10 April 2012

Kini Sesuatu Yang Cool Muncul !!



Ye... Fenomena baru dalam penyiaran radio Malaysia sudah pun muncul.... Aku kesal sebab masa time Coolfm ni launch, aku tak online... dan ia membuatkan aku terasa macam tak sabar-sabar nak online untuk sama-sama melayan kepala biol ni di stesen radio ni. COOLfm secara official telah dilaunch pada 7hb April 2012 dengan jayanya. Dari meja admin The Kufazuke Show, tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada COOLfm semoga membawa pembaharuan dan kelainan dalam penyampaian karya di arena industri penyiaran yang semakin bias ini. Semoga dengan ini mereka di luar akan sedar bahawa apabila satu idea di beri nafas dan usaha yang jitu, pasti akan menghasilkan buah-buah yang ranum dan sangat lazat untuk dijamah.

By the time aku bukak dan layan stesen ni, pelbagai lagu menarik telah dipasang dan aku pasti kat radio-radio biasa susah betul nak dengar lagu-lagu macam tu. Dengan suara DJ nya yang memang sedang agak sawan sangat menarik dengan lawak-lawak spontan beliau sampaikan. Bagus. Dan satu lagi yang aku tertarik adalah kerana, stesen ni terus menengahkan bakat-bakat indie band yang cuba mengorak langkah dalam arena muzik mereka.

Seperti kata Mr. Cool,
"Di sini kami ingin mengangkat band-band yang cuba naik tapi tidak diendahkan, di kekanan-kirikan oleh arus perdana."

Jadi, kepada band-band di luar sana yang rasa susah nak memecah tembok mainstream yang menganak tirikan pemuzik macam anda, silalah hantarkan material anda ke stesen COOLfm.. Di COOLfm, kami sentiasa menghulurkan tangan untuk anda gapai.

Terdapat pelbagai DJ-DJ yang akan diketengahkan dari semasa ke semasa dan anda bakal disajikan dengan sesuatu yang santai dan ringan tetapi tidak kosong. Dj-Dj tersebut telah dipromo kan kepada anda di laman blog COOLfm. So, come on you guys! Lets Chill with COOLfm!!

Email: coolfmradiostation@yahoo.com
Laman blog dan radio player: http://coolfmradiozone.blogspot.com/


No comments:

Let's Interact!

me>