20 June 2012

Kematian Sebuah Seni.


Pada suatu ketika dahulu, muzik digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej yang berguna dan untuk menaikkan semangat serta mengingati sesebuah jati diri seseorang. Ia bermula dengan seni karang, puisi dan sajak sebelum dikenalkan dengan pengisian alat-alat muzik di latar belakang menjadikan ia sebuah irama. Di zaman golden age of muzik contohnya, para artis menggunakan medium muzik ini untuk memperluaskan lagi fahaman mereka terhadap sesuatu seperti penentangan terhadap sistem yang tidak adil, kebebasan masyarakat yang ditindas, motivasi diri supaya lebih maju dan penjelasan secara telus pendirian yang mereka pegang.

Tapi dari zaman ke zaman, sifat semulajadi muzik itu berubah dan terus jauh dari motif sebenar. Orang kini lebih buta hingga mengagungkan irama yang plastik serta mengganggap para artis "sampah" ini sebagai pendokong perjuangan yang betul. Hm.. aku pun tak faham kenapa. Barangkali sebab masyarakat semakin sujud terhadap keglamouran dan kemasyhuran sehingga secara sendirinya melacurkan istilah sebenar seni ini untuk dinikmati dan dihayati.


Kalau nak sembang panjang pasal fenomena lama ni rasanya aku kena jugak karang sebuah buku dan panggil press conference untuk tujuan publisiti agar semua orang tahu dan beli buku aku supaya semua dapat ilmiah secara terbuka. Tapi untuk channel The Kufazuke Show ini, aku ambil pendekatan yang lebih senang supaya pembaca dapat menilai secara ringkas dan tak berat. So, apa kata untuk kali ni, aku bincangkan mengenai perubahan gaya dan bahasa dalam lirik lagu.

Aku tak faham la kenapa orang-orang kita ni sangat-sangat menggagungkan bahasa luar? Seriously. Bukan aku tak support atau anti terhadap scene-scene negara lain tapi orang-orang kita sangat suka merojakkan bahasa sendiri. Aku memang secara terbuka nak mengkritik untuk tujuan agar ia dapat diperbaiki dan seandainya ada artis-artis atau sesiapa yang terbaca ni terasa sekalipun aku pasti mereka merupakan golongan professional dan akan menerima ini secara professional juga.

Cuba tengok sample lirik yang aku dapat ni, aku pasti korang pernah dengar dari corong-corong radio:

Lagu pertama:

"Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya


Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya"

Lagu kedua:

"Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu"

Ini just sample-sample yang aku dapat isikan di sini. Terdapat banyak lagi lirik-lirik diluar sana yang aku rasa macam ntah apa-apa ntah. Cuba tengok macam lagu yang pertama tu. Penggunaan bahasa rojak dapat dilihat dan lagu ini memang berunsur facebook. Adoihai.. apa ni? Terasa tak matang langsung dengar lagu macam ni. Sama juga dengan lagu kedua yang macam belajar nama-nama hari dalam seminggu dalam bahasa Inggeris pulak.


Pada pendapat aku, ok la jugak andai diorang ni nak berbahasa Inggeris untuk menyanyi. Tak salah. Tapi nyanyilah secara menyeluruh. Tak perlu nak masukkan bahasa Inggeris tu dalam muzik bahasa melayu. Dan tolong la jangan nyanyi sesuatu yang bersifat ala-ala gedik macam facebook la, twitter la, atau tumblr la. Seriously terasa macam lagu yang sesuai dipasang untuk budak-budak tadika senam aerobik.

Yang peliknya, artis-artis Inggeris pun tak segedik tu. Bukan aku nak banggakan mereka ke apa tapi itulah hakikatnya. Aku tak pernah dengar lagi, orang "mat salleh" ni rojakkan lagu mereka dengan bahasa melayu. Sebab mereka tahu kalau rojakkan begitu, pasti lagu diorang seakan bodoh. Tak percaya? Jom kita try sikit.

"Tonight... kita are young,
Jadi let's set the world on api,
we bakar brighter... than matahari!" - modifikasi lagu Fun (We Are Young)

Tu baru sikit tu... belum satu lagu habis. Adoii.. so renung-renungkan lah ye... Aku tulis ni bukan sebab nak cakap aku power ke apa ke.. Even dalam penulisan aku ni pun aku ada rojak-rojak. Tapi apa yang aku cuba sampaikan jelaskan ialah, industri kita semakin lama semakin teruk dengan kemunculan lagu-lagu yang kurang berkualiti dan sekadar tangkap muat je... Biarlah nampak cantik sikit imej muzik kita... and show to the world some intelligence... Hate me or criticize me, I ain't care a thing...

p/s: Aku just terasa muak pulak dengar lagu unsur-unsur macam ni sebenarnya...



4 comments:

PCL said...

salam singgah sini, blog kamu yg follow mlm ni..tq.

KUFAZ said...

terima kasih.. saya akan follow blog kamu juga... minta support anda ye.. sila like di www.facebook.com/thekufazukeshow

♥ Xett Hereen ♥ said...

klaka plak bile lagu we are young tu jadik bahasa melayu.
akkaakaa

KUFAZ said...

aha.. rakan blogger yg lama tak jumpain... hehehe... apa kabar?

Let's Interact!

me>