26 March 2012

Artist: Liyana Fizi


First time aku tengok muka dia aku seakan sudah tertarik dengan karisma yang dia ada. Dia mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang entertainer di mana, dia ada rupa, suara, skill bermain alat muzik, boleh compose muzik dan punyai skill PR yang bagus dalam bahasa melayu dan juga Inggeris. Dengan muka dia yang comel macam tu, siapa tak tertawan kan?


Liyana Fizi merupakan tonggak utama band Estrella suatu ketika dahulu. Estrella yang popular dengan lagu seperti "Stay", "Ternyata" dan "Heaven Sake" merupakan batu lonjatan bagi artis kecil molek ini dalam karier muziknya. Liyana gemar dan mendalami genre muzik irama jazz, country dan juga folk menjadikan dia salah satu artis yang unik dan tidak terikut peredaran trend masa kini. Beliau juga tampil dengan imej yang cool dan tidak perlu memakai seksi untuk popular.


Semasa beliau bersama Estrella yang ditubuhkan pada tahun 2006 itu, mereka explore melody sendiri supaya irama mereka mendapat satu identiti tersendiri yang andai korang dengar, susah nak compare dengan mana-mana band yang lain. Album self title Estrella berjaya direleasekan pada tahun 2007. Masa tu la lagu-lagu tadi menjadi siulan para pendengar. Dan dalam masa setahun, mereka telah dicalonkan sebanyak 8 kali dalam Voize Independent Music Awards (VIMA).

Namun, setelah pihak rakaman mereka iaitu Laguna Music ingin melakukan perubahan dalam Estrella, Liyana angkat kaki selepas contract Estrella berakhir pada tahun 2009.


Liyana Fizi yang terkenal dengan dengan penulisan lagu yang melodik, bergerak solo selepas hold nya progress Estrella. Element muzik Liyana adalah pemikiran mendalam dan suasan ceria setiap hari. Itu yang menjadikan lagu-lagu daripada dia sangat menarik dan menenangkan. Kini beliau tampil dengan album solo beliau berjudul Between The Lines dan terbitkan lagu "Light Writing" sebagai single pertamanya. Dalam jelajah beliau, beliau ditemani dengan band sessionist beliau dan beliau menggunakan muzik sebagai platform untuk ekspresi diri.


Kalau korang suka muzik jenis slow, mellow dan tenang, dengar-dengarlah lagu Liyana Fizi ni dan hayati liriknya. Kalau korang nak tahu, lagu "Light Writing" boleh buat kita bersantai dan teringat kisah cinta yang indah...

p/s: Dalam lagu "Itulah Sayang" tribute kepada P.Ramlee yang dinyanyikan oleh 3 lagi penyanyi lain, Liyana berjaya jadikan verse dia macam lagu tu dia yang buat... urm.. maybe aku fancy perempuan boleh main alat muzik dan nyanyi kot... :)

No comments:

Let's Interact!

me>