11 July 2012

COOLfm: Band Review: Enigmatic Six


Enigmatic 6 atau dalam bahasa melayunya "6 yang sukar difahami" atau "Enigma 6" telah ditubuhkan pada tahun 1999. Band ini yang mengelarkan genre muzik yang mereka bawa sebagai Nu Age World Music ini berasal dari Sabah. Ye, it's another talent yang diproduce dari negeri di bawah bayu.

Band E6 ini di anggotai oleh:
Boy Castro - Vokal
John Castro -Vokal / Gitar
Arman - Keyboard
Zaki - Bass
Reeyan - Drum

Band E6 ini bermula dengan bermain di club-club sekitar Malaysia dan untuk show di sana, mereka menambah dua lagi vokalis dalam memantapkan lagi band ini. Dua anggota baru itu adalah Man Braka dan Mimie. Mereka bergiat dalam scene club selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk mencuba bakat mereka di pertandingan Rentak Juara 2010 di bawah naungan RTM.


Di atas kecekalan dan usaha mereka yang gigih dalam menyinari industri muzik tanahair, mereka dinobatkan sebagai juara pertandingan itu yang di saingi band-band handal yang lain. Kemenangan itu merupakan satu boost terhadap keinginan mereka untuk explore lagi seni irama muzik yang mereka bawa dan kini sedang menyiapkan lagu-lagu mereka untuk dijadikan mini album nanti.


Lagu mereka yang berjudul "Kau Lah Segalanya" pernah dimainkan dalam siaran COOLfm dan lagu tersebut menjadi salah satu lagu yang best untuk didengari kerana element-element sentimental serta kepaduan terhadap atmosphere dan lirik yang dicipta oleh mereka.

Enough with that single, aku juga pernah dengar lagu mereka berjudul "Peluang Kedua".

As a whole bagi aku lagu ni sangat catchy. Dengar adunan slight Japan rock dan atmostpheric pula dengan mild Foo Fighters punya riff, menjadikan lagu ni sangat flow dan eccentric. Ia ibarat permodenan riff 90's yang bersahaja tetapi padat dengan mix influence. Aku tertarik dengan konsep yang dibawa dalam lagu ni dan tak keterlaluan jika aku cakap ia boleh menjadi satu kekuatan dalam band ini.


Bagi aku, this band can go further dan jika ia terus dengan konsep mereka ni, ia akan menjadikan mereka satu band yang unik dan mempunyai niche dalam market industry muzik tanah air kita. Cuma satu je la kalau aku nak komen pun, iaitu riff-riff mereka dalam lagu, so far by right aku boleh relatekan mereka dengan Foo Fighters dan Asian Kungfu Generation. Andai mereka boleh mencipta riff trademark mereka sendiri, maka band ini akan meletup gila-gila. Anyway, syabas E6 dan teruskan perjuangan anda!!

Rate: 4 / 5

Video: Peluang Kedua

p/s: Teruskan hantar band profile kepada kami!!

No comments:

Let's Interact!

me>