29 July 2012

Olympic London 2012: All The Best Malaysia!


Sukan Olimpik London 2012 telah pun membuka tirainya dan kini para-para atlit luar biasa akan berentap demi maruah negara masing-masing. Dan kali ini, bagi atlit-atlit Islam, cabaran mereka bertambah kerana mereka perlu berentap sambil berpuasa. Puasa itu tidak menjadi halangan sebenarnya seandainya mentaliti kuat.

Aku baru je tengok kembali opening ceremony Olympic London 2012 ini, dan aku akui, dalam mana-mana temasya sukan, aku paling suka tengok bahagian pembukaan mereka. Ia menjelaskan kreativiti sesebuah negara hos itu dalam mempromosikan negara mereka.  For me, bukan aku tak suka culture bangsa sendiri tapi aku juga kagum dengan culture English ini. Bagi aku mereka lebih baik daripada Americans. Mereka antara yang membawa arus atau revolusi yang banyak terhadap perkembangan dunia.





Dalam pembukaan ni, kita boleh lihat asal usul culture English dari zaman-zaman yang aku gelarkan sebagai "gentleman" era sehingga revolusi brit-pop. Ini termasuk mengembalikan nostalgia-nostalgia seperti James Bond, The Beatles, Mr. Bean dan kisah-kisah fairy tales English seperti Mary Poppins.


Well, enough dengan pembukaan, kalau korang terlepas tengok, sila tengok video yang aku dah pun sediakan ye di bawah.


My upmost best wishes aku tujukan kepada kontinjen Malaysia yang akan bersaing merebut pingat emas di temasya terbesar dunia ini ye. Tunjukkan daya saing yang padu dan tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia juga berupaya bersaing dengan bintang-bintang ternama dan tidak boleh dipandang rendah. Kikiskan sikap rendah diri terhadap pihak lawan dan terus berjaya dalam acara masing-masing. Semoga dengan kejayaan mencapai atau melampaui target negara, Perdana Menteri kita akan berikan kita cuti umum nanti. Hehe...

Selamat Maju Jaya Malaysia!!

p/s: Cool gila tengok mini sketch Mr. Bean dan David Beckham bawak bot dalam Opening Ceremony ni. Antara acara pembukaan yang paling touching pernah aku tengok.


(ini gambar slideshow saja.. kalau nak tengok video full dia... lawati http://www.youtube.com/user/olympic?v=H2VPSjHnc2E ....enjoy!!)

28 July 2012

Ramadhan 2012: Chill (Video)

Ok la.. Memandangkan aku agak penat dan banyak perkara lain yang aku kena fikir, I guess taking a chill won't harm much. During Ramadhan ni aku ada projek buat kek dan order semakin pile up so maybe aku agak slow sikit nanti. By the way, it's Ramadhan kan? Pintu rezeki sedang terbuka luas, so why not ambil kesempatan ni untuk mencari harta. Nak-nak pulak nanti Raya, boleh lah bergaya sikit, ye dak?

Tapi dalam-dalam kesibukan itu, aku ingin mengajak anda semua perdengarkan lagu-lagu chill yang kena pada bulan mulia ni ye. Bukan lagu raya ye tapi lebih kepada spiritual diri kita terhadap Sang Pencipta kita. So, enjoy!




Ok la... yang video last tu, saje je aku letak... just for a little bit of humor je.. hehe.. apa-apa pun, keep on chilling in this fasting month dan semoga korang semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ni...

p/s: Semalam tengok Karoot Komedia X... part paling tak boleh blah bila Johan ngajar Tasha perkataan "Ramdhon"... hahaha... tak terucap Tasha tu...

26 July 2012

Ramadhan 2012: Bersahur dan Berbuka


Okay... Bila bercerita pasal puasa je, of course antara topik paling menarik untuk dibicarakan antara keluarga, kawan-kawan atau sesiapa saja pada hari itu adalah, "Berbuka kang nak makan apa ye?". Yup, memang secara lazimnya, apabila minda dipengaruhi oleh perut yang menjerit-jerit supaya diisi, ia akan trigger pelbagai idea bagaimana dan apa rasa yang ingin dinikmati kononnya sebagai "meraikan" kejayaan untuk berpuasa pada hari itu.

Hehe.. untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, semestinya kita perlu pastikan makanan yang kita makan tu adalah bersih serta tidak terlampau bertoksid. Dan nasihat ini juga aku tujukan kepada diri sendiri jugak. Ye la kan, dalam keadaan lapar, of course lah selera kita membuak-buak. Semua benda nak makan. Pantang nampak makanan sedap je, nak rasa. Sampai beli atau masak banyak-banyak.

Perut kita kosong apabila berpuasa dan ini akan menyebabkan "kejutan" pada bahagian itu sekiranya kita main "rempuh" je. Tu la puncanya sakit perut, kembung, gastrik dan sebagainya. Seperti peribahasa, "Orang Afrika mati sebab tak makan, orang kita mati sebab terlebih makan".


Mulakan berbuka dengan buah kurma. Atau buah yang tidak masam. As a trivia, dalam kurma mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Dan lepas makan makanan sunnah nabi itu, baru lah kita makan makanan yang lain pulak. Dan sebaiknya, jangan makan makanan yang terlalu pedas atau masam. Nanti ke toilet je tak sudah. Dan jangan sesekali makan dalam kuantiti yang banyak. Nanti dah serupa tangki air kang perut tu. Dah nak solat pun susah nanti. Better makan sikit dulu, solat selepas tu kalau nak sambung makan balik, sambung la. Dan lebih baik lagi kalau, pergi solat terawih dulu, baru makan.


Serupa jugak dengan bersahur. Ramai yang beranggap kalau bersahur tu kena makan dengan banyak supaya sepanjang hari berpuasa nanti tak lapar. Kepada yang beranggapan begitu, sila buang jauh-jauh teori korang tu. Sebenarnya even kalau makan dengan terlalu banyak pun, bila dah hadam, korang tetap akan rasa lapar jugak. Sama je. Tapi yang membezakan adalah, kesihatan korang serta tahap kecerdasan korang. Bila dah makan dengan banyak, korang akan cepat ngantuk dan kurang cerdas. Lembik je. Cukuplah bersahur dengan ala kadar. Untuk isi perut. Pastikan korang makan makanan yang berserat tinggi dan berprotein untuk tenaga. Kalau pagi-pagi tu korang dah tibai dengan makanan berlemak, tu yang nanti pelik dan hairan kenapa even dalam bulan puasa, berat badan tak turun-turun.

So, renung-renungkan ye. Sometimes permakanan kita memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Tahap produktiviti dan kecergasan seseorang tu bergantung di atas apa yang mereka consumekan sehingga menjadi sistem dalam badan. Sempena bulan yang mulia ni apa kata korang rileks dan buat perubahan. Bila badan sihat, jiwa kita akan bertambah kuat.

p/s: Mari kita turunkan berat badan!!



24 July 2012

Ramadhan 2012: Zakat Fitrah


Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang sedang dinikmati oleh kita semua sekarang, aku rasa tak keterlaluan jika aku ingin ber'slang'kan channel The Kufazuke Show ini dengan beberapa input Islamik semoga dapat memberi manfaat kepada semua dan juga serba sedikit memberi ilmu kepada pembaca yang aku kasihi sekalian.

Di saat ini, kita baru sahaja melangkah ke dalam bulan mulia ini. Ramai yang terfikirkan tentang makanan yang ingin dibuat sahur dan berbuka, perniagaan nak dibuat untuk mengambil kesempatan pintu rezeki yang terbuka luas, solat terawih, baju raya yang nak ditempah dan sebagainya. Tapi, jangan pula dilupakan tentang satu ibadah wajib yang perlu diingati untuk dibuat iaitu membayar zakat fitrah.


Zakat Fitrah juga bermaksud sebagai zakat diri. Ia difardhukan kepada lelaki dan perempuan yang berkemampuan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ia WAJIB kepada lelaki yang mempunyai tanggungan keluarga iaitu isteri dan anak. So, jangan buat main-main. Antara lain yang diwajibkan ialah:

- Individu yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan kekal Islamnya.

- Anak yang lahir sebelum jatuh matahari pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari Raya.

- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang bersamaan nilai mulai 1 Ramadan sehinggalah sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang disediakan.


Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Majlia Agama Islam Negeri-Negeri masing-masing.

Untuk tahun 2012 (1433H), kadar bayaran zakat fitrah adalah seperti berikut:



- WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan: RM7.00
- Selangor: RM7.00
- Kedah: RM7.00
- Pulau Pinang: RM7.00
- Perlis: RM6.00
- Perak: RM7.00
- Kelantan: RM7.00
- Pahang: RM7.00
- Terengganu: RM4.50 / RM 7.00 / RM7.60
- Johor: RM5.00 / RM8.00
- Melaka: RM6.50
- Negeri Sembilan: RM6.50
- Sarawak: RM6.50
- Sabah: RM7.00



Kalau anda sekalian nak bayar zakat fitrah terdapat masa-masa untuk menunaikan ibadah ni. So, better ikut, bukan main redah je ye. Waktu nak tunaikan zakat ni ada 5 iaitu:


1. Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram: Selepas terbenam matahari pada satu Syawal - hukumnya BERDOSA tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

So, itulah serba sedikit info mengenai zakat fitrah yang harus anda tahu ye. Jangan dibuat main dengan zakat ni ye. Andai zakat harta adalah untuk menyucikan harta yang diperolehi, apatah lagi zakat diri pula kan? Aku excited jugak kerana for the first time, aku akan bayar zakat fitrah ni kerana mempunyai isteri sekarang ni. Feel like a man kot. Haha.. Well, anyway, I wish you all the best dan mari kita terus mengejar keberkatan al-Mubarak ini.

p/s: Menunaikan zakat merupakan Rukun Islam ke-4 selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Tak lengkap rukun Islamnya seandainya tidak ditunaikan zakat. Renung-renungkan lah.


Disaat kita meraikan Hari Lebaran dengan penuh bergaya, ingatlah pada anak-anak yang tiada ibubapa ini.. Mereka juga ingin merasai kemeriahan Aidilfitri seperti kanak-kanak yang lain.



23 July 2012

Ramadhan 2012: Tips Berpuasa Bagi Warga Yang Mengalami Masalah Gastrik


Alhamdullilah, by the time aku bertinta untuk entry ini, sudah dua hari kita berpuasa dan nak masuk hari ketiga dah pun. So, how puasa anda sekalian selama dua hari ini? Ada ok atau tiada ok? Haha.. Well, I may say that Ramadhan edisi kali ini started with the wrong foot bagi aku. Sememangnya aku ni memang mempunyai masalah gastrik dan perut yang sensitif. Tapi tu tak memudarkan semangat aku untuk berpuasa. Betul-betul sehari dua sebelum tibanya bulan yang mulia ni, boleh pulak aku mendapat serangan gastrik dan demam. Biasalah, bila dah bermuntah-muntah diserang gastrik, badan kehilangan air dengan banyak. Keadaan tu, menyebabkan badan aku diserang pula dengan demam lagi-lagi pulak terkena hujan petang tu. Dan syukur kepada Allah, aku cukup tenaga untuk berpuasa pada hari pertama dalam-dalam badan belum lagi total kebah. (Special thanks kepada isteri aku yang jaga aku tempoh hari... Love you!)

So, bagi membantu golongan-golongan yang mempunyai macam aku ni, aku surf internet untuk mendapat beberapa info mengenai cara nak berpuasa eventhough mempunyai masalah sakit gastrik ini.

Asid dalam perut.

Seperti yang kita tahu, apabila perut kosong, kadar asid dalam perut akan naik menyebabkan penghasilan gas berkumpul di dalam perut dan ulu hati yang menyebabkan keadaan "perut masuk angin". Bagi yang menghidap gastrik ini, kadar penghasilan asid ini terjadi dengan kadar yang lebih tinggi daripada biasa. That's why tidak disarankan untuk makan apa-apa jika dalam keadaan begitu kerana sudah pastinya ia akan dimuntahkan semula. Keadaan ini juga berlaku sekiranya sesorang itu overnight atau tak cukup tidur. Kadar asid dalam perut boleh meningkat dengan mendadak. Macam stress.

Oleh sebab perut mempunyai asid yang tinggi, untuk melegakannya, sesorang itu perlulah "meneutralkan" kembali paras liquid itu dengan meminum sesuatu yang bersifat alkali. Susu merupakan cecair yang bersifat alkali tetapi jika tidak kena pada rasanya, ia akan menjadi pemangkin kepada rasa ingin muntah. Air Zam Zam merupakan salah satu air bersifat alkali dan sesuai untuk "neutralkan" kembali paras asidik dalam perut. Jika tiada air Zam Zam dan susah nak telan susu, minum sahaja air suam kosong dengan banyak (bukan air berais ye) dan seterusnya minum ubat gastrik seperti Gaviscon, Alucid, atau Actal. Itu adalah salah satu cara untuk melegakan sakit gastrik. Tapi kalau still melarat juga, maka kadar asid yang anda sedang hadapi itu memang tersangat tinggi dan wajar mendapat perhatian doktor.


Tips bagi pesakit gastrik yang ingin berpuasa :



1. Harus mengenalpasti terlebih dahulu punca sakit perut sama ada ia jenis kronik atau biasa.
2. Elakkan makan makanan yang tidak sesuai ketika bersahur dan berbuka .Contoh makanan pedas,berangin dan minuman berais.
3. Seelok-eloknya,pesakit gastrik bersahur pada waktu menjelang imsak.Elakkan juga makan makanan terlalu banyak ketika berbuka.
4. Elakkan makan ubat tahan sakit seperti ubatan jenis antiinflamasi bukan steroid (NSAID)
5. Sebaik -baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadan.Untuk mengelakkan masalah,pesakit perlu melakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos mengikut nasihat doktor.


List di atas dipetik dari website Borak Kosong dan aku dapati ia antara tips-tips yang baik untuk diikut bagi warga-warga yang mengalami sakit gastrik macam aku ni. So, bagi yang berkenaan, tolonglah jangan mengambil kesempatan atau menjadikan alasan gastrik ini sebagai lesen untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Rugi la kalau lepaskan begitu sahaja.


p/s: Budak-budak pun boleh puasa penuh.... aish...



19 July 2012

Ramadhan is COMING!!


Di kesempatan ini, The Kufazuke Show ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

Semoga anda mendapat keberkatan dan rahmat di bulan yang mulia ini. Ceria-ceria selalu!!

Terima kasih.

Comic: Lambok - Pieces

Korang suka tak baca komik lawak? Well, I know I do. One of my favorite cartoonist is Lambok, pelukis untuk "APO?". Dah lama dah aku minat hasil karya beliau ni. Memang, so far, dia tak pernah menghampakan aku dengan lawak-lawak beliau. Dia suka mengambil element bersahaja dan lawak yang sangat direct serta fresh. Tak jemu kalau nak bacanya. So, here's aku nak share sket hasil-hasil lukisan beliau yang aku suka baca. Enjoy!!

(Klik untuk besarkan gambar. Ctrl + Scroll untuk zoom in dan out)







Well, how was it? Kalau korang just can't get enough of his komik, korang boleh la beli majalah APO? serta dapatkan komik compilation beliau melalui MOY Production. Serius, aku ketawa terbahak-bahak baca hasil karya Lambok ni. Terbaik tu!

p/s: Kadang-kadang lawak dia berkisar orang-orang kampung je, tapi still mencuit hati. Haha!

3D Art: Suicide Theme

Here's are my 3D art that I drew recently. This time I'm using suicide theme just to varies the theme that I use to draw this kind of art. Still it's merely an amateur drawing concept and a really bad photographic. But, nevertheless, I hope you'll enjoy it though.

The Hang Man

The Car Waiter

The Jumper

Well, that's all for this time entry. I will produce more of my drawings soon. Please do comment on my drawing as I would really appreciate it. Thank you.

p/s: Still learning on conquering the wide perspective view concept.

16 July 2012

Prank Gone Wrong

Haha.. Don't you just love to watch prank shows? It really trigger my laughing clits right deep inside my heart. Okay sorry for such a hyperbolic statement. It makes me laugh. Prank shows usually put people into a situation that they think it's real but never they know that they've become the subject of the comedy. I love to see their reaction, faces and interaction after the prank to see how people's reaction to the situation. And yes, eventually they all will laugh it off at the end.

But what if the pranks goes the other way around? What if the pranks gone wrong? Is it going to be hillarious? Or maybe gone catastrophic? You decide...




Well, I guess some of it may be staged, but some didn't. Whatever it is, it's for the sake of enjoyment. We can see how many people that can cope with these certain ideas, and who don't. One way to another, we all going to laugh, ain't it?

p/s: Having thought of making my own prank video.. haha!

15 July 2012

COOLfm: Band Review: Melodramatik


Ini merupakan satu lagi band local kita yang sedang meningkat naik dari hari ke hari. Melodramatik nama yang diberi kepada band ini seakan melankolik serta theatrical terhadap melodi dan ia dikontra kan pula dengan genre mereka iaitu progressive modern rock.

Actually tak banyak info yang aku dapat mengenai band ni. Sungguh simple sekali band profile mereka yang diberi kepada aku. Tapi takpe, aku akan review jugak. Hahaha..

Band ini consist of:


Hawari Rashid - Vocal
Zulkifli Zefri -1st  Lead Guitar
Akmal Shariff - Bassist
Syaril Tajudin - Drummer
Kairel Ashido - 2nd Lead Guitar


Band ini start sebagai projek band pada tahun 2009 dan telah produce satu lagu berjudul "Ku Ingin" yang dicipta oleh Dukegong. Band aktif dalam menjelajah serata Malaysia untuk bermain live di club dan juga event-event. Pada tahun 2011, mereka tampil dengan wajah-wajah baru serta lagu-lagu baru.


Mereka telah dinobatkan sebagai 2nd Runner Winner pada Jumpstart College Edition 2011 serta menjadi finalist Battle Of The Band di Seri Pacific Hotel. Seperti yang telah diberikan kepada aku, band ini mengatakan yang mereka ingin mencipta muzik yang boleh buat crowd headbangging, sing along dan gembira.

Mereka telah mencipta beberapa buah lagu seperti:

- Kembali
- Ilusi Dimensi
- Mr. Reject
- Anti D
- Single-Lela

Well, aku dah mendengar lagu mereka berjudul Kembali dan aku rasa ia merupakan satu lagu yang ada style ala ala 2000's rock dimana mereka menggunakan teknik palm mute pada verse serta bridge mereka yang menjadikan lagu mereka seakan slightly slow punk rock ditambah pula dengan element atmosphere 80's malay rock. Ia satu konsep yang bagus cuma perlukan orignality dalam riff mereka. So, yang aku boleh komen ialah mereka mengamalkan konsep hard rock ditambah sedikit element catchy tempo. Some say just like Metallica tapi slightly mild.

Rating: 3.8/5

p/s: Bagus progress... keep it up guys!!




Tapak Bazaar Ramadhan Untuk di Sewa 2012


Ok.. ini ada satu pengumuman ringkas bagi mereka yang ingin berniaga di bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Terdapat tapak-tapak bazaar Ramadhan yang kini dibuka untuk tempahan. Details adalah seperti berikut:

Lokasi: GIANT, Seri Kembangan
Tempoh: 21 Julai - 19 Ogos 2012
Size: 8 x 8

So, kepada sesiapa yang berminat, sila tempah dengan segera kerana tempat adalah terhad. By the time korang baca ni, tinggal 15 booth je lagi.. so ape lagi, sila contact seperti yang tertera di bawah ni dengan kadar segera!!

Contact:
thekufazukeshow@gmail.com - email
http://www.facebook.com/kufazuke - message

Sekian terima kasih.

p/s: Ramadhan ni pintu rezeki terbuka dengan seluas-luasnya!

14 July 2012

Menu Makan Simpel : Kenyang Sampai Malam

Yeah anda masih lagi dalam zon makan.. Haha.. mungkin aku tengah lapar gila-gila sekarang dan sejak kebelakangan ni membuatkan aku nak makan je. Dan juga asyik memikirkan makanan apa yang sedap di makan atau di masak. Hahaha... Seiringan dengan kempen aku bawak bekal ke pejabat atau buat sendiri makanan supaya kesihatan terjaga, mari aku share apa aku makan untuk petang ini ok.. Haha!

Biskut Jacobs beserta Milo Ais.


Yup, simple kan? well, eventhough ia simple, tapi ia sangat mengenyangkan dan in fact, lebih berkhasiat daripada makan nasi. Ia boleh juga dijadikan diet jika anda ingin kurus. Kalau berdasarkan gambar, memang, aku ni jenis selekeh sket. Boleh nampak jem strawberry yang aku letak kat biskut tu berselerat tapi aku tak kisah sebab ia sedap sangat.

Biskut ni pun boleh divariasikan lagi dengan jem-jem atau krim yang lain seperti planta, peanut butter, coklat dan even susu lemak manis yang disukai ramai tu. Tapi as a health treatment, better korang jangan letak krim tu banyak sangat sebab banyak sangat gula nanti. Jangan tiru aku ok? haha..

Khasiat biskut Jacob : [ia dapat memberi kebaikan kesihatan kepada anda. Ia merupakan sumber tenaga daripada karbohidrat. Ia mengandungi vitamin B dan mineral untuk membantu mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat. Ia juga mengandungi protein yang membantu proses pembinaan badan anda; dan serat yang membantu untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.] - di petik daripada website Jacob.

Khasiat Milo : Seperti yang kita tahu Milo mengandungi koko. [Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah.] - dipetik dari sini.


So, jika korang rasa dah muak makan nasi je kan, dan merasa diri makin membesar dengan tidak baik, apa kata korang try menu simple ni.. ia lazat dan boleh kenyang sampai ke malam!!

p/s: Kalau biskut Jacob tu cicah kat air Milo pun dah sedap.

13 July 2012

3D Painting and Drawing: Ideas

Well, this going to be the first entry of me conversing in English. As you all know since back then, I adore the art of painting and drawing pictures in 3D perspective. To me, its one of the wonders of fulfilling one needs to view something from the other side of  view so that it can be interpret it in different ways. Yeah, I also happen to be throwing some of my simple 3D art in my previous post which I might say its just a rough and slender one since I'm still learning to master this skill. You won't complain for an amateur piece, won't you? hahaha...

Well, here's a basic compilation of some art that I truly envy and hope that someday, I can put my art on the street or walls around the town someday. Enjoy!!

(Please don't correct your eyes.. )









Nice right? 3D art really amaze me since it not only capture the beauty of triggering one's optical illusion, more over it also "re-sizing" places so that it will appear much wider or taller. So, instead of wasting a chunk of money to renovate, perhaps putting this kind of art is not such a bad idea. Hope, you guys enjoy this one.

p/s: One day, I'll be painting those murals... Wish me luck guys.. :)

12 July 2012

Resipi: Nasi Goreng Sotong Kebabom!


Aha.. Apa kata kita berehat sebentar dari havoc dan propaganda dunia dan nikmati makanan pula kali ni? hehe.. Ye la kan, aku ni asyik-asyik tulis benda yang heavy dan jurus ke arah hiburan je kan? So, dengan kesinambungan mini kempen aku iaitu "Bawa Bekal Ke Pejabat / Sekolah", mari aku share sket resipi aku untuk kali ni. Lagipun, mana lah tau kepada anda-anda yang tak berapa reti nak masak tu, nak suprisekan suami ke, isteri ke, girlfriend atau boyfriend ke, bolehlah ikut common resipi ni ye.

Nasi Goreng Sotong merupakan antara masakan lazim yang diorder di restoran atau gerai. Harga ia boleh mencecah sampai RM5 - RM7 sepinggan walhal dengan modal RM15, masakan ni boleh dijamu kepada sekeluarga untuk makan. Saving kan?

Bahan-bahan (Untuk 4 orang makan):

1. Bawang besar: Seulas (Dihiris)
2. Bawang putih: 2 -3 ulas (Dihiris)
3. Cili padi / kampung: Secukup rasa (Buang tangkai)
4. Nasi Putih: 2 pot
5. Sotong Putih: 1/2 kg

Penyediaan: 

1.Bawang besar dan putih yang dihiris tadi, ambil sedikit dan tumbuk bersama cili padi/kampung itu.
2. Carik-carik nasi putih sehingga berderai.

Cara Masak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih dengan api sederhana.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan cili padi/kampung yang sudah ditumbuk bersama sedikit bawang besar dan putih tadi. Gaul sehingga cili tersebut masak.
3. Masukkan garam dan ajinomoto (Jika nak) secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan nasi putih. Gaul sehingga rata perencah dan nasi itu.
5. Apabila warna, rasa dah kena pada lidah anda, masukkan sotong dan gaul sebentar supaya sotong itu masak.
6. Padamkan api dan hidang.




Tips:
1. Kalau nak sedap, sotong tu gaul dulu dengan sedikit perahan limau kasturi untuk trigger rasa sotong dari dalam ke luar. Tapi jangan rendam berlebih-lebih pulak dengan perahan limau kasturi tu. Nanti sotong tu akan jadik sangat masam pulak.
2. Masa masuk garam tu, it's better lebih-lebihkan sikit sebab takut kalau sedang elok, ia akan menjadi tawar bila dah masuk nasi nanti.
3. Nasi goreng sotong ni sedap kalau pedas, so it's ok kalau anda nak lebihkan cili tu. Tapi jangan berlebih sangat, nanti sakit perut sampai masuk hospital.
4. Kalau nak lauk sotong anda sedap dan tak berapa kecut, masukkan ia di penghujung masakan tu. Biarkan ia masak di dalam nasi, bukan direct minyak panas. This applies to udang juga.


So, that's all my friend.. enjoy!!

p/s: Salah satu cara nak tuba partner anda, adalah melalui masakan. Ia merupakan salah satu romantik gesture yang boleh diberi kepada partner anda tanda cinta anda kepada mereka. Lagi-lagi kalau masak dengan penuh rasa sayang. Perghhh.. ayat... 

11 July 2012

COOLfm: Band Review: Enigmatic Six


Enigmatic 6 atau dalam bahasa melayunya "6 yang sukar difahami" atau "Enigma 6" telah ditubuhkan pada tahun 1999. Band ini yang mengelarkan genre muzik yang mereka bawa sebagai Nu Age World Music ini berasal dari Sabah. Ye, it's another talent yang diproduce dari negeri di bawah bayu.

Band E6 ini di anggotai oleh:
Boy Castro - Vokal
John Castro -Vokal / Gitar
Arman - Keyboard
Zaki - Bass
Reeyan - Drum

Band E6 ini bermula dengan bermain di club-club sekitar Malaysia dan untuk show di sana, mereka menambah dua lagi vokalis dalam memantapkan lagi band ini. Dua anggota baru itu adalah Man Braka dan Mimie. Mereka bergiat dalam scene club selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk mencuba bakat mereka di pertandingan Rentak Juara 2010 di bawah naungan RTM.


Di atas kecekalan dan usaha mereka yang gigih dalam menyinari industri muzik tanahair, mereka dinobatkan sebagai juara pertandingan itu yang di saingi band-band handal yang lain. Kemenangan itu merupakan satu boost terhadap keinginan mereka untuk explore lagi seni irama muzik yang mereka bawa dan kini sedang menyiapkan lagu-lagu mereka untuk dijadikan mini album nanti.


Lagu mereka yang berjudul "Kau Lah Segalanya" pernah dimainkan dalam siaran COOLfm dan lagu tersebut menjadi salah satu lagu yang best untuk didengari kerana element-element sentimental serta kepaduan terhadap atmosphere dan lirik yang dicipta oleh mereka.

Enough with that single, aku juga pernah dengar lagu mereka berjudul "Peluang Kedua".

As a whole bagi aku lagu ni sangat catchy. Dengar adunan slight Japan rock dan atmostpheric pula dengan mild Foo Fighters punya riff, menjadikan lagu ni sangat flow dan eccentric. Ia ibarat permodenan riff 90's yang bersahaja tetapi padat dengan mix influence. Aku tertarik dengan konsep yang dibawa dalam lagu ni dan tak keterlaluan jika aku cakap ia boleh menjadi satu kekuatan dalam band ini.


Bagi aku, this band can go further dan jika ia terus dengan konsep mereka ni, ia akan menjadikan mereka satu band yang unik dan mempunyai niche dalam market industry muzik tanah air kita. Cuma satu je la kalau aku nak komen pun, iaitu riff-riff mereka dalam lagu, so far by right aku boleh relatekan mereka dengan Foo Fighters dan Asian Kungfu Generation. Andai mereka boleh mencipta riff trademark mereka sendiri, maka band ini akan meletup gila-gila. Anyway, syabas E6 dan teruskan perjuangan anda!!

Rate: 4 / 5

Video: Peluang Kedua

p/s: Teruskan hantar band profile kepada kami!!

10 July 2012

3D Drawing : 3rd Sheet

As usual, sewaktu aku tengah bosan atau takde keje, aku akan try lukis art kesukaan aku iaitu 3D art grafik. Kali ni aku cuba untuk pelbagaikan bentuk dan corak. Namun aku tak tau kenapa untuk edisi kali ni, aku tak berupaya pulak nak buat art yang aku lukis ni comes to live.. Maybe angle salah ke atau camera yang aku pakai ni tak berikan aku kesan macro atau focus yang aku hendaki. Walau macam mana pun, aku harap korang sudi-sudi tengok art aku lukis ni ye.. Kalau korang ada cara yang lebih baik dan nak kongsikan bersama, aku amat-amat berbesar hati sekali. Terima kasih.

The Walking Boy


The Base Entrance


The Mini Retro City


The Unexplained Ladder


As a record dan bagi tujuan pemantauan tentang keberkesanan angle-angle dalam menjadikan sesuatu lukisan tu dalam dimensi 3D, aku cuba jugak amek video untuk tengok angle-angle mana yang sesuai. Enjoy!

Video: The Walking Boy
video


p/s: Must...keep..on.. practicing! 

Let's Interact!

me>