25 February 2012

Resepi : Maggi Kari The Kufazuke Show!!

Salam 1Malaysia...

Bagi mereka yang dulu time study takde duit nak makan grand2, Maggi merupakan teman yang paling baik ketika itu. In fact aku pun antara yang menjadi "avid fan" kpd Maggi... lagi-lagi perisa kari...



So, kepada pembaca yang dikasihi, samaada yang tak pernah try atau dah lama tak makan, meh aku kongsi cara aku buat maggi time belajar dulu... try.. mana tau boleh mengimbau kembali kenangan-kenangan silam yang amat manis sekali... :)

Bahan-Bahan:

1. Dua paket Maggi Kari
2. Sebijik telur ayam
3. Bawang besar - suku (dipotong cincin)
4. Fish Cake (atau fish ball pun boleh) - dipotong (tidak tebal; tak jugak terlalu nipis)
5. Air masak - 400ml.

Cara-cara memasak:

1. Tumis fish cake dan bawang sehingga naik bau dalam periuk.
2. Selepas naik bau, dan warna bawang agak keemasan, masukkan air masak.
3. Selepas ia mendidih, masukkan dua paket mee Maggi dan biarkan lembut seketika.
4. Perlahankan api, masukkan kedua-dua perencah Maggi tadi ke dalam periuk.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga perencah sebati dalam masakan.
6. Masukkan telur dan biarkan dahulu (jangan terus kacau).
7. Agak-agak telur makin mengeras je, kacau sehingga pecah didalam masakan itu.
8. Hidang ketika panas dan nikmatinya.




ps: Selain daripada fish cake atau fish ball, udang juga boleh digunakan... tetapi, cara memasak udang tu lain sket... anda kene letak udang di penghujung masakan... Dimana, selepas masuk dan kacau telur, masukkan udang dan biarkan selama 30 saat... tak boleh lama2 sebab udang senang mengecut dan tak sedap lagi kalau terover-cook...

Give your interesting response in the comment section belowww...

Selamat mencuba!!

in fact, ia amat sedap dimakan depan PC ye..

No comments:

Let's Interact!

me>