26 February 2012

Owh Prince Naseem Hamed : Wachaa !

Salam sejahtera...

Pada suatu ketika dahulu... time2 aku masa muda (sekarang dah dewasa nampaknya), aku meminati boxing... ye boxing... di saat bebudak lain sibuk ngan sukan-sukan lain seperti bola sepak (aku pun suka ye bola sepak), Badminton dan Ragbi, aku ada seorang idola yang buat aku tertarik untuk melihat boxing... beliau berada di kategori featherweight.



Beliau adalah Prince Naseem Hamed....
Kenapa aku suka tengok dia bertinju? Aha, beliau bertinju dengan gayanya yang tersendiri... Suka menyindir lawan, karekter yg egois dan juga cara attacking yang laju menyebabkan beliau berjaya mendapat pelbagai gelaran dan hanya sekali sahaja tewas sepanjang karier beliau... Anda patut lihat cara beliau masuk gelanggang dan meraikan kemenangan beliau, anda pasti kagum... Berikut adalah video aksi beliau ketika di zaman kegemilangannya...




One of the best character yang beliau ada adalah, beliau akan mengucapkan kesyukuran beliau kepada Allah dan selalu recite syahadah selepas pertandingan. Tak kira sama ada menang atau kalah, beliau akan state sekuatnya pada post match interview. In fact, beliau pernah laungkan takbir di gelanggang. Selepas 10 tahun berkecimpung dalam arena tinju, akhirnya beliau mengisytiharkan untuk bersara atas sebab-sebab kesihatan dan keluarga pada tahun 2002..

Apa jadik ngan beliau sekarang?

Beliau pernah dimasukkan ke dalam lokap selama 19 bulan atas kesalahan melanggar kereta dengan kelajuan tinggi!


Ye, beliau menjadik sangat gemuk... Ia mendatangkan ketakutan pulak pada aku sebab aku juga dulu aktif sukan.. dan sekarang amat jarang mengeluarkan peluh... lambat laun pasti aku pun akan terjerumus macam dia ni... adoii.... Apa-apa pun terdapat rumours yang beliau ni nak masuk balik ke arena tinju.. maybe bukan featherweight la kot.. heavyweight punya kategori...

Sekian saja...

Leave your interesting response in the comment section belowww...

ps: Jom workout!!

No comments:

Let's Interact!

me>