08 March 2012

Perhatian Kepada Band-Band Baru!!


Adakah anda mempunyai sebuah band dan ingin mengutarakan muzik anda di ruang udara radio online? Ini peluang anda!!

Sebuah station radio yang cool dan gila akan di launch tidak lama lagi (dalam pertengahan bulan March 2012) dan menjemput anda untuk menghantar segala material yang anda ada untuk dikeudarakan di frekuensi radio yang pasti akan dipenuhi dengan suasana yang cool dan happening!

Cool.fm yang akan dikelolakan oleh seorang Cartoonist yang gila-gila dan kreatif bernama Kulatt akan membawa anda ke sesuatu yang baru dan lain dari yang lain. Sesuai dengan tag line stesen ini iaitu "Kegilaan Frequency Media Tanpa Had", stesen ini bukan calang-calang rancangan.. Ia bukan stesen radio yang biasa anda dengar hari-hari di corong2 radio dan asyik-asyik mainkan lagu over-rated dan lagu-lagu budak "mee segera". Itu semua sangat-sangat mainstream la... Ini seriously yang lain dari yang lain beb!

Jadi tidak kiralah anda membawa genre rock ke, balada ke, jazz ke, tak kira la kan... asalkan anda cool dan layan kepala, anda amat-amat dialu-alukan. Even kalau anda mempunyai jiwa lagu-lagu stail P.Ramlee dan takut asyik-asyik di nganjingkan sebab berjiwa oldschool, mari, stesen ini tidak akan meminggirkan anda... Kalau anda ada lagu-lagu demo pun, sembat je lah... Selamba... just hantar je lagu-lagu anda dalam bentuk mp3 kepada station radio ini...

Jadi, tunggu apa nya lagi? Tak reti-reti nak hantar material anda?

Sila contact Kulatt yang mempunyai kepala yang sarat dengan idea gila-gila ini di:

Email: coolfmradiostation@yahoo.com
Telefon: 017-3359086
FB fan page: http://www.facebook.com/pages/COOLfm/256082787801353
Facebook: http://www.facebook.com/kulatt?ref=ts

join sekarang dan hantar material anda kepada beliau... dan barangkali, band anda akan direview juga dan akan di post kan di blog ini juga !! Jangan ketinggalan...



Kalau lu orang Cool, Meh perdengarkan hasil-hasil karya lu orang
kalau tak, pergi layan realiti tv budak2 akedemi gedik.


No comments:

Let's Interact!

me>