10 November 2012

No Plastic Bag Day : Stand Firm-lah!!


Kalau nak diikutkan, aku memang cintakan alam semulajadi dan menyokong cause dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. That's why I go for anything "green". Kalau ada green tech products, surely aku akan tertarik. Ye la kan, bumi ni khazanah kita. Kita kena jaga untuk anak cucu kita jugak nanti.

Actually aku sokong dengan usaha anti-penggunaan beg plastik kerana ternyata plastik merupakan salah satu material yang paling susah dilupuskan dan akan mengakibatkan kekotoran dan kerosakan environment. As for starts, aku rasa it's ok untuk buat pada hari sabtu sahaja dan mana tau after this, boleh dilanjutkan sehingga tiada penggunaan beg plastik langsung kan.


Cuma satu je la. Aku rasa seandainya nak fight for the anti-plastic bag tu, ia haruslah dibuat dengan serius dan stand firm dengan cause yang dibangkitkan tu. Sebab buat masa ni, pada hari Sabtu, memang pihak kedai tidak akan provide dengan beg plastik. Tapi seandainya customer inginkan jugak, mereka boleh purchase dengan harga RM0.20 setiap satu. I guess itu tak patut.

Bagi sesetengah orang, 20sen tu just a small amount. Nothing to worry about. Ala, kalau 5 plastik baru RM1. Apa ada hal? So, aku rasa yang ni hanyalah akan memberi keuntungan kepada pihak kedai sahaja. Bukan sebab fighting cause. Kalau betul lah nak jaga alam sekitar, dan taknak orang ramai gunakan beg plastik, better firmly say NO. No purchasing plastic bag, no requesting. Seandainya tak cukup tangan nak bawak barang, bawak atau beli recycle bag yang banyak di pasaran skang.

Ajar customer untuk patuh pada cause itu dan secara tidak langsung menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Lagipun, recycle bag sekarang ni banyak yang cool-cool dan murah kot.

p/s: Inginku lihat bumi ini hijau kembali.

1 comment:

HiDDeN pRecIoUs said...

harap penulis pon ckp serupa bikin..

Let's Interact!

me>