23 March 2012

Band: MonoloQue


Pembaharuan, penyesuaian dan mengenal akar umbi naluri dari lubuk hati tersendiri merupakan inti pati kepada artis yang aku ingin review kali ini. MonoloQue yang kini tidak asing lagi di persada seni tanah air bermula dengan eksperimentasi terhadap dasar muzik yang lahir dari hati yang sememangnya out of the box. MonoloQue atau nama beliau yang pernah dikenali sebagai LoQue Butterfingers (pengasas Butterfingers) tampil pada tahun 2004.


Pada awal kemunculan lagu-lagu beliau, ia tidaklah seperti yang disangka seperti mana yang beliau terima bersama Butterfingers.
Di situlah LoQue tahu bahawa beliau perlu memulakan kembali semuanya dari scratch. Di situlah beliau mula explore material-material dan jenis-jenis melody yang yang boleh membawa pembaharuan dalam karya-karya beliau. Beliau mendengar artis-artis legend seperti R.Azmi dan membuat research terhadap legend tersebut. Dalam beliau remix irama-irama lama dan terkini, beliau cuba eksperimen dengan bunyi-bunyi dan melody yang berlainan. Dan lama-kelamaan, beliau mendapat satu seni yang beliau dapat rasa yang datang dari hati beliau.


Single pertama beliau yang berjudul "Jika Aku Seorang Robot" mendapat pelbagai feedback dari pendengar dan peminat beliau. Ada yang suka dan ada yang mengkritik. Ada yang mengatakan ia sesuatu yang jarang di dengar di industri tanah air dan ada juga yang cakap beliau ibarat Tom Yorke (Penyanyi Radiohead) celup. Ada yang tidak suka kerana tak biasa dengan pembaharuan irama yang di bawakan oleh LoQue kerana terlalu sinonim dengan Butterfingers. Walaupun begitu, beliau tetap terus memberi karya-karya terbaik beliau dalam seni. Setelah mendapat tempat di hati pada peminat, beliau mula menggunakan band yang beliau namakan MonoLoque sebagai alter ego beliau daripada band Butterfingers. Ada yang mengatakan ia dark side kepada LoQue.

Band ini terdiri daripada:

LoQue : Vocal dan gitar.
Daxx : Bass, keyboard, perkusi
Loko: Drum
Apex: Gitar
Ijoo: Lead gitar

Selain daripada single itu, MonoloQue banyak berkolaborasi bersama artis-artis lain seperti Atillia (Kekanda Adinda) dan Azlina Aziz (Batu Belah Batu Konkrit - Bonda).


Tidak kira apa orang nak cakap, bagi aku MonoLoque ni punyai ninche market dia yang tersendiri. Mungkin bunyi mereka sangat eksperimentasi dan sangat influence daripada band-band seperti Radiohead, The Antlers dan sebagainya, namun still aku bagi kudos kerana mereka berani menengahkan lagu-lagu sebegini dalam bahasa melayu di dalam industri muzik tanah air yang masih tergilakan muzik-muzik market macam K-Pop dan RnB plastik... dan yang best... still survive....

p/s: Jikaku seorang robot... nombor-nombor darah ku... jasad ku import eksport.. besi logam dagingku...



No comments:

Let's Interact!

me>