17 March 2012

Artist: Norah Jones


It’s been a while aku dengar lagu-lagu daripada Norah Jones. Yeah, call me kolot, call me anything yang pasti aku tau bahawa Norah Jones lebih baik daripada artis-artis “kebanyakan” yang ada di luar sana. Norah Jones merupakan salah satu artis yang aku anggap luar biasa kerana mempunyai aura, daya tarikan dan passion yang tersendiri. Beliau tidak perlu memakai pakaian yang seksi-seksi untuk menjadi popular seperti Britney Spears, Lady Gaga atau pun Pussy Cat Dolls. Beliau cool dengan imej beliau yang bersahaja, relaks dan manis.


First lagu yang aku dengar daripada beliau adalah lagu “Don’t Know Why” yang diterbitkan pada tahun 2002. Beliau merupakan artis serba boleh di mana beliau boleh bermain piano, menyanyi dan main gitar dengan baik. Lagu-lagu beliau keudarakan amat-amat menenangkan jiwa dan mampu kita mengimbas kembali ke zaman-zaman klasik. At first, aku ingatkan lagu yang aku dengar tu dinyanyikan oleh artis-artis macam Julie London, Carpenters atau pun Billie Holiday. Ternyata Norah Jones tidak terikut dengan trend semasa yang menjual album-album pop irama “plastik” seperti artis-artis lain ketika itu. Beliau terus compose lagu-lagu mengikut naluri beliau dan jelas ia berjaya.


Norah Jones lahir pada tahun 1979 dan merupakan anak kepada pemain sitar terkenal di India iaitu Ravi Shankar dan seorang producer konsert di Amerika bernama Sue Jones. Jadi, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi juga kan? Setelah kedua ibubapa beliau separate, beliau menjalani zaman kecilnya bersama ibu nya di Grapevine, Texas. Semasa di bangku sekolah, Norah Jones memasuki pasukan koir sekolah beliau, join band dan bermain alto-saxophone. Semasa di sekolah juga beliau memenangi banyak anugerah termasuklah DownBeat Student Music Awards untuk Best Jazz Vocalist dan Best Original Composition. Jadi, beliau ni bukanlah baru dalam composing melodi-melodi enak sebegini… beliau telah bermula sejak sekolah lagi. Kemudian, Norah Jones memasuki University of North Texas di mana beliau mengambil kelas kemahiran Jazz Piano dan menyanyi untuk band institut mereka iaitu The UNT Jazz Singers. Di situ beliau mengenali bakal collaborator beliau iaitu Jesse Harris di mana beliau yang sedang merantau bersama rakannya Richard Julian dating melihat kenalan mereka di dalam band yang dianggotai oleh Norah Jones sendiri. Setelah melihat mereka bermain muzik, Jesse Harris mula memberi Norah Jones sheet-sheet lagu ciptaan beliau. Dan pada tahun 1999, Norah Jones berhijrah ke New York dan kurang dari setahun kemudian, beliau menubuhkan band Little Willies bersama Jesse Harris dan Richard Julian yang menyebabkan Norah Jones terkenal.

Norah Jones: Discography

   Come Away With Me (2002)      












 Feels Like Home (2004)











Not Too Late (2007)











The Fall (2009)










…Little Broken Hearts (2012)













Norah Jones juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem termasuklah My Blueberry Nights (2007) dan Wah Do Dem (2009). Dalam karier Norah Jones sebagai seorang artis, beliau telah banyak merantau serata dunia untuk mengadakan jelajah konsert dan memenangi pelbagai anugerah bagi menghargai hasil seni beliau dalam bidang muzik. Mostly beliau akan diiringi oleh band The Handsome Band. Beliau telah membuktikan bahawa sesuatu jika dibuat atau dicipta dengan passion sendiri, maka pulangan juga amat bernilai. Lebih baik daripada mempunyai peminat yang berkualiti berbanding kuantiti dan jika mendapat keduanya, ia merupakan satu bonus.


 Di dalam karier beliau sebagai penyanyi juga beliau kerap diundang untuk bergandingan dengan artis-artis terkenal seperti Ray Charles, Foo Fighters dan sebagainya. Beliau juga sering diundang untuk membuka tirai konsert-konsert besar serta menyanyikan tribute cover kepada artis-artis legenda seperti Elvis Presley dan sebagainya. Pada album awal-awal Norah Jones, pendengar akan dihidangkan dengan irama jazz yang menyentuh kalbu. Hasil petikan gitar dan piano dalam album tersebut mengundang anda untuk menenangkan jiwa sambil relaks. Dan dalam album-album baru Norah Jones, beliau membuat sedikit pembaharuan dengan menerbitkan irama-irama catchy yang bisa membuatkan korang melayan beat-beat rancak sambil bersantai. Full respect to Norah Jones!!



p/s: Collaboration Norah Jones yang aku paling suka adalah bersama band Foo Fighters menerusi lagu “Virginia Moon” dalam album In Your Honor oleh Foo Fighters. Lagu tersebut pernah dicalonkan untuk anugerah Best Pop Collaboration With Vocal pada tahun 2006. Rock vs Jazz, siapa sangka berjaya?

No comments:

Let's Interact!

me>