12 July 2012

Resipi: Nasi Goreng Sotong Kebabom!


Aha.. Apa kata kita berehat sebentar dari havoc dan propaganda dunia dan nikmati makanan pula kali ni? hehe.. Ye la kan, aku ni asyik-asyik tulis benda yang heavy dan jurus ke arah hiburan je kan? So, dengan kesinambungan mini kempen aku iaitu "Bawa Bekal Ke Pejabat / Sekolah", mari aku share sket resipi aku untuk kali ni. Lagipun, mana lah tau kepada anda-anda yang tak berapa reti nak masak tu, nak suprisekan suami ke, isteri ke, girlfriend atau boyfriend ke, bolehlah ikut common resipi ni ye.

Nasi Goreng Sotong merupakan antara masakan lazim yang diorder di restoran atau gerai. Harga ia boleh mencecah sampai RM5 - RM7 sepinggan walhal dengan modal RM15, masakan ni boleh dijamu kepada sekeluarga untuk makan. Saving kan?

Bahan-bahan (Untuk 4 orang makan):

1. Bawang besar: Seulas (Dihiris)
2. Bawang putih: 2 -3 ulas (Dihiris)
3. Cili padi / kampung: Secukup rasa (Buang tangkai)
4. Nasi Putih: 2 pot
5. Sotong Putih: 1/2 kg

Penyediaan: 

1.Bawang besar dan putih yang dihiris tadi, ambil sedikit dan tumbuk bersama cili padi/kampung itu.
2. Carik-carik nasi putih sehingga berderai.

Cara Masak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih dengan api sederhana.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan cili padi/kampung yang sudah ditumbuk bersama sedikit bawang besar dan putih tadi. Gaul sehingga cili tersebut masak.
3. Masukkan garam dan ajinomoto (Jika nak) secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan nasi putih. Gaul sehingga rata perencah dan nasi itu.
5. Apabila warna, rasa dah kena pada lidah anda, masukkan sotong dan gaul sebentar supaya sotong itu masak.
6. Padamkan api dan hidang.




Tips:
1. Kalau nak sedap, sotong tu gaul dulu dengan sedikit perahan limau kasturi untuk trigger rasa sotong dari dalam ke luar. Tapi jangan rendam berlebih-lebih pulak dengan perahan limau kasturi tu. Nanti sotong tu akan jadik sangat masam pulak.
2. Masa masuk garam tu, it's better lebih-lebihkan sikit sebab takut kalau sedang elok, ia akan menjadi tawar bila dah masuk nasi nanti.
3. Nasi goreng sotong ni sedap kalau pedas, so it's ok kalau anda nak lebihkan cili tu. Tapi jangan berlebih sangat, nanti sakit perut sampai masuk hospital.
4. Kalau nak lauk sotong anda sedap dan tak berapa kecut, masukkan ia di penghujung masakan tu. Biarkan ia masak di dalam nasi, bukan direct minyak panas. This applies to udang juga.


So, that's all my friend.. enjoy!!

p/s: Salah satu cara nak tuba partner anda, adalah melalui masakan. Ia merupakan salah satu romantik gesture yang boleh diberi kepada partner anda tanda cinta anda kepada mereka. Lagi-lagi kalau masak dengan penuh rasa sayang. Perghhh.. ayat... 

4 comments:

Afifah Azmi said...

kte terkedu jap dgn pekataan tuba tu haha

HiDDeN pRecIoUs said...

amboihh ni kje dia kt umah..msk ns goreng sotong pstu amik gmbr...adehhhh

KUFAZ said...

@arina : Hahaha.. ala.. ayg.. asalkan ada bahan untuk menulis... lalala~ sedap kan? huhu..

@saya afi : sorry... ada perkataan lain ke yg lagi sesuai? haha..

akulah zali said...

Dah lama saya tdk mngunjungi blog ini, xsangka sudah ada ruangan memasak di blog ini, hasil masakan yang tampak lazat sehingga saya seolah2 dapat menghidu baunya sampai ke sini. jadi mungkin selepas ini anda boleh tapaw kan untuk saya sekali hehe. P/s: saya pun kadang2 memasak juga istimewa untuk diri sendiri menunjukkan betapa romantiknya saya kepada diri sendiri :okay: haha

Let's Interact!

me>