03 August 2012

Art: Dark Synopsis

Sesuatu seni itu merupakan satu abstrak dalam mementaskan sesuatu yang jelas secara fizikal diterjemahkan kepada satu bentuk yang lain. Ia boleh merungkai atau ditafsirkan mengikut sudut perspektif individu yang secara jelasnya berbeza antara satu sama lain. For instance warna biru. Ada yang nampak sebagai laut. Ada yang nampak sebagai suatu simbol ketenangan. Dan ada juga yang nampak ia sebagai satu intepretasi suatu kemenangan.

Jadi, untuk melihat sesuatu yang abstrak, kita perlu melihat ia jauh melalui hati, bukan sekadar mata sahaja. Kerana mata mudah tertipu. Lidah mudah berbohong. Tetapi hati.... tidak.

So, aku ada melukis dua buah abstrak yang simple. Ia datang daripada suatu pemikiran aku yang kadang-kala aku sukar nak terjemahkan. Ia amateur sifatnya tetapi as a beginner, aku rasa ok kot. So... what do you think?

"Chained"
Kita menyangka kita benar..
Kita menyangka segalanya mengikut keinginan kita...
Tanpa kita sedari, kita masih dirantai.


"Lies"
Mata sudah pasti membenarkan..
Hati mudah terserong...
Sekali jiwa ditusuk... Satu hala saja mindanya...

p/s: Tell me what you think about this ya? 



No comments:

Let's Interact!

me>