baru.. Berkilauan bak permata disinari cahaya rembulan..

5. Gentle pada skrin..
Liquid? Gila bahaya apa? Isk.. mana ada.. ini hasil teknologi Jepun la.. ingat benda-benda recon ke? anda pasang liquid ni, dia tak kacau ke-sensitiviti touch skrin anda tu.. tak payah nak calibrate-calibrate lagi.. smartphone anda nanti macam takde protection je, tapi... skrin anda lebih "plasma" berbanding smartphone-smartphone yang pakai plastik sebagai cover screen dia..

Ramai dah mencuba dan ramai sudah berpuas hati, so, apa lagi yang anda tunggu? Let's join to nre breakthrough of smartphone screen protector for more peaceful and worry free. Berminat? Wish for more info? Please don't hesitate to reach me at 


and like us at The Kufazuke Show fan page.

p/s: Malam ni order for PJ will be arriving... wait for me ya... I'll install it myself for you guys...


Let's Interact!

me>