30 August 2012

Toilet Blowjob Offer


Sorry kalau korang terasa tajuk entry kali ni macam mislead je atau korang rasa terlalu erotik ke apa ke, aku just nak share apa yang terjadi kat aku pada hari ni yang buat aku macam sedikit cuit hati berbaur dengan seram sejuk yang kecil. Dan maafkan aku sekiranya korang tak selesa dengan beberapa terms yang aku akan pakai dalam entry kali ni. Aku just nak senang je menyampaikan kat korang.

Korang pernah tak tengok iklan-iklan seks kat pintu-pintu toilet? Berani kan mereka-mereka tu? Ada yang siap letak nombor telefon lagi. Dan ada jugak yang sampai letak harga berapa charge mereka 'menservis'. Ada yang mahal la.. dan ada yang murah.. semuanya ikut standard tahap 'pro' mereka kot... Ntah aku pun tak tau sebenarnya... hehehe... tapi kisah ni meletakkan sex 'advertising' mereka ke satu level yang lain..


So, kisahnya terjadi pada pukul 12.30pm tadi di toilet bangunan tempat kerja aku. Ia merupakan public toilet jugak khususnya untuk kegunaan tenant-tenant company yang terdapat di bangunan tu. So, terjadik la peristiwa yang sekarang ni aku rasa nak tergelak. Aku masuk ke dalam salah satu tandas untuk 'membuang'. Dan secara normalnya, seperti orang lain, aku akan melakukan proses tu dengan senyap dan santai. Stress free beb... tu je la masanya kan?

So, ada la seorang 'jiran' tandas sebelah aku ni yang masuk beberapa saat selepas aku masuk ke tandas aku tu. Dalam keadaan sunyi, perhaps sebab dalam toilet tu tinggal kami berdua je kot gamaknya, dia ketuk dinding sebelah kat aku tu. Mula-mula aku senyap. Pastu dia ketuk untuk kali kedua. Aku sangkakan jiran sebelah ni nak mintak tisu la kot kat tempat dia abes ke. So, aku pun menyahut la, "Ye". Dan seterusnya diceritakan menerusi dialog situasi berdurasi 2 minit tu di bawah.

Pervert: Sunyi je... tengah melancap eyh?
Aku: (Terpinga-pinga) Apa?
Pervert: Tengah melancap ke?
Aku: Ish.. Mana ada aku tengah berak ni la sakit perut.
Pervert: Saya nak hisap.
Aku: (muka pelik) Apa?
Pervert: Saya nak hisap batang awak. Awak nak tak?
Aku: You fucking serious bro?
Pervert: Iye... awak nak tak?
Aku: Aku tak kuasa nak buat benda-benda macam ni.
Pervert: ...... awak pasti suka.
Aku: Aku tak nak, sial.
Pervert:...........................


Aku masa tu nak jugak tengok mamat yang try seduce aku tadi tu, so, aku bukak paip, cuci bersih-bersih dan terus pakai seluar. Yang siot nya, by the time aku tengah beristinjak tu, dia keluar dari tandas dia dan terus pergi sinki dah basuh tangan. Terus dia keluar sebelum sempat aku keluar dari tandas aku pulak. Aku pun bergegas bukak pintu bilik air tu tengok kat luar dah hilang dah. Takde sesiapa pun berjalan-jalan depan toilet ni.

Pergh, seriau jugak la aku kalau dibuatnya dia ni seorang psycho ke kan. Tapi aku tak selesa betul dengan ajakan lucah ni. Aku kalau boleh nak je tumbuk muka dia macam dah takde kerja lain dah nak buat daripada amek upah blowjob orang dalam toilet.

-True story


So, korang pernah kena tak macam ni?

p/s: Suara dia ala-ala lelaki berusia lewat 20an. Siot je dowh rasa. Damn....

28 August 2012

Back To Reality - One Step At A Time


Wow.. dah seminggu aku cuti beraya sakan dan kini kembali ke tempat kerja. Perasaan lemau untuk mula bekerja tu tetap ada dan selepas semua makanan yang aku dah telaah sepanjang minggu ni, aku menjangkakan tahap kestabilan yang agak perlahan untuk kembali ke gear kebiasaannya.

So hows, your Eid Mubarak celebration? Great? I hope so. Bagi aku pulak bercampur baur antara gembira dan sedih. Ini merupakan raya pertama aku bergelar suami orang. Dan seperti raya-raya yang lepas, aku berhadapan juga dengan makanan yang banyak serta kesendatan yang melanda dengan agresif. Naik mendadak berat badan aku. Tapi tak apa la, lepas ni aku kena buat satu diet intensif la untuk mendapat bentuk badan Brat Pitt balik.

So, dalam seminggu tu jugak aku langsung tak online. Even sedikit pun. Mula-mula terasa sunyi jugak dan tertanya-tanya apa yang terjadi di dunia maya ni. Tapi bila fikir balik, yeah, why not just give it a rest kan. Ni tak abes-abes ngan internet sampai terjerumus minda ke arah tu je. Dan sempena hari raya yang mulia, aku rasa better aku tumpu masa yang terluang aku ada ni untuk family aku.


Terdapat peristiwa sedih yang melanda keluarga aku dalam-dalam ingin menyambut sambutan Syawal ni. Dalam tengah-tengah bulan Ramadhan, opah aku telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan sehari sebelum raya, cucu kesayangannya iaitu sepupu aku juga mengikuti nya ke Jannah disebabkan penyakit jangkitan virus diparu-paru beliau. Mari sedekahkan al-Fatihah buat mereka.... Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.

So perayaan lebaran di sebelah keluarga ibuku, tidaklah semeriah.. sekadar sebagai menghormati ketibaan Syawal dan kesuraman yang melanda. Well, aku rasa better aku stop kejap buat masa ni sebab aku nak start kumpul lagi stuff-stuff untuk dimuatkan dalam channel aku yang tersayang ni.. Dan lama tak jenguk dan update, so aku rasa better aku permantapkan lagi. Yeah. Jumpa lagi selepas ni ye.

p/s: Kena start exercise balik ni... berat dah nak masuk ke tahap kronik!

16 August 2012

Super Human: Nick Vujicic - The Man With A Heart Of Steel


Pernah tak korang dengar nama beliau ni? Surely jarang sebab di negara kita ni, kita lebih mengenali orang-orang seperti Dato Fadzilah Kamsah, Dr. Fazley, Dr. Azizan dan sebagainya di mana mereka semua pakar dalam memberi motivasi. Nick Vujicic (Nick) merupakan salah seorang pakar motivasi terkenal sebenarnya dan telah merantau di serata dunia dalam memberi motivasi serta merubah kehidupan peserta seminarnya dengan sangat berjaya.

Apa bezanya dia dengan pakar-pakar motivasi yang lain? Ye, beliau merupakan seorang insan istimewa yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Limbless person.

Bagi seseorang, perkara ini merupakan musibah bagi mereka tetapi bagi Nick, ia merupakan satu anugerah yang sangat tak terhingga baginya. Yup, aku tau ramai tertanya kenapa nak panggil dia ni sebagai salah seorang super human. Well, bagi aku, ketabahan hati beliau untuk hidup merupakan salah satu perkara yang paling memberi inspirasi terhadap kita yang dilahirkan sebagai normal. Dan kejayaan demi kejayaan yang beliau terima, lebih baik daripada kita ni yang kononnya sempurna.


Serba sedikit mengenai beliau:

Nicholas Nick Vujicic :
Dilahirkan di Australia sebagai anak sulung tanpa lengan dan kaki. Walaupun keadaan dia begitu, beliau tetap bersekolah di public school dan selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. At the age of 8, dengan keadaannya begitu dan asyik menjadi mangsa buli dan ejekan di sekolahnya, beliau mengalami short depress state di mana beliau pernah ingin bunuh diri. Setiap hari beliau mendoakan agar Tuhan tumbuhkan lengan dan kaki supaya menjadi normal seperti orang lain. Tetapi, beliau pandang keadaan beliau disudut yang lebih cerah dan positif. Daripada murung terhadap kecacatan yang beliau hadapi ini, lebih baik bersyukur dan menghargai apa yang dia ada. Beliau mula berlajar cara hidup seperti normal seperti berus gig, bermain drum, melukis, menulis dan even surfing di laut. Dengan kecekalan yang beliau ada, beliau berjaya menghabiskan pelajaran beliau di universiti serta menubuhkan satu badan non-profit yang dinamakan sebagai Life Without Limbs di mana beliau mula memberi ceramah serta motivasi bagi membantu masyarakat untuk tabah mengharungi dugaan hidup. Beliau telah keluarkan beberapa DVD serta buku motivasi untuk memberi inspirasi kepada semua masyarakat. Dia juga telah pun berkahwin dengan seorang yang jelita dan sanggup bersusah payah bersama beliau.



So, begitulah ye saudara sekalian. Nick pernah berkata bahawa dalam hidup ini, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada kerana dalam diri kita sendiri sudah cukup sempurna. Apabila ditimpa musibah, percayalah bahawa apa yang buruk pasti akan berakhir dan kejayaan akan bermula jika kita mempunyai sebuah hati yang cekal serta tabah yang kuat.

Aku sendiri envy dengan Nick kerana walaupun dengan keadaannya yang begitu, beliau sudah travel serata dunia, buat aktiviti-aktiviti yang aku sendiri belum lagi tercapai nak buat seperti bungee jumping, surfing dan menakluk gunung-gunung yang tinggi. So, kepada pembaca di luar sana yang merasa diri down dan tidak istimewa... think again. Sila lihat video yang boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.

p/s: "When life turns you down... you get up... when its stomp you down.... you get up... what ever happen... you get up" - Nick Vujicic.


14 August 2012

Kesenian Yang Semakin Hilang: Kad Raya


Seiring dengan era pemodenan dunia dengan teknologi-teknologi sophisticated dan kompleks serta mudah, seni-seni yang simple serta lebih manis seakan dilupakan dan makin lama barangkali akan terpupus di dunia ni. Ye, aku bercakap mengenai seni-seni mudah seperti kad raya.

Kalau dulu, kita boleh mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang lain melalui kad raya yang cantik dan unik. Serta kad-kad tersebut akan di ikat dan dijadikan salah satu decoration yang cantik untuk rumah. Kanak-kanak menggunakan kreativiti sendiri dengan melukis kad raya kepada ibu bapa, kawan-kawan, guru dan sebagainya.


Seraya dengan pembangunan teknologi, kita dapat lihat bagaimana kad-kad raya ini digantikan dengan kad-kad digital melalui email, mms, facebook dan sebagainya. Keseronokan dalam menerima kad raya sekarang ibarat sudah tidak dirasai dah. Dan keseronokan membuat kad raya juga semakin menipis sebab digantikan dengan teknologi zaman sekarang.

Aku still ingat sewaktu aku kecil dulu, aku suka ke kedai untuk memilih kad-kad raya yang cantik serta unik untuk diberi kepada orang lain. Tapi sekarang ni tiada lagi. Aku pusing-pusing serata tempat, memang agak susah kalau nak carik kad raya. Kalau ada pun, semuanya berdekoratif yang dull serta tidak menarik. Aku harap sangat suatu hari nanti, pemberian kad raya ni menjadi trend kembali. Bukan setakat melalui arus digital sahaja. Ye la kan, sekarang ni sangat mudah. Kadang-kadang just tekan butang "share" je dah boleh sampaikan ucapan raya tu. Tak thrill langsung.


Sekarang ni, kok ada pun, mesti pemberian dari syarikat ke syarikat lain. Atau pun syarikat kepada client-client mereka sahaja. Eh, maybe aku je kot yang rindukan zaman golden ages dulu. Bila semuanya manual. Sekarang ni dah terlalu mudah.

p/s: Dulu suka beli kad raya yang siap ada muzik lagi... :)

12 August 2012

Media: Predictive Programming


It's amazing bagaimana otak kita berfungsi. Sometimes kita boleh mengingat sesuatu perkara tanpa kita sedari atau even kenali. Peranan media dalam hal ni sangat mempengaruhi dan dalam secara tidak langsung mengikat seutas tali lutsinar yang mengikat otak kita supaya kita akan mengikut saja apa yang media sampaikan tanpa kita tidak sedari, mengiyakan nya.

Ramai yang berkata bahawa serangan WTC pada 11 Sept 2011 dahulu merupakan konspirasi dari sebuah badan rahsia dinamakan "Illuminati". Sama ada benar atau tidak, biarlah anda sendiri yang menentukan. Tetapi jika kita lihat kembali apa yang media tonjolkan sebelum berlakunya serangan tersebut, ia agak mengejutkan. Di bawah merupakan beberapa sedutan kartun, drama, komik dan sebagainya yang media pernah release sebelum terjadinya serangan tersebut.

The Simpson - 1997
The Matrix - 1999

Super Mario Bros The Movie - 1993

And the best thing is that, dalam tahun-tahun dalam lingkungan itu juga, terdapat pelbagai movies yang menunjukkan terrorist yang dilakukan lebih-lebih lagi yang bersangkut paut dengan umat Islam. So, apabila serangan itu betul-betul berlaku, minda kita yang telah di"set" kan oleh media ni tanpa banyak persoalan terus "menerima" saja apa yang media cakap supaya kita menturutinya. Dan semua menyalahkan dan melabelkan Islam sebagai punca dan terrorist sebenar.

Pelbagai lagi kuasa media yang ramai tak nampak bagaimana mereka cuba porak peranda kan minda kita. Aku tak cakap yang semua media tak baik. Ada yang baik tapi baik atau buruk the force of persuasion media tu tetap kuat. Jadi, percaya atau tidak, itu subjektif dan hendaklah anda sendiri yang tentukan. Jangan terlalu terpengaruh... anda boleh jadik paranoid.

p/s: Orang tengok budaya barat cool sebab media yang tunjukkan ia cool... renung-renungkan lah...

O.M.G is that Big Ben and Olympic coloured shirts?


08 August 2012

Predictive Programming


Hi folks.. Sorry but this will be a short post. I don't feel quite well today. Still having this migraine that still stuck up in my head. But no worries, I'll be off for 2 days and maybe after that, I'll be writing more on this topic ok? So, in the mean time, I'd like to share with you guys one topic that quite interest me in someway. It's called Predictive Programming. I'll just give you guys a glimpse on this topic, and after I come back from my day off, I'll elaborate more. Cheers.


What is Predictive Programming?

This is a technique used by the media to tell you what is coming. Various forms of media are used to imbed the subliminal message in your subconcious mind. When the predicted event occurs, you are already familiar with it because you've been told it's going to happen. You will therefore be less likely to resist or question it.


Sounds interesting? Well, see you guys again ok for more info on this. Salute.

p/s: Please go away migraine... arghhh...


07 August 2012

Art: Apocalyptic

Today I don't feel so well to write any or even read. My head feels like to explode anytime soon. Maybe it is cause by the "wrong sided" sleep that I've been through yesterday. Anyhow, I hope I can get back on track tomorrow but in the mean time, here's some of my art which I suppose suitable to be labelled as apocalyptic theme which I stand there a value of bits of fear and in unique way include the feel of relief.


"War Puppets"
"We deem with our rights to live in peace,
But we didn't notice how,
our mind were programmed..." 



"Faith"
"Put down all egos,
Embrace that we're all servants,
They may be blinded...
But everything should have a reason for what happens"



"Resurrection"
"Lie awake down in deep,
Waited... waited... waited,
People helps... time is ticking,
One mission.... soon.."


Well, I guess that's all for now, I hope you guys love this and hope for your response on this. Well, it maybe simple but I hope it will touch people in someway. I will come out with other arts and perhaps I'll go into more contemporary theme after this. So, until then.... Thank you.

p/s: More like the image in my dreams last night.... pheww..

06 August 2012

Kuala Lumpur At Their Classic.


Kita sering kali terleka dengan arus permodenan yang sedang kita lalui sekarang. Kita lihat pembangunan yang pesat, kemajuan dalam teknologi lantas merasakan diri kita mampu bersaing dengan arus yang dibawa oleh negara-negara maju juga. Itu merupakan satu progressif yang baik tetapi secara tidak langsung, ia juga menggalakkan kehidupan kita berplagiat dengan budaya luar juga. Just look at how we tend to copy from fashion, life style or even language. Pardon for the english though. Lambat laun... budaya kita sendiri akan pupus.

So, sempena Hari Kemerdekaan yang ke-55 yang akan berlangsung selepas Perayaan Aidilfitri nanti, mari kita lihat gambar-gambar vintage bandar Kuala Lumpur dengan harapan supaya kita dapat jejak balik bagaimana ia semuanya bermula. Supaya dapat kita dalami dan hayati bahawa pembinaan kemodenan bukan suatu kerja yang mudah. Ia ambil masa dan janganlah terhapusnya identiti sebenar kita kerana terikut dengan arus itu.

(Sila klik gambar untuk besarkan nya)

Nampak macam kawasan rumah je kan? Ini adalah Hospital Besar Kuala Lumpur tahun  1870.

Hari-hari aku lalu ikut Jalan Ampang. Ini gambar tahun 1960. Great Eastern Mall belum ada lagi ditepi jalan ni.

Sama tak dengan Jalan Bukit Bintang sekarang? Di sinilah tapak Sungai Wang sebenarnya.

Dulu lengang je Jalan Pasar. Bukan macam sekarang.

Sekarang tempat ni sibuk sangat-sangat. Tahun 1950, nampak tenang je.

Kalau aku balik ke tahun 1972, aku mesti pelik mana pulak restoren Chicken Chop kat Kampong Bharu ni.

Muzium Negara tahun 1960.

Terdapat banyak gila perbezaan antara Petaling Street sekarang dan yang pada tahun 1860 ni kan?

Tasek Perdana tahun 1978.

Percaya atau tak, ini adalah Kuala Lumpur pada tahun 1880.

So, how was it? Kadang-kala aku macam teringin nak merasai ketenangan bandar seperti yang didalam gambar-gambar ni. Aku tak lahir lagi waktu tu, tapi tengok pada illustrasi-illustrasi di atas, tampak Kuala Lumpur dulu, sangat aman dan tenang. And the best thing, masyarakat kita masih mempunyai identiti bangsa masing-masing. Tak terikut dengan arus permodenan dan anasir-anasir luar yang mempengaruhi.

p/s: Wish I have a time machine.


05 August 2012

Merdeka!

Ye, ramai kini sedang pulun membuat ibadat dan persiapan untuk meraikan Aidilfitri yang bakal menjelma dalam masa kira-kira dua minggu dari sekarang. Syabas buat anda. Terdapat satu lagi hari yang 'besar' buat negara kita hujung bulan ini iaitu "Hari Kemerdekaan" dan ia merupakan salah satu tarikh yang keramat buat negara kita. Mari kita sama-sama menghayati juga maksud sebenar kemerdekaan. Bukan setakat meraikan hari cuti dan overnight bersama rakan-rakan untuk berfoya-foya.

Berikut merupakan poster kata-kata mutiara daripada tokoh negara kita sewaktu ketika dahulu. Alangkah baiknya jika kita mempunyai leader seperti mereka lagi..





(Sila klik pada gambar untuk besarkan nya)

p/s: Malaysia kita ini kecil saja.. Kalau semua gaduh, siapa nak jaga?

Resipi: Ayam Masak Merah Sos Tomato (Berkuah)


Yup... Seperti masakan sebelum ni, lauk kali ni juga merupakan satu hidangan berasaskan tema tomato. Aku suka tomato sebab ia merupaksan satu jenis sayur yang boleh trigger rasa masam, manis dan even payau for rare case. In fact, ia juga sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak dan orang yang mempunyai perut yang sensitif. Oleh sebab tu, entry kali ni aku nak share dengan korang satu resipi favorite aku dikala rajin untuk berkarya di dapur.

Ayam Masak Merah Sos Tomato (Berkuah)

Bahan-bahan:
1. Ayam : Separuh ekor (Dipotong suka hati korang)
2. Bawang Merah : Seulas (Potong hiris)
3. Bawang Putih : 3 ulas (Potong hiris)
4. Sos Tomato (Preferably jenama Kimball)
5. Tomato : 2 - 3 biji (potong ikut selera korang)

Cara Penyediaan:
1. Goreng ayam yang dipotong itu dengan campuran serbuk kunyit dan sedikit garam. Jangan goreng terlalu lama, sekadar cukup masak first level sahaja.
2. Selepas goreng, toss kan minyak daripada ayam goreng tersebut. (Lebih elok gunakan tisu yang berat)
3. Tumis bawang merah dan putih tadi dengan minyak yang sedikit.
4. Setelah naik baunya, masukkan sos tomato dan gaulkan sehingga sos tomato tersebut masak.
5. Masukkan air mengikut selera anda dan biarkan mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit ajinomoto secukup rasa.
7. Masukkan dan gaul ayam goreng tadi ke dalam kuah yang anda baru buat.
8. Sedia untuk dihidangkan. (Letak potongan tomato sebagai hiasan)

Well, senangkan caranya? Tak susah pun. Resipi ini memang senang nak dibuat tapi nampak complex dari segi fizikalnya. Gunakan resipi ini untuk tuba suami, isteri, mak mertua, atau sesiapa sahaja. Selamat berjaya!!

p/s: Kat luar mau jugak dapat dalam RM4 - RM5 untuk satu hidangan. Buat sendiri lagi save!!




03 August 2012

Kristal Liquid : New Revolution of Screen Protector


Anda pengguna smartphone, laptop, tablet dan sebagainya? Adakah anda seorang yang sangat menyayanginya dan mahukan yang terbaik untuk protect gadget anda itu? Well, I'd like to introduce you guys the revolutionary method on protecting your beloved gadget screen.

Seperti yang terdapat di pasaran sekarang, untuk protect screen, anda semua akan membeli satu lapisan plastik sebagai covernya agar menghindarkan screen itu daripada tercalar dan rosak. Walaubagaimana pun, jelas dan nyata plastik yang anda pakai itu eventually akan lusuh dan rosak serta terpaksa diganti baru dari masa ke semasa. Well, kini tidak lagi.


Memperkenalkan product yang diberi nama Kristall. Product ini merupakan satu kaedah terbaru dalam memastikan screen gadget anda dilindungi tanpa menggunakan plastik. Ia merupakan suatu liquid yang mampu absorb ke permukaan screen anda dan tahan sehingga 2 -3 tahun. Senang cerita, sekali pakai terus tidak perlu tukar berkali-kali dah.

Plastik cover yang anda pakai sekarang barangkali akan tercabut dan tertanggal serta hilang daya lekat sekiranya terkena pada cecair seperti air, minyak dan sebagainya, tetapi dengan kristall liquid ini, ia ibarat "memper-kaca-kan" screen anda supaya jika terkena pada cecair-cecair begitu, ia mudah dibersihkan tanpa risau jika permukaan itu tertanggal.

The best thing about Kristall liquid ini adalah, ia akan protect screen anda juga daripada kesan calar-balar jika terkena pada objek tajam dan sebagainya. Yup.. betul... it's like converting screen anda itu kepada plasma. And another best thing is that, ia tak kacau keupayaan touch screen anda tu. No need to calibrate lagi. It's an invisible protector. Ia nampak macam anda tak pakai protector, tapi screen anda lagi kuat berbanding yang pakai plastik material sebagai screen protector.


Product buatan Jepun ini telah terbukti berkesan. Ia senang untuk diapply kan, tahan calar, mengurangkan kesan jari, tahan lasak dan lama, menambah baikan tahap kejelasan screen dan conserve tenaga smartphone anda.

Dengan produk ini, anda tidak perlu risau lagi seandainya gadget anda terjatuh ke, terkena pisau ke, atau even terkena kunci kereta dalam poket, screen anda sudah tahan lasak dah.

Jika berminat dengan produk ini, sila berhubung dengan admin The Kufazuke Show di

thekufazukeshow@gmail.com  atau
layari www.facebook.com/thekufazukeshow  atau lebih mudah,
tinggalkan saja komen anda di entry ini...

dan tinggalkan pesanan anda di sana.Trust me, ia sangat-sangat berbaloi.


p/s: Cepat!! Product ni macam pisang panas... I'll give you best price! Takkan dah beli henset mahal-mahal tapi tak jaga kan?


Sedih kan kalau ini terjadi?

Resipi: Nasi Tomato Mudah


Apabila tibanya waktu-waktu dalam sejam dua nak berbuka, surely tekak korang memberontak dan bercakaran tentang makanan apa yang korang nak jamu selera nanti sewaktu berbuka kan? Nak-nak kalau tekak tu terasa plak nak makan macam-macam tapi perasaan malas tu pulak lagi kuat. Apa kata korang try menu simple ni. Ye, memang berlambak kat bazaar Ramadhan tapi ia lagi save kalau korang masak sendiri. Selamat mencuba!!

Nasi Tomato

Bahan-bahan (untuk nasi 2 pot):

Bawang Merah & Putih : 2-3 ulas.
Bunga Lawang & Kayu Manis : Secukup rasa.
Sos Tomato
Fish Ball @ Fish Cake : Secukupnya
Sayur Kacang Buncis : 2-3 batang

Cara penyediaan:

1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih.
2. Fish Ball @ Fish Cake tadi di potong dadu.
3. Kacang buncis pula dipotong per seinci.
4. Deraikan nasi putih supaya senang untuk menggorengnya nanti.


Cara Masak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih beserta fish cake @ fish ball tadi.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan pula bunga lawang dan kayu manis dan juga kacang buncis tadi.
4. Apabila kacang buncis tampak garing, masukkan sos tomato ke dalam tumisan dan gaul sehingga sebati.
5. Masuk garam secukup rasa dan ajinomoto sedikit.
6. Masuk nasi kedalam tumisan itu dan ratakan ke semua nasi. Kacau sampai rata dan angkat untuk dihidangkan.


Trivia:
1. Masakan ini mengambil masa dalam 5-10minit sahaja.
2. Seandainya korang tidak gemar fish cake @ fish ball, korang boleh saja gantikan dengan ayam atau ikan mengikut selera korang.
3. Seandainya korang tidak suka kacang buncis, sayur sawi juga merupakan alternatif yang baik.
4. Untuk menampakkan ia lebih presentable, boleh la sertakan dengan tomato yang dipotong lapan serta daun sup yang ditaburkan di atas nasi itu.

p/s: Selamat mencuba guys!! Sesuai untuk makan waktu berbuka dan juga bersahur.



Art: Dark Synopsis

Sesuatu seni itu merupakan satu abstrak dalam mementaskan sesuatu yang jelas secara fizikal diterjemahkan kepada satu bentuk yang lain. Ia boleh merungkai atau ditafsirkan mengikut sudut perspektif individu yang secara jelasnya berbeza antara satu sama lain. For instance warna biru. Ada yang nampak sebagai laut. Ada yang nampak sebagai suatu simbol ketenangan. Dan ada juga yang nampak ia sebagai satu intepretasi suatu kemenangan.

Jadi, untuk melihat sesuatu yang abstrak, kita perlu melihat ia jauh melalui hati, bukan sekadar mata sahaja. Kerana mata mudah tertipu. Lidah mudah berbohong. Tetapi hati.... tidak.

So, aku ada melukis dua buah abstrak yang simple. Ia datang daripada suatu pemikiran aku yang kadang-kala aku sukar nak terjemahkan. Ia amateur sifatnya tetapi as a beginner, aku rasa ok kot. So... what do you think?

"Chained"
Kita menyangka kita benar..
Kita menyangka segalanya mengikut keinginan kita...
Tanpa kita sedari, kita masih dirantai.


"Lies"
Mata sudah pasti membenarkan..
Hati mudah terserong...
Sekali jiwa ditusuk... Satu hala saja mindanya...

p/s: Tell me what you think about this ya? 



Let's Interact!

me>