24 January 2010

Info Sukan: Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Paling Busuk

Hye selamat datang ke segmen "Info Sukan". Apa kali ini, saya akan mempertengahkan satu team bola kebangsaan yang pada mata saya amat busuk sekali? Busuk? Dari segi apa?


Ye, dari segi system perbadanan bola sepak itu sendiri serta betapa mereka gunakan jalan pintas dalam memantapkan pasukan kebangsaan mereka. Dan saya rasa anda tau pasukan apa yang saya ingin cakapkan? Tak lain dan tak bukan,


pasukan bola sepak kebangsaan Singapura
oleh Badan Bola Sepak Singapura (FAS)


Kenapa team ni plak yang dipanggil busuk? Ok.. untuk itu, kita lihat dulu senarai pemain mereka dahulu.


Jadual tersebut diambil secara terus daripada Wikipedia (thanks Wiki).


Ok.. Setahu saya, bangsa yang betul2 secara awalnya duduk di Singapura adalah orang2 Cina, Melayu, India dan beberapa orang Asia lain. Tapi kalau anda lihat sendiri di dalam barisan skuad mereka, terdapat nama2 yang sememangnya bukan dari Singapura. Ada dari England la, Nigeria la dan sebagainya... Nampak? takpe2 nanti saya akan jelaskan satu2 pemain yang diatas tu ye.. tapi sebelum tu, nak tau satu benda tak? Ha.. Badan Kemajuan Bola Sepak Singapura ada satu skim... skim yang amat licik dalam menguatkan skuad bola sepak kebangsaan mereka iaitu "Singapore Foreign Talent Scheme (FST)". Skim ini bertujuan untuk menaikkan taraf bola sepak kebangsaan mereka kerana secara zahirnya, mereka tidak dapat mencari atau jumpa pemain2 bumiputra mereka yang boleh bermain bola dengan baik. Jadi, skim ini adalah bertujuan untuk menarik minat orang2 luar supaya tukar kewarganegaraan untuk bermain dalam skuad kebangsaan Singapura. Giler tak giler? Dalam objektif jelas FST semata di launch dulu oleh Badan Bola Sepak Singapura (FAS), mereka ingin menarik 2-3 org warga asing dalam setahun. Bayangkan sekarang... berapa ramai yang main dalam skuad Singapura yang bukan anak jati Singapura? Bagaimana dengan anak jati mereka? Dapat chance main tak dalam skuad kebangsaan sendiri? Ha.. pandai2 korang la pikir FAS!!


Skuad "modified" Singapura

Ye la kan... ingat ni kelab bola ke? boleh main import2? Apa ada pada Skuad negara andai pemain2nya bukan org yang btul2 lahir kt negara tu? Tak ke rasa diorg ni main tipu? Andai diorg masuk World Cup pun, saya pasti takde saper yang respek dengan cara diorg dapatkan... Next, jom tengok antara mereka yang dalam skuad ni hasil drpd "skim tipu cepat power" mereka. (Sila klik nama mereka untuk maklumat lanjut).

Daniel Bennet - Defender skuad Singapura yang asalnya orang England. Dalam masuk skuad Singapura dalam 2002. Hm... saya agak yang dia ni, rasa tak bagus main macam Frank Lampard, Wayne Rooney or John Terry.. tapi nak main England tak dapat... So, mmg amik la peluang licik ni...


Agu Casmir, Precious Emuejeraye, Itimi Dickson  - Dalam tahun 2004, mereka diberi kewarganegaraan dan dibolehkan bermain dalam skuad Singapura. Agu dan Itimi dalam posisi striker manakala Precious pula dalam posisi defender. Oh ye, mereka bertiga sumer berasal dari Nigeria. Dah takleh jadik sehebat Mikel atau Okocha... tu pasal la... Masuk negara orang lain.. tak malu ker?




Shi Jiayi - Seorang pemain midfielder yang dilahirkan di China dan dapat masuk skuad Singapura hasil daripada skim FST ni. Mereka ni tak malu ke yang nampak sangat anak2 jati Singapura tak reti main bola dan mintak tolong dari org2 yang rata2 negara asalnya mmg power dan masuk World Cup?


Aleksandar Đurić - the worst one... lahir kt bosnia (asalnya pelari 1500m utk Bosnia skuad dalam 1992 Summer Olimpik kt barcelona) convert jadik singaporean semata utk main skuad bola singapore. Dlm satu friendly game lwn Bahrain, Indra Sahdan n Lionel Lewis tak dpt main, dia jadik kapten... bermakna skuad Singapore mendapat seorang kapten yang bukan warganegara diorg sendiri. Maner pergi maruah org Singapura?)


ada banyak lagi pemain luar yang telah diisytiharkan "warganegara" bagi memantapkan skuad kebangsaan Singapura ni tapi malas nak describe lagi... ramai sangat...


Sekarang ni, dengan pemain2 asing, skuad Singapura antara skuad yang digeruni di Asia Tenggara. Boleh tgk la kan aksi mereka di Tiger Cup. Tapi.. tak rasa ke mereka ni main tipu? Memang sesuai dengan nama negara mereka Singa-pura... mmg diorg garang.. tapi menggunakan org asing diorg garang.... Bukan nak marah ke aper ke, tapi taktik tu rasanya memang tak patut.. sebab ia akan bantutkan lagi kemajuan bola sepak mereka dan hilangkan identiti mereka sendiri. Ye.. pergi mampus la kan.. negara diorg... sukati diorg la nak wat aper.. tapi still, taktik yang digunakan, amat keji....


Kat negara luar pon ader je pemain import.. bukan takde... Deco misalnya... yang main untuk Chelsea tu... org Brazil.. tapi main untuk skuad Portugal.. kenapa?
Sebab dia main dalam liga Portugal (secara spesifik Porto FC) dengan lama... cukup lama untuk dia dapat title warganegara kerana bermastautin di sana. Bukan dari skim yang dibuat di Singapura.


Saya syukur sangat... kerana FAM tidak buat skim macam ni... biar la.. team kebangsaan kita teruk macam mana pun main... tapi kita tak kan gunakan pemain2 asing... sebab ini adalah negara kita.. biarlah skuad2 kita dibarisi org2 kita jugak... kuat atau lemah.. disitu kita lihat dan majukan lagi... Mari amalkan konsep "homegrown" yang dipraktikkan oleh England... Kalau org tu bukan warga England, (yang lahir di England) jgn harap dapat masuk skuad kebangsaan mereka...


Ps: Martabatkan bola sepak kita!!

No comments:

Let's Interact!

me>